Sempat lagi mak shopping

Alang kepalang ke SACC kak-M singgah juga sekejap di Elianto. Memang ada hajat nak beli compact powder yang dah lama habis. Pastu telek menelk sangkut juga sebatang dua benda lain. Kalau shopping ni memang segar bugar jer mata. Kemain membeliak lagi kan. Kalau mengapa PC buat kerja, 5 minit dah makin kuyu..he he he.


Elok ke ke kaunter nak bayar, pandai pula adik tu cakap 

' Kak, lagi 5 ringgit cukup RM60 akak dapat free gift' , dah pula kena lah kak-M kembali telek menelek lagi. Sambar satu lagi yang kununnya murah ler, lips liner. Ok then bila nak membayar adik tu tanya...

' kak, compcat powder tu akak dah ada ke casing dia?' Ha! Pulak, bukan ker yang aku beli tu sekali dengan casing...Owh rupanya refill sahaja. Maka beli pula satu lagi casing. Hahahha, sesaja jer menghabiskan duit kat situ. Kalau tau tadi tak yah dah beli lips liner tu kan. hmmmm...


Comments

LanaBusyBee said…
elianto ni pakaging dia comel2 kan, kotak2 dia tu...nak buang pun sayang...tapi tu la, atun xleh nk layan dah elianto, kena beli yang kandungan semulajadi, mcm skinfoot ka, bodyshop ka..jaga la konon hakhakhak
emma marini said…
hahaha betui...kekunun nak beli bedak saja, pastu pandai ja depa dok offer itu ini....

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick