Followers

Wednesday, October 31, 2012

Bubur Nasi

My breakfast for today. Bubur nasi with sambal bilis, bawang goreng and lobak asin. Marvelous.

Dinner time

We break at 6.30pm for dinner at the hotel's cafe. Foods are good as what you can get from other 3 stars hotel. We were served with, omelet sweet sour chicken, Daging masak kicap, tomyam, sup bayam, and some ulamam. The desert was not very good, only jelly and some fruits. But that would be enough for us. Thank you.


Soft-Skills Accessment Coloqium

Registration was at the level 1 just in front of the  Conference room. About 150 participant were registered  for this conference.

Huwaaaa, you can see how packed it is. The last presenter will be at 11.00pm....zzzzzzzzz but then the organiser has change it slightly to give the avenue for the participants tour Langkawi..Yeay!!!!!

Our 3 days Stay

 Its a twin sharing basis room. I stay with Dr Zaharah. Beautiful view and its facing Tasik Dayang Bunting


Wan Thai Restaurant, Langkawi

Turun jer flight, terus lapar..hahhahaha. Elok jer member tunggu nak bagi kereta. Okey, dapat picanto terus pecut ke Pekan Kuah. I bawa my friend ke Wan Thai Restaurant. Memula tu nak ke Restoran Bamboo, tapi buka at 5.00 pm jadi cancel.



Sangat mahal, makan 2 orang pun boleh cecah RM100. Kita cuma order, siakap tiga rasa telur dadar dan kailan ikan masin serta air kosong. Tapi kata orang lah kan, menang membayar menang memakan..hee memang sedap sangat

Tuesday, October 30, 2012

Off to Langkawi for 3 Days

I'm very early today, reach airport Subang at about 8am. Boarding will be at 10.30am.. huhu, Its better than later.

Sepatutnya kak-M tunggu dulu kawan kak-M yang sorang lagi tu, tapi tah cemana too exited terus kak-M check in..huhu sure nanti tak dapat seat sebelah sebelah. Never mine, we all on the same track, isnt' it.




Sebab terlalu awal jadi sempat juga nak blogging dulu. oppsss Ada nampak Azmil Mustafa dengan anak pompuan dia..huhu. Kak-M breakfast dulu di Kapitan Kopitiam.  Makan Roti kaya dan kopi,,,cost me RM7.70..waaaa... boleh tahan kan makan kat airport ni.

okey...sini saja..bye

‘Tis the season to be showered with cool prizes!

This festive season, prepare to be blown away by Nokia’s awesome devices, the Nokia Lumia and Nokia Asha.

Over 70 prizes will be given away, and you could be one of the lucky ones walking away with awesome prizes such as a Toyota Vios, a Yamaha motorbike, and so much more. 


All you have to do is check out Nokia’s new mobile devices – the Nokia Lumia and Nokia Asha – at your nearest Nokia store between now till Dec 31 2012! Be assured that you’ll feel as if coolness just got to a whole new level.

Outstation

I'm off to Langkawi for three days. Masih terasa baru sangat balik dari Langkawi dan nak ke sana sekali lagi. I hve to attend OBE Coloqium which will be held at Seaview hotel. Melinda has already get me Picanto..Yeay!, Another hoyaaa at Langkawi.

Banyak pula pesanan makcik-macik kali ni beli periuk belanga bagai. InsyaAllah ada kelapangan I will fullfil all the orders.

Heloo Langkawi! Here I come!

Polkadot 3 Layer


I'm wearing Jelitasara Polkadot Sara 3 layer. Fit me nicely. Only RM119.

Nescafe Fan can clik HERE

Monday, October 29, 2012

Sempat lagi mak shopping

Alang kepalang ke SACC kak-M singgah juga sekejap di Elianto. Memang ada hajat nak beli compact powder yang dah lama habis. Pastu telek menelk sangkut juga sebatang dua benda lain. Kalau shopping ni memang segar bugar jer mata. Kemain membeliak lagi kan. Kalau mengapa PC buat kerja, 5 minit dah makin kuyu..he he he.


Elok ke ke kaunter nak bayar, pandai pula adik tu cakap 

' Kak, lagi 5 ringgit cukup RM60 akak dapat free gift' , dah pula kena lah kak-M kembali telek menelek lagi. Sambar satu lagi yang kununnya murah ler, lips liner. Ok then bila nak membayar adik tu tanya...

' kak, compcat powder tu akak dah ada ke casing dia?' Ha! Pulak, bukan ker yang aku beli tu sekali dengan casing...Owh rupanya refill sahaja. Maka beli pula satu lagi casing. Hahahha, sesaja jer menghabiskan duit kat situ. Kalau tau tadi tak yah dah beli lips liner tu kan. hmmmm...


My lunch

Susah juga kalau- hari hari ni keluar makan kan..kalau tak makan lapar pula. Hari-hari kena pikir nak makan kat mana. Naik jer kereta ayat formal 'errrk kita nak makan kat mana yek?' hmmm semua orang menuding 'ikut ko ler mana-mana pun boleh'....

Hari ni kak-M dah decide nak makan kat Deli Cafe SACC Mall sebab teringin sangat nak makan nasi goreng yang depa dok kata sedap sangat tu. Jadi kak-M ke sana terus. Mujur ada kosi meja kosong. Kalau tak memang frust juga sebab lama dah dok rasa nak cuba nasi goreng dia.

Well okay not bad. Boleh ler, Cuma ayam goreng tu sedikit keras, kalau dapat macam ayam goreng mamak tu memang Terbaik!. Kawan kak-M makan Cottage Pie. Ok juga. Yang best service memang cepat dan kitaorang cuba mini quinch, sedap juga.



 

Mari menyimpan untuk masa depan

Ingat lagi suatu masa dulu kak-M ada cerita tentang simpanan masa depan kan. Yer lah masa tu dok sibuk mengiraduit raya anak kan. Jadi setiap kali raya mak bapak akan sibuk singah bank dan pejabat pos untuk masukkan duit anak dalam bank.

Banyak tempat bole kita menyimpan. Terpulang kepada rancangan memasing. Kak-M cuma nak khabarkan satu lagi saluran iaitu melalui Bank Islam untuk simpanan SSPN anak-anak. Yang tak der account bank Islam masukkan jer lah kat mano-mano..kih kih kih..


Bukannya apa, Bank Islam dan SSPN ni dok buat promo nih. Dengan mendepositkan RM100 untuk sebulan kita layak untuk cabutan bertuah hingga RM100,000. Haaa, bukannya susah pun dan bukannya banyak pun kan..kalau dah rezeki murah dapat pula RM100,000 tu boleh ler menyimpan lagi dan lagi dan lagi. Dan yang penting jangan lupa open table buat kenduri dan jemput kak-M sekeluarga..hehehhehe.

Yup, untuk mereka yang berminat atau mungkin baru nak menyimpa ini saluran yang anda boleh pilih. Hey! DUit raya haji dah kira? ado ko? hehehhehe...Hmmm jangan buang masa berceloteh jom singgah SINI untuk keterangan lanjut.

Sunday, October 28, 2012

SYRIA SARA 2 layer ROSES


I'm wearing Syria Sara 2 layer Roses by Jelitasara. Nice, elegance and comfy. Only RM99.00 from Jelitasara.  


Trip for two to Italy? Yes please!


Chocolate Macadamia

Its yummeh!..hahahha, lepas lunch tadi, terasa teka nak makan cookies ni. chocolate macadamia by Subways. Hmmmm, jadi pusing satu round lagi ke Subways, mujur ada stock, jadi hangkut dua ketoi...yeay! 



Fanatic Nescaffe? Clik HERE

My ring! Where?

I was shock this morning as I noticed my ring, the three of them went missing. Owh dear! All are  gift from my husband. No no no. I remember I have kept it nicely safe and sound in a little red porch on our sideboard in the main bedroom. One of them is my weedding ring from Habib Jewel, the second is bought in Amsterdam. Its hubby birthday but hubby bought that for me. Its a real diamond cost him about RM2k yea,,,he bought me a ring on his birthday, how nice he is...owh dear! and the third one is my birthday present, hubby bought me blue sapphire, nice one!...

I have had looking everywhere and its gone!..I called hubby at office just in case he put it somewhere and he didn't know it at all. I ask Nuha and.......................she said, owh yes! Its down stairs on her study table. Grrrr we ran to look at on her table but nothing. Nuha tried to remember where she put the ring. She said yes its here on her table, one is in black and white, one is white and gold and another one is white and white..owh darling where did you put mommy's ring. She said that she put in on a goodies bag with princess printed on it, and Ahmad played with it...Huwaaaaaa, i hope that noboby won't throw it away....Ya Allah! Selamatkan lah cincin aku...



Yet, i still keep looking for the ring here and there with tears okey. I loved those rings very much. Its from my hubby, yes from hubby. I tried to search it just under the stair. I can see one goodies beg in red colour just inside a box down there. Deep inside my heart hopping that will be my ring. I took that shiny gooddy beg and Nuha shouted, Yes Mommy!. Thats'  the one. Alhamdulilah, yes everything is in there including few of my brooch and my watch also. Alhamdulillah, syukur. I called hubby and tell him the good news and he said ' lain kali simpan elok-elok' ...absolutely I will keep it  safely. Syukur ya Allah!

Ada sesuatu sedang berlaku...mari lihat

Dua tiga hari lepas kak-M ada baca tentang BE di salah satu blog milik kawan kita ni. Jadi hari ni kak-M tergerak pula hati nak usha-usha apa yang berlaku dalam my Nuffnang account. Jarang-jarang sangat kak-M terjah sana. Yerlah, blog apa sangat kita ni kan. Cuma akhir-akhir ni kak-M memang banyak update dan kak-M memang notice memang bilangan pengunjung pun meningkat setiap hari.


Ha kan? Nampaknya kotak CPUV tu, sedang berjalan iklan dari Celcom. Apakah ini yang dimaksudkan BE? Akak pun kurang pasti. Tapi yang akak tau inilah pertama kalinya account akak ada benda ni..hik hi khik...macam ajaib pun ada. Apapun jika ianya adalah earning, kak-M ucapkan berbanyak terima kasih kepada Nuffy kerana Why Pay More ni menjadi salah satu blog untuk menerima CPUV ni. Kiranya hampir 2 tahun aktif blogging baru nak dapat menda ni. Alhamdulillah.

To do list

Masih dengan mood cuti. Hehehee, apapun first of all kena masuk juga office  dulu sebab kak-M ak mohon cuti pun. Nanti kena send dua orang budak ni ke Taska then I finger flex dulu dan kemas-kemas office apa yang patut. Here are my list to do for today

1. Send dua orang budak ke Taska
2. Balik rumah sidai baju yang basuh pagi tadi tu
3. Masuk office sediakan borang claim insurance Darwish
4. Ke DEMC hantar borang insurance for consultant to fill in.
5. Tesco time ( need to buy a lot of groceries; beras, susu, gula, garam, kunyit...etc kena semak list of groceries nanti).
6. Hantar barang balik rumah dan masak sikit ala kadar untuk anakanda dan kanda makan malam nanti
7. Masuk office semula dan lengkap kerja mana yang patut.
8. Need t call driver untuk comfirm hantar ke Airport Subang Rabu ni
9. Bank in cheque Nuffnang.

wah..banyak juga yer benda nak kena settle hari ni..

Choose Your Good Time!

Calling all females up for a good time! You’ve had your chance to submit an idea for activities to have a ‘Good Time’, now’s the time to choose!

Create your itinerary of choice out of the activities given, from Brunch to a Shopping Spree and a Mani-Pedi or finish up your day with a night out on town. The first 25 who selects the most popular combination (will have their good times extended into a full day to enjoy with their friends!) will be chosen to experience the Sunsilk Day Out with their friends! 

Sunsilk will choose 25 lucky gals and make their dream #GoodTime happen! One of them will even win a Grand Prize worth RM15k!

Plus, one of the lucky 25 will win a Grand Prize worth RM15k! Sound like a dream day out? Start selecting now!

My longchamp

Hi there!... Balik dari Klang malam tadi, memang letih sesangat. Tidur nyenyak betui kat katil empuk i tu. Pepagi ni bangun pertama sekali kena buat ialah Laundry. Bukan sekadar kain baju dari Klang tapi juga kain baju my hubby yang balik dari Jakarta tu. Ha..memang banyak. Harap-harap muat ler ampaian yer dan harap juga cuaca baik baik jer hari ini.

Satu benda yang buat I happy ialah a gift from my SIL...huhu, lama dah I suruh dia beli. Tatau lah gift sempena acara apa. Apapun terima kasih SIL, luv u muahhhh!. Alah barang biasa-biasa jer but I like!

A longchamp pencil case. That what i meant. Hmmm not the ori but looks like original. Anyway ko sorang jer tau kan kalau barang tu 10 hengget atau 1000 hengget..betui dak. I might used it to keep all my make up stuff. Big enough for that ya...



Saturday, October 27, 2012

I like to move it, move it, move it

Yezaaaa! Hubby baru balik dari kedai, beli CD lagi..wooohoooo banyak nya stok CD cukup sampai esok. We have just finish watched Madagasca 4. Heee, best juga.

Teringat lagi masa Madagasca 1 dulu kemain Danish suka sangat dengan citer ni. Masa tu we all di UK. Berulang-ulang dia nonton citer tu.

Sekarang Danish dah 9 tahun, dah masuk Madagasca 4. Hahahha, cepat masa berlalu. Madagasca 4 ni sangat happening, warna warni gitu dengan background sarkas. Meriah sangat. Huhu, mula-mula dah macam nak tertidor jer tapi lelama makin terbeliak mata nonton citer ni.

Heee, next in line ialah Men in Black...Yezaaaa! I like to move it, move it, move it!

Friday, October 26, 2012

Semut

Banyak hai semut ni, racun semut yang abah bagi masih berbaki nanti ler kau semut, habis balang gula aku pun kau masuk, Udah bancuh tea pun sekalu dengan semut-semut terendam dalam teh tu. Orang tua-tua cakap kalau termakan semut nih mau bodoh 44 hari..huhu. Punyalah menggambarkan betapa tak bagusnya semut itu.

Apa ya petua nak halau segala semut semut yang menggangu ini. Kak-M ada terbaca dalam majalah anjung seri. Meh kita kongsi bersama.

1. Daun sirih adakah antara bahan semula jadi yang boleh diguna untuk menghindari semut. Hiris daun dan letak di tempat laluan serangga. Semut tidak suka bau daun sirih dan dengan itu dia akan segera bransur meninggalkan sarangnya.

2. Kehadiran semut juga boleh di kawal dengan menggunakan tangkai cili kering yang tidak digunakan dalam masakan. Meletakkan tangkai buah itu ke dalam bekas gula, boleh mengelak semut daripada memasukinya.

3. Bawang merah boleh turut digunakan untuk menghindari semut, iaitu dengan memasukkan bawang yang tidak dibuajng kulitnya ke dalam balang gula

4. Satu lagi kaedah ialah dengan mengikat leher balang gula dengan tali bercelupminyak masak bagi mengelak semut masuk.

Ha...apa lagi petua lain?, meh kongsi bersama...geram weh aku baru jer cuci pastu dia datang lagi..ishhhh nak kena semut ni...


Lagi cerita bunga batu

Ha, udah lama bermalam kat rumah bona mertua ni, aku memang tak der kerja sangat jadi kerjanya aku selongkar rumah bonda..huhu. Bukan selongkar apa, saja menelek-nelek sana sini. Aiii terperasan akan bungan batu aka posey flower yang bersusun cantik ni.

Al kisah bunga-bunga batu ni aii ler punya. Alahai kan ker berkotak-kotak I bawa balik dari UK dulu tu kan. Masa tu ada sekali i offer kat Bonda, ambiklah kalau nak sebab banyak yang dah chip sana sini. Bondatu memang rejek ler barang-barang second ni, dia ni memang hihg class sikit orangnya. So I tak kisah ler nak ker tak I offer jer dulu kot-kot nanti melepas pula kan.

Rupa-rupanya Bonda hangkut banyak juga..kih kih kih, tu la kekunun second hand la kan. Tapi sebenarnya kalau di basuh dan disusun cantik memang tak nampak pun batang ni rejected, bahagian yang pecah atau ada serpihan tu ko sorok-sorok kan ler ke belakang kan. Alahai biasalah kalau bawa balik dari UK kan naik kontena. Kalau dah berlapis aku membalutkanya dengan pelastik kain , kertas bagai, dah bergoyanag hanyut tengah laut pastinya akan cedera tu bunga-bunga tu.

Meh jom kita tengok koleksi susunan bunga batu rumah Bonda I.



 


Korban Raya

Salam siaran di paguSabtu. Msih dengan mood raya? Kak-M sini biasa-biasa jer. I masik di Klang rumah Bonda mertua. Pagi ni huby bawa bonda ke kubur. Dah berapa hari bonda dok bising nak ke kubur jadi bangun awal pepagai sipa terus ke kubur.

Aktiviti seterusnya ialah nak bawa bebudak ni nengok orang korban lembut. Hari ni korban dijalankan di Masjid Sungai Udang. Dah banytak khemah dipasang siap sebelum Aidil Adha lagi. Tentu seronok bebudak tu kan. Kak-M kat rumah jer macam biasa temankan Ahmad ni.

Breakfast? Aii..kan ker kita cakap kalau kat rumah ni memang tak berasap dapur. Tuuuu depa dah keluar jap lagi banyak la bawa balik plastik2 kuih, roti canai, nasi lemak belaka.heeee, kaedahnya lah kan.

Okeh.....apa cerita best kat TV yer? Malam tadi best juga citer yang akashah dan rita rudaini tu berlakon, kelakar habes, Tergelak-gelak kak-M anak beranak. Yer lah dok rumah ni apa lagi aktivitinya kalau tak menengok TV kan?


Aidil Adha di Klang

Macam biasa setiap kali menyambut hari raya tidak kira Aidil Fitri atau Aidil Adha pastinya menu rasmi ialah nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, dah kuah lodeh. Tapi tahun ni bonda mertua ada order satay ayam dan satay daging. Hmmm best jugak, tapi kak-M tak makan ler sangat. sebab pepagi ni tak begitu selera sangat. Kiranya ini pertama kali kak-M celebrate Aidil Adha di Klang. Huishhh begini rupanya, sangat sunyi sepi.

