Posts

Showing posts from December, 2014

Sayur campur telur sotong

Image
  Biarlah gambar berbicara...che wahhhh...ini cerita lama. Menu ni kak M masak minggu lepas. Baru hari ni ada masa nak update. Tak pernah pun makan telur sotong gini. Ada sorang kawan kak M ni jual pelbagai jenis frozen food termasuklah telur sotong. Kak M beli dengan harga RM25. agak banyak juga. Bila bali rumah dok terpikir nak masak apa yer dengan telur sotong ni..maka ini ler jadinya. Memang best juga rasanya. Telur tu kak M goreng kunyit dulu kemudia baru campur semua dengan sayuran lain dan goreng sekali lagi. Sayur tanpa kuah ni memang tak jemu makan..rangup sayurannya.  

Meeting Dentist

Image
Bila cakap nak bawa jumpa dentist semuanya kecut perut..haha ...begitu ler dengan anak Kak M. Haish...dari bulan ke bulan asik delay aje....dan akhirnya kak M dapat juga bawa mereka ke dentist cuti sekolah kali ni Memang dah kira tahap darurat bukan kerana sakit gigi tapi nak cuci gigi. Tengok! Nak cuci gigi pon kena dentist yg buatkan...haih...sungguh special. Kalau tak memang berkarat ler gigi tu. Klinik gigi bebudak ni di Farabi seksyen 3 Shah Alam. Dulu pun masa nak buat tampal memang kak M bawa mereka ke sini. Serasi ler kiranya. Dentist dua orang perempuan yang sangat sopan santun gitu Tengok kaki, keras kejung gitu..huh  seram aje...cuma scalling dan whitening je... dorang ni asal gosok gigi mesti nak termuntah..jadi biat dentist je sental kasi bersih. Tak lama pun seorang settle dalam 20 minit gitu. selesai je kat dentist ni hehe masing masing diam..hihi..mesti terasa macam kosong n kasar2 sikit sebb semua plug gigi telah ditanggalkan.. ha baru best, n

Nasi Lemak Lido, Klang

Image
Kepada peminat nasi lemak, korang boleh cuba Nasi Lemak Lido di Klang nih, memang legend. Husband Kak M kemain lagi nak makan ni semalam.  Punyalah ramai beratur. Lokasinya di Pekan Klang berhampiran dengan Pasar Jawa.

Pes Mendhi Arabian Kitchen

Image
Alhamdulillah semalam Kak M selamat pos 8kg Pes Yemeni Mendhi ke Melaka. Terima kasih kepada pembeli setia di atas sokongan anda. kepada yang mahu mencuba Pes Mendhi dari Arabian Kitchen ini sentiasa ada stok. Berikut kak M sediakan beberapa Pakej menarik kepada yang jauh kerana memerlukan penghantaran melalui Pos Laju Untuk penghataran secara pos kak M hanya sediakan pakej untuk 1/2pes Mendhi aje sebab pengalaman pos pes 1kilo pek berasnya pecah. Untuk itu jom tengok pakej menarik dari kak M 4 pek 1/2kg + postage = RM80 10 pek 1/2 kg + postage  = RM180 16 pek 1/2 kg + postage = RM 270 hubungi kak M di talian 019-2721076

Selami Sejarah Kuala Selangor Episod 2

Image
Harap blogger yang melawat page Kak M ni masih tak lupa kisah percutian kami ke Kuala Selanor beberapa minggu lepas. Dek kekangan masa kisah tersebut terpaksa ditangguhkan. Hari ini kakM ada masa sikit nak update page ni. heeee.. bukan ler kisah yang menarik sangat. Tapi perkongsian kisah jalan-jalan keluarga yang mungkin boleh beri idea kepada kawan kawan yang ketandusan idea untuk bawa anak anak jalan-jalan cuti sekolah. Kisah dulu Kak M banyak menceritakan tentang penginapan kami di DePalma Resort Kuala Selangor. Tapi hari ini kak M nak share sikit aje lawatan kami ke Bukit Melawati di Kuala Selangor. Hari pertama sampai kami ke kenduri kawin anak angkat Mama. Kemudian dalam lebih kurang 1.30 kami melalui pekan kecik Kuala Selangor. Nak check in hotel masih terlalu awal. Maka berpusing-pusing kami sekitar pekan kecil Kuala Selangor dan akhirnya kami membuat keputusan untuk melawat Bukit Melawati yang menjadi sejarah Selangor tu. Ada tram rupanya untuk naik ke atas.

Selamat bertunang Hafiz dan Myra

Image
14 Disember 2014 adalah hari pertunangan sepupu suami kak M. Kak-M ucapkan selamat bertunang buat Hafiz dan Myra semoga kekal ke jinjang pelamin. Sumai kak M kena jadi pembuka cara hehehe... dah kali kedua ni. tapi kali ni lebih mencabar sebab kena pantun bagai. Almaklum lah pasangan tunang adalah dari keluarga bangsawan Johor, penuh beradat gitu. Akar memanjat pohon ara Nampaknya cantik berseri laman Besarnya hajat tidak terkira Hendak memetik bunga ditaman. ewahhh!

Kek Pelangi JDT

Image
Bial mood buat kek datang, macam-macam idea datang. Beberapa minggu lepas, Nuha minta nak makan Kek Pelangi aka Rainbow Cake. Katanya mommy ni asik buatkan untuk kawan-kawan mommy ajer, kakak pon nak juga. Maka kak M berkesempatan buat juga kek untuk Nuha tu. Kebetulan minggu tu adalah minggu anniversary 12 tahun kak M. Alhamdulillah semoga pertalian ni kekal ke Jannah, ameen. Dan minggu tu juga ada majlis pertunangan sepupu suami kak M , jadi elok sangatlah boleh jamu sedara mara makan kek. hmmmm.. Kek ini asalnya butter kek yang kak M masa ikut lapisan warnanya. Memang sangat letih sebab nak tunggu selapis selapis masak. Kak M tak buat sampai tujuh warna macam pelangi tu, tapi ada ler juga warna warna ala pelangi tu. Kira jadi ler kan kan kan.... Rasanya biasa-biasa ajer sebab guna tepung readymade kan, nak cepat ler konon. tapi Nuha ni asalkan cantik sedap jer kek tu.heheeh jom layan kek Kak M

Stok Pes Mendhi masuk lagi!

Image
Salam siaran di pagi Khamis. Apa Khabar semua, diharap semuanya sihat dan sentiasa di bawah lindungaNYA. Kak M begitu sibuk kali ni. macam-macam urusan perlu disempurnakan.  Namun begitu stok Pes Nasi Arab fofular tetap di hati. Stok masuk lagi. Jadi kepada peminat pes Mendi dari Arabian Kitchen ni, boleh ajer roger kak-M yer.  Macam biasa talian hot  0192721076 Sebaiknya wassap atau sms lah sebab kalau call tu kekadang kak M dalam mesyuarat jadi tak dapat nak jawab panggilan

Selami sejarah Selangor di Kuala Selangor Episod 1

Image
Cuti sekolah kali ini memang sibuk laki bini ni. Kesian anak-anak asik lepak je kat rumah. Hujung minggu ni ada jemputan walimatul urus di Kuala Selangor. Maka hubby plan nak bawa anak-anak cuti semalaman di Kuala Selangor Kami menginap di DePalma Resort Kuala Selangor. Seronok juga bercuti di sini. Perjalanan hanya satu jam sahaja dari Klang. Kali ni bawa mak mertua serta dua orang anak buah. Penginapan di sini seperti Challet. Kami booking dua rumah, dalamnya ada 2 katil singgle dan 1 katil Queen. Memang sedang elok untuk family kami yang ramai ni. Anak-anak yang paling gumbira tidak terkata. Tak tersabar nak mandi manda di kolam. hah tengok,, cantik kan tempat ni, ala-ala kampung gitu. Memang sangat tenteram dan aman. Waktu ni macam kami aje yang dok kat sini. Tak ramai pula pengunjung ke sini. Rupanya tempat ni selalu didatangan kumpulan organisasi mengadakan mesyuarat dan seminar. Memang ada bilik seminar dan bilik mesyuarat yang khas untuk itu.