Posts

Showing posts from November, 2013

outing

Image
Lama dah tak bawa bebudak ni keluar ke shopping complex. Petang semalam kami singgah di Jusco Bukit Raya. Tujuan sebenar nak cari tong sampah berpenutul. Rupanya Jusco sedang jualan murah. Aduhai sangat susah nak dapat parking. Jenuh juga dok tawaf beberapa lali bari dapat. Itu pun menyelut nyelit celah kereta orang. Selesai beli apa yang patut Daddy nak belanja makan ais krim. Wah! Kemain melompat bebudak ni kan. Jusco Bukit Raja ni baru je renovate jadi banyak kedai kedai baru dalam ni. Kedai kedai lama pula banyak yang berubah tempat.  Jenuh juga mencari baskin robin. Rupanya dah pindah ke tingkat bawah.  Senyum melebar bebudak ni dapat makan Baskin Robin. Daddy beli satu jer tali saiz besar. Banana split ini berharga rm25. Terima kasih.

Restoran Bendang Setia Alam

Image
Hujung minggu lepas sempat kami bersarapan di sebuah restoran di Setia Alam. Namanya ialah Restoran Bendang Makanan nya ok juga. Menu sarapan ada nasi lemak, lontong, rendang, pulut, ubi rebus, mee, bihun serta pelbagai kuih muih. Vuma harganya agak mahal, kira standard Shah Alam lah..Anyway puas hati dengan kualiti hidangan makanannya.

olio aglio memang mudah dan sedap

Image
Ini adalah cubaan pertama kak M masak Olio Aglio. Kak rumah kak M ni semua orangvtak minat sangat italian food mcm ni. Kalau pizza jer semua makan tapi kalai makanan seperti ladagna dan spagety ni memang tak jalan la. Petang semalam kak M dok kemas kemas dapur ternampak lah sepeket spagetybyang maaih belum buka. Tergerak pula hati nak mencuba Olio Aglio no. Mana lah tau kalau kalau anak anak suka pula olio aglio ni. Kak M google kebanyakan resepi semuanya sama jer caranya. Memang sangat mudah dan bahan bahan yang digunakan pun tak banyak. Jom semak resepi dulu. Setengah peket spageti di rebus hingga lembut campurkan sesudu minyak masak supaya spagety beekilat dan tidak melekat. Tos kan dulu setelah ianya masak lembut dan sejukkan seketika Dadukan bawang besar yabg warna kuning tu. Ricihkan 2 ulas bawang putih dan tumis menggunakan minyak zaitun. Hingga naik baunya. Masukkan fish ball, isi ketam, fish cake, udang dan lain lain yang mana suka. Gaul sebati

Brownies buat si kecil Nuha

Image
Salam maal hijrah buat semua umat Islam di dunia ini. Kak M sekeluarga puasa hari ni. Mudahan barakah hendaknya. Hari ni kak M memnuhi permintaan anak dara nak sorang ini. Dahnlama nuha minta mommy buatkan brownies untuk dia. Jadi bahan semua dah ada, maka pepagi lagi kak M terua bancuh satu adunan brownies ini. Kak M hanya guna yang ready mix jer beli di kedai bakery. Hanya tambahkan 5biji telur, susu segar dan kekacang serta coklat chips. Memang sedap, dapat juga bagi pada mertua dan kakak ipar sedikit. Alhamdulillah.

Nasi Ayam Special lagi dan lagi....

Image
Setiap kali hujung minggu memang bingung dok pikir nak masak apa. Kalau balik rumah mertua dah tentu senang hati, memang comfirm makan luar heee. Minggu ni hubby outstation lagi, tinggallah kak M berempat beranak dirumah. Awal pagi bangun kak M siapkan anak anak dan bawa breakfast kat luar. Macam biasa lah depa ni memang suka makan kat kedai biru akak Restoran Khulafa Seksyen 7.  Nuha makan tosai 2 biji tau, Danish makan maggie dua pinggan..tu dia melantak sungguh puak ni. Kak M makan capati dan tandori ayam kongsi dengan Ahmad. Lama jigalah dok melayan depa makan kat situ. Kak M pun suka restoran ni sebab ada ruang berhawa dingin jadi selamat ler baju dari bau kari dan asap rokok...hehhe. Balik dari breakfast kak M bawa depa singgaj My Maiden dulu sebab nak beli roti dan susu segar yang tinggal sikit jer kat rumah. Kemudain singgah Kedai Pak Aji beli ayam 3 bahagian. Masa tu dah terpikir nak buat Nasi Ayam. Hehe..itulah meni kegemaran hubby. Tatau ler kul berapa dia nak s

Crunchy Caramel Almond

Image
Last time masa makan malam kat restoran Upin Ipin tu kak M lalu sebuah kedai jual bahan bahan buat kek. Sekali ada oula tepung karamel ni. Namanya Gold Florentina memang ada jual di kebanyakan kedai jual bahan kek. Harganya agak mahal rm19. Tapi boleh dapat banyak keping juga. Kak ni buat sikit jer sebb nak cuba kan. Bahan kekacang Tu boleh campurkan almond flake, kuaci dan bijan hitam or apa apa yang kalian suka lah..macadamia pun boleh. Bahan bahan kekacang tu kena sangai dulu lebih kurang 5 minit macam tu. Jangan sampai hangus pula yer. Pahit nanti.hehe. Kemudia sejukkan seketika dan campurkan  dengan tepung karamel tadi dan gaul biar bercampur semuanya.  Bila dah semuanya bercampur boleh masukkan dalam dulang pembakar dah bakar dengan suhu 200 celcius selama 8 minit. Nak bakar ni pun kena ikut ragam oven masing masing yer. Kalau oven buruk kak M ni lebih kurang 15 minit juga. Agak agak macam tepung tu mencair terus keluarkan dari ovenm kalau lama nanti kar