Tu dia, nala punya banyak makanan, nak makan anak beranak jer..heee ini kira sangat normah la dalam keluarga kak Esah..Alhamdulillah rezeki Aidil Adha kan, makan saja .

Pepagi lagi Hubby dan anak sulungnya ke masjis, kami yang pompuan dok rumah jer siapkan hidangan. Balik dari mesti kami makan keluarga pastu Abang ipar dan famili sampai dan join kami makan. Pastu Kak-M dan hubby bawa Ahmad ke klinik untuk dressing lukanya. Pastu balik rumah sambung lepak depan TV sampai malam. Lepk santai habis, bangun tidor, bangun tidor ler kerjanya.


Esok khabarnya Bonda mertua nak ke kubur pepagi. Hmm pastu tatau ler pula apa programnya. Yang pasti akak akan dok rumah jer, layan TV dan internet. hehehe, Bahagia!


Senyum Aidil Adha.

Thursday, October 25, 2012

Do what you love.

myStarjob is a career services website that links job seekers with their perfect jobs. The website has been revamped with value added services apart from online and print jobs listings such as:

• Visume – Malaysia’s first video resume service allows job seekers to submit and upload their visumes online to apply for jobs! It even allows employers to conduct ‘live’ video interviews with potential candidates too.

• 16-page Career Guide - Available in The Star newspaper every Saturday (and online), it’s a valuable resource for talents seeking professional advice and opportunities. It’s great place for organisations to showcase their profile to attract talent and build their reputation too!
• Training services – Seminars, workshops, on-ground trainings, and talks by industry leaders offered will help achieve the single-minded purpose of building better talents in the workforce.

Make that dream job real on myStarjob! What’s more? Stand to win a Proton Persona when you submit your resume!

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua

Pastinya di kala ini semua orang masing-masing sibuk membuat persiapan akhir menyambut Raya Korban esok. Kak-M tahun ini pertama kalinya menyambut Raja Korban di Klang. Sebelum ini kami ke Kedah. Disebabkan macam-macam urusan maka kami membuat keputusan meraikanya di Klang sahaja. 

Jangan tak caya malam-malam raya ni kami dok santai jer di rumah, apa pun tak buat. Hujan lebat pulak tu malam raya ni. Hujan rahmat, alhamdulillah segalanya rezeki dari Allah taala. Selain dari sereka baju untuk dipakai esok kak-M lepak dengan anak-anak kat depan TV sambil menonton citer Ice Age 4 dan sambil nguyah cikedis..Heeee. sempoi gitu.


 Aii kak-M tak masak ker? Al kisah tak kira lah perayaan apa pun yang di sambut umat Islam, kalau kami di lokasi Klang memang semuanya order belaka. Dapur bonda mertua memang cuci calat besih berkilat gitu., Jangan ko sesekali petik api kat dapur tu. Ha gitu ler kisahnya. Bonda mertua kak-M memang dah jadi adat sejak berzaman order jer semua rendang, ketupat, kuah kacang segala. Pagi esok lepas solat raya pegi amik order. Kami kat rumah ni cuma bancuh air jer dan potong kek sikit.

Tapi esoknya tak tahu ler pula apa program. Kak-M tak der semangat sangat nak jalan raya memandangkan Ahmad cedera tadi. Esok pagi lepas solat kena ke klinik lagi untuk dressing. Sekarang nampak nya dah kering darah tu, Ahmad pun dah mula melompat-lompat seolah-olah tak der apa yang berlaku. Semoga semuanya baik-baik aja.


Ole-ole Jakarta

Pagi sepatutnya kak-M ada urusan di pejabat ada appoitment at 9.30am. JAdi banguna awal gitu masak nasi goreng buat brekfast orang rumah. Huhu. Sekali dah cancel pula appointment tu..heeee, bagusnya. Boleh lepak santai dengan anak-anak dan laki yang baru balik dari Jakarta.


Macam biasa kalau laki balik dari perantauan, perkara pertama yang aku kena siap sedia ialah Laundry..hahahha, memang ler banyak kan. Tak per- tak per aku dah mahir bab ini. Sekejap jer sette. Bebudak ni memang sibuk menyelongkar nengok Daddy belikan a[a untuk dorang. Hehehe, banyak lah Daddy nak membeli, Daddy tu pegi kerja bukan pegi shopping. Macam biada Daddy tak pernah lupa utnuk bawa balik sesuatu untuk kami anak beranak. Kalau dah ke Indonesia macam biasa yang akan dibeli ialah kain cotton..yeeehaa! I like. So akak pilih dulu pastu lebih-lebih tu baru bagi orag kampung. 


Dan yang paling best ialah fridge magnet. Yeay! Bertambah lagi koleksi FM kak-M. Thank you


Daddy.

Yes! He 's back

Semua orang macam exited jer tunggu Daddy balik dari Jakarta. Hahah! MCam lah tak biasa kena tinggal. Lambat pula Daddy sampai kan. Kakak Nuha dah siap kemas ruang tamu taknak nanti Daddy pening tengok rumah selerak. Abang Danish macam biasalah melangut jer TV 24 jam. Tahu ler kan exam dah habes. Tetiba Nuha tanya...eh Mummy kan dah pukul 10. Mummy tak tengok Adam Hawa ker? Owh! Thank you darling, aku pun lupa akan cerita Adam Hawa channel Astro134 ni. Maka menonton Adam Hawa lah kami berempat beranak.

 Habis cerita, Ahmad minta susu dan ajak kak-M naik atas. Ngantuk dah lah tu nak ajak cari katil. Jadi selesas semua kali naik atas. Danish memang masa tidurnya 10pm jadi dia akan secara langsung tertidur waktu tu..hehehehe..Maka terlena lah seorang hero.

Lagi dua orang dok sibuk melompat main itu ini. Haishhh tadi si Ahmad ni kemain nak ajak tidur dah habes susu sebotol jadi segar pula dia. Jam 12.00 tetiba berdering handphone kak-M..hahah Daddy's back suruh buka pintu. Dah macam Cinderellah pula yer, berdetik jer jam 12malam lari balik rumah.. keh keh keh...

Udah berlari semua turun bawah menyambut Daddy. Aisey Daddy cakap dia semput macam Ahmad, pendek nafas sebab batuk terus. Sian Daddy, penat sangat kerja. So Daddy need a rest. A good rest. Jom semua kita tidur. Esok kita sembang dengan Daddy.

Wednesday, October 24, 2012

Trajedi Menjelang Aidil Adha

Lebih kurang jam 1.00 tegahari we all sampai Klang rumah bonda mertua kak-M. Anak-anak semua gembira kemain lagi. Sarah Nuha memang tak menyabar sangat nak tunggu hari oreng sembelih lembu. Asik dari semalam dok tertanya-tanay lembu-lembu tu.

Lepas makan tengahari kitaorang lepak-lepak ler sambil nonton TV. Bonda pun dah masuk bilik diri rehatkan badan. Petang nanti dah nak kelaur lagi mengambil barang sana-sini.

Kak-M dah hampir tertidur di ruang tamu depan TV. Tetiba terdengar Ahmad menangis kuat , terperanjat terus melompat ke bilik tidur. Hubby dah berlari bawa Ahmad kebilik air. Kak-M masih termengah-mengah tak tahu apa yang sedang berlaku.


Ya Allah darah dah penuh muka. Kat mana pula yang kena ni. Hubby basuh dan lap muka Ahamad. Subhanallh dahinya atas pada bahagian mata kirin seperti terbelah. Ya Allah, Ahamad menagis mengadu sakit, sambil mengelak daddy basuh tempat luka tu. Kak-M cecepat ambilkan ais ketul dan tekapkan pada tempat luka agar darah cepat berhenti.

Menurut kakak Nuha, Ahmad terjatuh masa berlari dan terlanggar teping katil. Ya Allah! Semoga kau ringankanlah kesakitan anakanda ku ini. Terus ajak hubby ke klinik kuatir juga takut belahan tu dalam dan perlu dijahit. Kami ke klinik SIndhu dekat SImpat Empat Sungai Udang ni. Daddy terus berlari masuk cakap kat klinik assistant emergenti dahinya dah terbelah dan terus masuk dalam. Kak-M pula sibuk dok register Ahmad kat kaunter depan. 

Alhamdulillah, Dr cakap luka taj begitu dalam dan tak perlu jahit. Doktor letakkan krim untuk stopkan darah yang mengalir bersama antibiotik yang kena habiskan untuk seminggu, serta ubat bengkat dan ubat demam. Esok pagi kena lah persi sekali lagi untuk dressing takut jangkitan kuman.


Penat menagis sampai tertidur anakku. Aku pun dah macam tak happy sangat nak celeberate Aidil Adha esok. Semoga cepat sembuh anak.

What are your future aspirations?

If you do, don’t be shy to share them!

Share your future aspirations with NESCAFÉ On the Life by creating a slideshow to share your story and stand to win fabulous prizes worth a total of RM 28,000, including an exclusive mini chiller!

Find out how you can share your stories and let NESCAFÉ turn On The Life for you.

**Do share this campaign via Twitter, as earnings will only be credited for clicks generated from links shared on that platform.

Posey Flower / Bunga Batu

Awal pagi lagi kak-M dihubungi oleh seorang wanita dari Terengganu. Bertanyakan kalau kalau kak-M ada jual bunga batu atau posey flower yang sekuntum sekuntum. Owh! Tidak sama sekali. Mungkin ada yang beranggapan kak-M menjalankan bisness jualan posey flower ini. Heeee, takpa, kalau tak tanya tak tahukan. Kisah posey flower ni dah lama dulu berlalu. Semua posey flower tu kak-M kumpul semasa kak-M menetap di UK dulu. Memang sangattttttttt banyak.

Bila dah balik Malaysia ni, da punggah segala barang-barang baru lah terperasan yang punya banyak bunga batu ni aku beli rupanya. Dah memang tak muat dah lemari nak display. Aisehhh tu la ko membeli tak hengat kan. Jadi akak panggil sedara mara, adik beradik datang pilih ler mana yang korang berkenan.



Banyak juga yang luak. Yang tak luak tu kak-M lelong dalam blog. Dan memang licin lah. Mana taknya kalau bunga batu itu dijual pada harga  hanya RM2.50 huhu, memang tersangat murah.

Sebelum ni pun ada juga orang telefon dari Terengganu juga namanya Kak-Na, ha tanya nak beli bunga batu ni. Maaf ler kak, habes dah. 

Mungkin suatu hari nanti bilamasa kak-M kemas-kemas semula rumah, tergerak ke hati nak melelong bunga batu ni, kak-M akan buat annoucement. Jadi kena selalu ler jengok-jengok blog ni yer.


Tuesday, October 23, 2012

Whatchuwant is coming to Pimp Your Ride!

You might have heard of Xpax’s Whatchuwant, but do you know Xpax’s Whatchuwant is bringing MTV’s Pimp My Ride to Malaysia? 

 
Well, if you’re still wondering if it’s true – Mohd. Zariq from Kuantan just won a chance to get his ride Pimped. All he did was pick a pack by dialing *128# on the Pimp My Ride day, so stay tuned for the next Pimp My Ride day! (Yes! It’s that simple.)


Segment Bloglist Pelangi Me & My Family

Yeeeha, bangun pagi dengan penuh kesegaran. Tapi tetap kelam kabut menguruskan anak-anak. Malam tadi dah tidur dulu baru terperasan nak masukkan segala jenis beg-beg tu sesiap dalam kereta. Jadi pagi tadi dengan terbangun sedikit lewat, Dengan Nuha mandi punyalah lama jadi aku tinggalkan Nuha dengan mandinya tu. (aunty rina masih belum ke kerja). Aku hantarkan dulu Abang Danish sebab takut dia lambat sian dia kena beratur kat luar sekolah. Ahmad ikut sama. Pastu pusing balik ambik Nuha.

Huhu, hectic! Tapi ok, I'm ok. Now dah masuk office, finger flex at 8.15am, kira awalah tu, biasanya jam 9.00 baru nak flex, hihi.

Macam biasa sebab masih banyak masa sebelum meeting jadi blogging. Baca dulu semua ulasan dari blogger, macam la banyak sangat orang komen kan..hahah, terjebak pula dengan satu segment ni yang akan tamat pada 30 october 2012. Hah! Sempat lagi kan. Jom tengok.

 
Sesiapa nak join sila klik banner di atas...
Tarikh tutup : 30 Oktober, 2012.
Masih sempat lagi tu....jom join ramai-ramai,
baru meriah:)
 
untuk maklumat lanjut boleh ke 

Aidil Adha menjelang tiba

Sedar tak sedar, Aidil Adha semakin menghampiri kita, lagi 4 hari jer tau. Kak-M akan mula bercuti pada Khamis 25 Oktober. Rabu 24 oktober tu ada meeting pula. Mesti esok dah mula menyepi office, semua orang dah pakat-pakat cuti nak balik kampung.

Tahun ni Raya Haji di Klang ajer, tak balik Jitra nampaknya. Sangat tak seronok rasanya. Kalau balik Jitra, InsyaAllah kak-M nak buat korban juga Ada ke sesapa buat korban tahun ni. Kak-M tak buat tahun ni, tahun lepas akak buat satu tompok di Jitra. Memang meriah sangat ibadah korban ni. Anak-anak pun sangat teruja melihat lembu dikorbankan.

 Suami kak-M akan balik dari Jakarta pada Rabu 24 Oktober. Selepas raya 31 oktober, kak-M pula kena ke Langkawi berkursus. Jadi macam-macam sangat aktiviti. InsyaAllah hujung tahun akan cuba cari masa untuk bercuti kat Jitra.

