Posts

Showing posts from August, 2012

55 Tahun Merdeka

Image
Merdeka! Merdeka! Merdeka!, setiap tahun pada tanggal 31 Ogos memang inilah laungan yang akan berkumandang di media masa. Kita juga akan menontoh klip video Tuanku Abul Rahmah Putra Al Haj akan melaungkan MERDEKA! sebanyak tiga kali berturut-turut di ikuti seluruh rakyat jelata. thanks to Google image Kini Malaysia sudah pun 55 tahun merdeka. Apakah erti kemerdekaan kepada golongan muda sekarang. Kak-M sendiri tidak begitu mengerti sepenuhnya. Rata-rata ni mengakui kemerdekaan itu pembebasan negara dari penjajah. Apa itu sahaja maksud mereka. Sejauh mana kita merdeka? Sejauh mana kita bebas dari jajahan? Tepuk dada tanya selera. Sempena 31 Ogos 2012, Kak-M sekeluarga juga  tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan buat seluruh rakyat Malaysia tidak kira bagaimana pun pengertian merdeka itu pada kalian... Salam MERDEKA you all! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tomyam Putih Ikan Merah, Sangat mahal you!

Image
Dah Masuk Syawal ni tetiba mood memasak jadi kureng. Dok pikir apa yang paling mudah. cari punya cari nampaknya macam nak buat sup ikan. HeHe He, Tapi akhirnya jadi tomyam pula..Rupanya senangnya masak tomyam!. Terjumpa sepeket serbuk tomyam putih mertua beli dulu. Tadi pi kedai pak Aji nak beli ikan. sekali terbekanan pula dengan ikan merah tu. hangkut ler sekeping. Ko tahu berapa reganya...RM 16 hengget tu..Tu dia eh, mahai berdengung kata orang Kedah. Tapi kan udah nak makan aku bayar kan jer lah Masak ni memang sangat campak-campak. Hahah, Mudah sangat..memang I Like! gitu. Renehkan serbuk tomyam dalam 500 ml air, pastu masukkan serai yag dititik, masukkan daun limau purut dan ketuk lengkuas sikit, masukkan ikan merah biar dia masak, rasakan akhirnya masukkan segala sayuran yang anda suka dan juga bawang besar yang dipotong lebar..Siap! Mudahnya masak tomyam, baru ku tahu..:) Dan jangan lupa yer, Segment Terjah kita... "  Hanif Idrus Segmen Mener

Terjah jangan tak Terjah!

Image
Semalam kak-M dapat jemputan untuk join satu segmen terjah blog. Sebagai menghormati pelawaan tersebut kak-M buat keputusan untuk join segment ni. Lagi pun senang jer segmen ni, tak perlu pun perah otak atau letih jari nak menaip pepanjang. Idrus dari http://hanifidrus.blogspot.com , yang menjemput kak-M untuk turut serta dalam segmen ni. " Hanif Idrus Segmen Menerjah " okay bersedia kak-M akan tag dua blog di bawah untuk join sama....hehehe, jangan marah ya. http://akucariincomediinternet.blogspot.com/ http://idahsalam.blogspot.com/

Dah kira duit raya?

Image
Malam tadi kak-M lepak dengan anak-anak kat bilik tidur. Kitaorang dok kira duit raya..hahahaha, Suka depa dok susun duit ikut warna dan nilainya. Nuha cakap nak beli sesuatu dengan duit tu. Abang pula cakap nak masuk tabung. Ahmad memang tak tahu menahu lah kan.Heee.  Biasanya setiap kali raya kak-M akan simpan terus duit raya depa ni ke bank akaun memang. Sehingga hari ni masaing-masing ada ASB, ASD, Maybank Ting. Tabung Haji dan SSPN. Tu dia. jenuh kan nak ngurus akaun yang berbilang jumlahnya. Biasanya kak-M akan simpankan duit raya depa dalam ASB atau ASD lah. Tabung haji tu memang setiap bulan tolak dari gaji. Daddy pula akan tolakan gajinya ke SSPN anak-anak. Manakala acakun Maybank Ting tu kekadang kak-M buh ler juga sesikit. Begitu lah setiap tahun perkara ini akan berulang. Tapi kan hari ni ada suatu berita baik! Hanya depositkan RM100 dalam akaun SSPN-i melalui Bank Islam sekurang-kurangnya 30 hari dan anda berpeluang memenangi RM100,000! Mudah sahaja, bukan?

Teapot Deli Cafe

Image
Hari ni saya masih lagi bercuti. Lepas hantar Darwish ke taska, saya ingat nak ke balai polis buat report kehilangan IC. Sekali lega sebab jumpa pula IC tu dalam folder surat beranak Nuha. Lega satu hal. Dari nak pergi balai polis dan JPN, saya tukar rancangan ke SACC Mall. Tujuannya nak cari hadiah untuk cik abang..hehehhe. Hari ni Ulang Tahun Kelahirannya yang ke-36. Tak der terpikir pun nak beli apa. Jadi jalan-jalan jer dulu dalam mall tu. Masuk jer main entrance tu, saya dah tertarik pula nak masuk Body Shop yang memang dah lama sangat tak jenguk situ. Tetiba tertanya pula Sales Girl tu ada tak pack hadiah untuk lelaki..huhuu, Sekali ada you, apa lagi tanpa pikir panjang beli la terus..hehehhe. Dah settle dua perkara. Tetiba Nuha kata laparrrr!..Heheh, terus ler bawa dia ke Teapot Deli Cafe ni, tingkat 3 SACC Mall. You all pernah ke sana. Sangat cosy lah cafe ni. Mungkin lah tokey cafe ni dulu pernah menetap di luar negara, England mungkin. Sebab rekabentuk dalam

Rayau Raya di Jitra Kedah

Image
Tahun ni sangat bermakna buat kak-M sekelaurga kerana berpeluang menyambut Aidil Fitri bersama seluruh keluarga di Kampung HIjrah , Jitra, Kedah. Walaupun ianya hanya pada hari keemapt, tetapi perasaannya sama seperti hari pertama di sana. Gembiranya hati dapat berkumpul kami empat beradik bersama anak-anak. Memang meriah rumah Tok Wan dan Maktok. Sampaikan sekeping gambar pun tak amik..huhu, punyalah kami menghabiskan masa bersama. anak-anak kak-M pun begitu gembira dapat bertemu mak dan ayah sedara serta sepupu mereka. Kali ni hampir 5 hari kami di Kampung Hijrah. Asalnya nak naik flight sebab perjalanan yang agak jauh dan lama dengan anak-anak yang mingkun meragam. Tetapi tiket yang terlalu mahal membuatkan kami mengambil keputusan untuk naik kereta jer. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik sanagt lancar dengan keadaa traffik yang begitu baik. Semoga dapat lagi bersama seperti ini :)

Salam Aidil Fitri Minal wa Faizin...

Image
Nampaknya ramai dah blogger kembali bersiaran selepas seminggu berhari raya. Lepas ni comfirm entry berkisar tentang open house..heee. Hari raya pertama kak-M di Kampung Sungai Udang Klang. Macam biasa kalau di Selangor menunya pasti ketupat, nasi impit, rendang ayam, lodeh dan kuah kacang. Seronok juga tahun ini. Memang nampak tight sangat jadual tapi semuanya berjalan seperti yang dirancang. 

Sedekahkan senyumanmu pada Raya ini!

Image
Hari Raya menjelang tiba dan inilah masa untuk bertemu dengan sanak-saudara tersayang!   Jangan lupa berkumur dengan Listerin Natural Green Tea untuk gigi yang lebih sihat dan bersih selepas anda menjamu kuih Raya yang enak! Gigi yang cantik adalah penting untuk senyuman yang menawan, kan?   Sedekahkan senyuman anda dengan gigi yang sihat bersama-sama Listerine Natural Green Tea pada musim perayaan ini! Biar gigi anda berseri-seri pada Raya ini dengan Listerine Natural Green Tea #SmileWithListerine 

Salam Aidil Fitri buat semua

Image
Pagi-pagi lagi kak-M dah bangun masak nasi impit, 6 peket jer, untuk di bawa ke rumah bonda mertua. Alhamdulillah cantik jadinya nasi impit tu..heee macam ler susah benar nak rebus nasi impit yang telah siap dipeketkan..hehehhee. Ingatkan nak merendang ayam sekali, tetiba huby cakap tak payah sebab bonda dah order kat mana tah. Kuah kacang sempat juga kak-M masak. Nampaknya simpan dalam fridge jer lah. Lebih kurang jam 1.00 petang baru kitaorang siap-siap untuk pulang ke kampung. Heee macam tahun0tahun sebelumnya memang dah jadi kewajiban untuk pulang ke Kampung SUngai Udang setiap kali raya. Cuma kali ini agak berbeza sedikit sebab we all akan pulang juga ke Kampung Hijrah di Kedah. Alhamdulillah gembiranya hari akak dapat peluang bertemu mak abah dan adik beradik semua pada raya tahun ini. Sampai jer kat rumah Bonda di Klang tak der sangat benda yang nak dikesahkan sebab rumah BVonda memang dari awal algi dah siap segalanya. Makanan pun order jer, pagi raya adalah yang

Persiapan Akhir Hari raya

Image
Sayunya hati meninggalkan Ramadhan tahun ni, moga panjang umur untuk bertemu lagi Ramadhan tahun depan. Ramadhan tahun ini penuh suka duka. Kak-M sekeluarga ingin mengucapkan S alam Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin buat semua rakan blogger di luar sana, baik yang rajin bertandang mahupun silent reader. Terima kasih banyak-banyak di atas kunjungan kalian ke sini.  Hari ni kak-M tak banyak kerja sangat, Hubby masih lagi ke office. Kak-M memang dah rancang untuk siapkan rencah untuk rendang ayam dan kuah kacang. Dan memang inilah yang kak-M siapkan di pagi Jumaat ini. Sabtu nanti senang boleh terus menumis. Lama juga sebenarnya tak merendang ni..hee ada lagi ke skill? Cuba jer la dulu. Dulu masa kat Manchester memang almost seminggu sekali kak-M akan merendang, cuma bila balik sini, mertua selalu jer order dengan kawan dia , malam sebelum raya dia akan collect jadi kak-M tinggal hidangkan saja. Tahun ni pula kawannya tu tak sihat, jadi kak-M menyerah diri untuk merendang..heh

Biskut Manik

Image
Biskut raya kedua hari ini ialah Biskut Manik. Dulu-dulu kala kak-M selalu buat biskut ni, mudah an cantik. Masa kak-M nak mula buat biskut ni Nuha dah datang tanya-tanya. Nak buat kuih apa? Hee, Biskut Manik mummy jawab. Dia macam pelik jer..kenapa mesti manik? Heee, dia dah munsykil sebab padanya manik tu kan jahit pada baju. Bila dah sampai part nak taburkan manik stars tu baru dia notice...Owh! ni ke maniknya..heee, pandai pun. Jadi kerja menabur manik tu Nuha yang buat. Sepatutnya di taburkan manik bulat, tapi tak der stok maka kak-M guna jer bentuk star ni, gasak lah..kih kih kih Nak buat biskut ni mudah jer. Hanya menggunakan bahan-bahan asas. Rasanya ala-ala Biskut Buter Scottich gitu. Bentuk asal memang empat segi tepat macam yang kak-M buat ni. Kebetulan masa pi kedai barang-barang kek tu, ternampak pula acuan ni, kak-M beli terus. Jom layan resepinya. Bahan-bahan: 1 buku butter (250g - akak guna buttercup) 1 biji putih telur  3 biji kuning telur 2 cawan g

Biskut Telur Rebus

Image
Huhu, akhirnya misi marathon biskut raya pun bermula. Biskut yang pertama ialah Biskut Telur Rebus. Masa kecik-kecik dulu biskut ni memang antara biskut rasmi yang mesti ada di meja sajian hari raya. Masa tu ingat lagi kak-M dan adinda suka sangat buat kerja-kerja menekap acuan kuih ini. Dan hari ni sejarah berulang...heeee, cuma, kak-M berseorangan saja kali ni. Memandangkan anak-anak masih lagi ke sekolah hari ini, kak-M curi masa pepagi ni untuk siapkan sekuarangnya sejenis biskut. Abang Danish balik sekolah jam 12 tengahari hari ni. Jadi kak-M punya masa yang cukup untuk siapkan sejenis biskut. Macam yang kak-M nyatakan tadi, biskut pilihan hari ini ialah Biskut Telur Rebus. Pernah dengar tak? Ada, cuma jarang-jarang orang buat, mungkin kerana tak begitu moden kot. Sama jer konsep macam biskut-biskut lain cuma biskut ini menggunakan bahan utama telur kuning rebus. Menarik kan? Sebab tu lah namanya ialah Biskut Telur Rebus. Hanya telur kuning sahaja digunakan dalam

Menu berbuka tetap seperti biasa.....

Image
Tiga hari jer lagi nak berpuaa kan? Kak-M masih setia ke office macam biasa. Tapi hari ni memang sunyi sungguh suasanya, kereta macam banyak lagi tapi orangnya tah mana-mana. Mungkin depa park jer kot kat office pastu pool ke PKNS hahahah. Yer betul, memang sunyi sangat. Macam biasa kak-M siapkan sahaja mana-mana kerja yang perlu sebelum bercuti panjang. Tengahari tu keluar sekejap, kekonon nak ke PKNS cari tudung. Pagi lagi tokeh baju dah bawa baju i tu. Hehe, siap juga akhirnya baju I tu. Jadi bawa ler baju tu ke PKNS nak matchkan tudungnya. Dah sampai sana memang sangat kuciwa..punyalah penuh parking, 2 kali akak tawaf masih tak dapat parking. Akhirnya akak pusing balik ke area Jakel tu. Teringat dalam Gulatis tu ada juga koleksi tudung yang menarik.  Hmmm memang tepat keputusan kak-M, dah dapat tudung yang matching dengan baju, terus masuk office semula. Sambung lah lagi mana-mana yang perlu dan akhirnya kak-M kemaskan meja kerja kak-M tu biar nampak lebih tersusun.

Marathon Biskut Raya, jom!

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kak-M tak buat sangat kuih raya ni sebabnya kak-M dah beberapa tahun ni menolong bonda Mertua menjual kuih raya, jadi kak-M pun hangkut beli juga kuih bonda tu..hihihi, senang hati kan. Apapun keinginan untuk mengukis tu  tetap ada. Teringat lagi kisah zaman silam dulu kala. Kak-M mula mengukis semuda umur 9 tahun lagi tau. Masa tu masih membantu bonda membuat kuih raya setiap bali Ramadhan. Bila kak-M dah 12 tahun memang kak-M dah mula mengukis sendiri tanpa bantuan bonda. Antara kuih-kuih yang sangat popular kami buat ketika itu ialah: Biskut sarang semut Biskut Telur rebus Biskut coklat rice Biskut Cornflake Biskut Semperit Biskut Arab Biskut Mazola Tart Nenas Sepit Ini memang kuih wajib lah. Memang setiap tahun akan ada kuih ini. Tahun ni tergerak juga hati nak mengukis. Rancangnya esok nak mula. Dapat dua jenis pun kira puas hati dah. Jadi petang nanti kak-M nak ke baking shops beli sikit2 bahan untuk kuih raya. Nantikan epi

Mid Valley City..sesat you!

Image
Selagi tak raya selagi tu lah dok marathon sana-sini. Ntah apa lah yang masih dok cari lagi pun tak tau. Hari ni tengahari sempat lagi kak-M drive to Mid Valley City dengan kawan kak-M tu. Memang dah janji dari semalam nak ke sana. Kawan kak-M nak cari kasut katanya. Well masa sale raya ini lah nak rembat segala eventhough barang yang dibeli tu bukannya nak guna di hari raya pun. Weh! Aku sesat di kota raya tau!. Mak aii!, first time ni drive to Mid Valley sekali terlepas simpang dan terus masuk KL. Owh sudah, jenuh ler juga dok pusaing sana sini nak masuk balik highway. Akhirnya we all follow bus ..kah! kah! kah! Teruk sungguh, dah GPS pula tak bawa. Ahh! nasib lah kan nak sangat pegi. Akhirnya berjaya juga sampai. Satu hal lagi nak parking, semua screen FULL!.. Again aku udah ler tak pernah ke sini. Belasah jer, FULL pun aku rembat gak masuk Zon G okeh tatau ler arah mana. Dok pusing-pusing dalam multistory parking tu akhirnya dapat ler juga park kereta kat situ. Pastu s

Mengimbau Kisah Pak Nil dan Erra Fazira di hari raya

Image
Sesambil dok dengau lagu raya berkumandang di media massa tu, jom kita terjah kisah Pak Nil dan ayahnya melalui Astro. Kita kenal pak Nil sebagai pengacara TV tersohor. Dah berapa kali Pak NIl menang anugerah. Kita juga suka dengan keletah Pak NIl melayan anak-anak dalam siri Tom Tom Bak.. Sekarang kita boleh ikuti kisah ikuti kisah raya Pak Nil mengimbau kembali zaman kanak-kanak bersama ayah kesayangannya. Tradisi masjid ke masjid awal-awal lagi menjadi pegangan Pak Nil sehingga kini, walaupun ayah Pak Nil sudah tiada. Jom layan Kisah Pak Nil di SINI.   Siapa yang tak kenal dengan bekas ratu cantik Malaysia ni. Memang sehingga kini dia maintain cantik jelita. Kak-M memang suka nengok wanita jelita ini tak kira dalam lakonan mahupun pengacaraannya. Jom kita ikuti kisah raya Erra Fazirah tentang dirinya yang terpaksa meneruskan kehidupan tanpa seorang bapa sejak dari kecil lagi . Lihatlah bagaimana Erra Fazira menjadi teladan yang baik untuk lebih tabah. Jom layan kisah Erra