Kot ada yang masih berminat nak beli my prelove item boleh klik sini. Still Available. SINI

140/90

Doktor cakap dah border line ni. Awat? Stress ka? ...Patut ler rasa macam melelong jer... Dua tiga hari ni kekadang macam tak balance. Dada pun sesekali macam berdebar-debar. Tapi tak der rasa pening atau sakit kepala. Pandangan mata pun ok tak kabur. Apapun kak-M agak mungkin tekanan darah tinggi. Alkisah mesin pam tekanan tu pun sudah lingkup, jadi akak ke klinik jer.



Bacaan tadi ialah 140/90, doktor cakap untuk pesakit darah tinggi kira border line lah. Tak der pulak aku makan benda-benda yang panas. Doktor tanya kot ada makan daging terlebih ker, garam terlebih ker. Tak der lah pula. Mungkin juga keletihan.

So, i need arest. A good rest. I hope tomorrow will be better.


Monday, October 22, 2012

Veet It Off

Are you ready to flaunt it? Get ready for flawless, smooth and moisturized skin when you Veet It Off!

Veet gives you smooth and hairless skin in quick and convenient steps! Then flaunt your confidence with your newly revamped outfits – cut it into a new style, fold it for a better fit or even tie it to create a whole new look!


Showcase your revamped outfit and stand a chance to win RM10k worth of prizes, including a feature in a magazine spread! So Veet It Off and & reward your confidence!

11 tahun bercinta


11 tahun mereka bercinta dan akhirnya ke jinjang pelamin jua. Tahniah buat pasangan Jaguh Badminon Negara, Dato Lim Chong Wei dan pasangan Mew Choo yang akan berkahwin awal November ini.

Hospital

Memang semua orang Selangor menunggu hospital ini siap. Tak bertahun projek ni masih belum menampakkan jalan penyudah. Pernah terbelngkalai hampir setahun juga. ENtah ler apa masalahnya, politik? pertukaran pemerintah? kontraktor? financial? huh..macam-macam keberangkalian ada. Sebagai sebuah Bandaraya, Shah Alam memang sangat-sangat memerlukan sebuah hospital bagi menampung populasi rakyat yang semakin bertambah. Hospital tengku Ampuan Rahimah sudah tidak mampu lagi menampung bilangan pesakit yang ramai.

Masa pergi melawat sedara di HTAR, memang sedih juga keadaannya. Ada beberpa blok baru dinaikkan pun masih tidak mampu menampung jumlah pesakit yang bertambah dari hari ke hari.

Nampaknya Hospital Shah Alam kini menujukkan progress walaupun tidak begitu ketara. Di khabarkan projek ni ditender semula. Semoga ia dapat disiapkan secepat mungkin. Bulan semuanya mampu ke hospital swasta.


Watching TV with the kids

Again, malam ni layan depa depan TV tah ler citer mende. Kartun dari jam 8 lagi. Kak-M memang tak der harapan la nak nonton berita segala. Lagi pun exam kan tak habis jadi kasi can ler depa tengok TV.

Kak-M baru berjinak dengan Adam dan Hawa cuma time tu aku dah mengantuk sangat. Jadi kekadang malas nak tunggu. Ikut mood juga lah, Tak per kalau missed boleh tengok di dailymotion.heeee. Dah hujung-hujug cerita baru nak minat. Hmmmm apa buleh buat kan banyak lagi job lain yang lebih penting untuk diuruskan.


Cream Puff

Dah lama kak-M tak makan malam, kalau makan pun ala-ala kadar je, makan roti ker, makan biskut ker dengan air kopi atau tea. 

Malam ni kak-M tak asak sangat. Cuma panaskan lauk semalam yang masi banyak berbaki dan goreng telur. Itu sahaja. Anak-anak makan dengan penuh selera. Lepas makan memasing minta pula roti coklat spread. Biasanya tak pernah cukup dengan satu menu mesti ada tambahan. Kekadang minta ais krim, ikut ler selera berubah setiap hari.

Maalm ni Sister in Law bawa bali cream puff. Hmm cantik lemak berkirim. Hancuss diet kak-M huhuu. Disebabkan bentuknya yang gemuk, gebuk dan cun itu, kak-M ngap juga dua biji..hahahha. Memang sedap pun, cuma kak-M lebih suka kalau cream itu diganti dengan kastard.


Memang ada hati jua nak buat puff ni suatu hari nanti. Tah ler bila masanya. Memanjang jer sibuk. Cream puff ini ada 16 biji dah habis dingap semuanya..Hahahha, boleh tahan kan, raksasa semuanya...makan tak hengat. Harap-harap esok SIL tak bawa balik lagi cream puff ini, kalau tak hancuss lagi diet aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...