Yeay! Hadiahnya dah sampai

Image
Balik dari office petang tadi macam biasa kak-M memang tengok dulu kalau-kalau ada surat di peti surat. Kekadang tu bil dan selebihnya banyak sampah..kih kih kih, tah apa-apa kertas depa sumbat dalam peti tu, all the kataloqs, advertisement and son on and sometime sampai sarat peti tu dengan all the junk letters. Wah! Ada sesuatu lah. Sesuatu yang akak dah lupa pun sebenarnya. Ianya ialah hadiah! Hadiah you olss. Yer lah dari siapa? Siapa lagi kalau bukan wanita cun itu.Yeay! Hadiah GA tu dah sampai rupanya. Memang benar janjinya, hadiah akan diterima sebelum hari raya. Jangan tak caya kak-M dapat tempat ke SEMBILAN okeh..kih !kih! kih!, senyum melebar ko. Ha! sapa nak duga first time masuk GA, first time juga dapat hadiah GA..huhu. Syiok tidak terkira. Dok ingat dah dapat tempat terakhir kan..keh! keh! keh!...Apapun kak-M ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kak Sha kerana memberi ruang kepada kami bloggers untuk turut serta dalam kuiz sebegini. Dalam bulan yang

Setiap botol ada ceritanya tersendiri

Image
Adakah anda pernah terfikir tentang proses dan kerja di sebalik setiap gelas air yang anda minum? Tahukah anda bahawa terdapat golongan masyarakat yang masih tiada sumber bekalan air bersih dan sanitasi? Coca Cola sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Amal untuk menyokong projek yang akan membantu golongan yang kurang bernasib baik ini. Di bulan Ramadan yang mulia ini anda juga boleh memainkan peranan anda!   Setiap pesanan yang dihantar melalui App Coca Cola akan membiayai projek pembekalan air bersih dan sanitasi di kawasan pedalaman. Jika kita mendapat 50,000 pesanan, Coca Cola akan menyalurkan RM50,000 ke projek ini. Bulan Ramadhan boleh meraih pahala – Setiap ‘Share’ #SemangatRamdhan ini tidak merugikan kamu, tapi menyumbang kat pertubuhan NGO , Jadi jom mulakan hari ini. Kepada yang berminat dengan ite

Hari yang Mengeratkan Silaturrahim sesama Islam

Image
Lagu raya pun dah kerap berkumandang di media masa. Wah menambahkan lagi mood raya kita. Dok terbayangkan tetamu yang bakal berkunjung, sanak sedara berlamanan, anak-anak menanti duit ray...wah betapa hebat susunan Aldil Fitri. Kak-M esok ada rancangan marathon lagi..keh keh keh, nak ke Mid Valley lah kununnya. Tatau nak cari menda apa. Cuma tinggal tudung jer yang belum ada. Yang dalam stok tak mathcing dengan baju raya jadi kena juga cari agar sesuai digayakan dipagi raya..ceh! Prsis artis gitu..huhu Yang mana belum bayar bil telefon silalah berbuat demikian segera mungkin. Dah tiba hari perayaan tetiba kena bared pula talian, waktu tu baru terbeliak biji mata kan. Akak pun nak kena settle kan juga before raya all the billings. Memang peting adanya talian telefon ni tau. Sebab apa ? Ha! sebabnya Aidil FItri adalah masanya untuk mengeratkan lagi silaurrahim. Jadi kita akan berbual-bual sama kawan-kawan dan sanak sedara. Nak jemput datang open house kan, makan perlulah sms

Jom ke Disneyland

Image
Tak kiralah berapa umur anda, sudah pasti tempat ini akan menjadi idaman semua! Di manakah tempat ini? Mana lagi kalau bukan Disneyland! Bosan dan letih dengan hidup anda? Alamilah dunia penuh keajaiban di Hong Kong Disneyland! Temuilah Woody dan Buzz di Toy Story Land, atau naiki Wild West dengan Grizzly Gulch yang serba baru! Lebih seronok lagi, anda boleh mendapatkan makanan halal selepas bersukaria di taman tema yang seronok ini! Hanya Disneyland saja yang mampu memberikan keseronokan penuh kenangan kepada anda. Kalau di HongKong kak-M belum rezeki lagi ke sana. Kalau yang di Paris tu akak dah sampai. Weh, memang seronok sangat. bukan budak-budak je, mak budak juga tergedik gedik. Especially bila menunggu parade tu, Halooo! Terasa macam dalam citer Fairy Tales gitu...huhu..comei bebenor melihat all the princess melambai-lambai ke kita. Aku pun terjerit-jerit gak panggil dorang.  Kak-M pasti kat mana pun Disneyland ni memang sama jer konsep dia. Cuma mungk