Posts

Showing posts from July, 2012

Sayangnya Allah kepada hambanya

Setiap antara kita pasti akan diduga. Kenapa kita diduga? Kerana Allah itu sayangkan kita, Kerana Allah itu mahu kita tersedar dari lamunan duniawi. Kerana Allah itu mahu beri kita peluang untuk berbuat baik, Kerana Allah itu maha mendengar dan mengampunkan dosa hambanya. Maka dengan itu usahlah kita merintih menyalahi kenapa kita yang diduga. Allah menduga kita melalui pelbagai cara. Rezeki kita mungkin di tarik balik. Kita mungkin kehilangan orang tersayang. Kita mungkin di timpa musibah atau kita diberikan kesakitan. Bersyukurlah kita bila kita diduga tidak kira dugaan itu baik atau buruk kerana yang pasti ialah Allah masih mengingati kita.walau dalam apa jua keadaan kita. Kita mungkin rasa teruk, atau tidak adik atau kenapa mesti kita, ingatlah yang memiliki adalah DIA dan kita punya DIA untuk kita mengadu. Petikan ini adalah dari sumber  Zaharudin.net Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita.

Ikan Pari Bakar

Image
Akhirnya apa yang diinginkan berlaku juga. Inilah hajat hati, nak cuba guna periuk magic ni buat pertama kalinya. Perasmian periuk magic ini adalah untuk resepi Ikan Pari Bakar. Saya memang kalah sikit dengan menu-menu bakar, kalah membakar, tapi menang memakan.Heheheheh. Bukan apa, bila cakap bakar tu aduhai macam leceh jer. Tapi saya meneukan pegalaman yang cukup indah dengan adanya periuk magic ini. wah, macam ayat iklan penaja jer ka? Heee.  Ikan pari bakar ini cukup memngingat saya pada kenangan menetap di Cheetham Hill dulu. Ketika itu saya sedang mengandungkan anak kedua (Sarah Nuha). Saya dan kawan-kawan dijemput ke rumah Dr Fiza untuk majlis makan santai, dah agak malam juga ketika itu. Kami dihidangkan dengan Ikan pari Bakar. Aduhai begitu enak sekali. Sungguh tak tipu, Dengan suasana dingin salju di daerah itu, memanglah sedap maka ikan bakar panas-panas gitu. Pandai Dr Fiza dan Dr Din memabakar pari, sambalnya yanh enak dan ikanya masih basah-basah gitu. Jadi s

Akhirnya Marathon ini tamat sudah ...yeay!

Image
Woot!Woot! Salam Ramadhan ke-8. Senyum selalu ya. Kak-M waktu ni dok galak nonton night movie, sambil layan fb dan blog. Hah! Betapa 'multitasking' nya orang perempuan ni kan? Banyak kerja boleh buat dalam satu masa. Sekarang saja dah jam 12.30 malam, seisi rumah dah tidor lena dibuai mimpi, akak jer yang masih berjaga..heee, syok juga dalam kesunyian malam begini, mengisi ruang untuk diri sendiri. Dari pagi sampai malam 'lappy' diguna anak bujang. Sungguh leka dia dok melayan 'online game' dia tu. Kalau dilarang nanti dok minta nak berbuka pula kan. Aisey! Bukan senang nak 'tacle' jiwa anak-anak ni. Mujur tadi Daddy dah 'warning' suruh siapkan homework. Jadi sempat lah akak guna kejap untuk FB dan blogwalking. Kalau di rumah mertua macam ni, kak-M memang tak masak sangat. Paling lekeh pun akak goreng nasi je untuk anak bujang tu. Biasanya bonda mertua dan suami akak akan ke Pasar Ramadhan beli juadah. Al-Maklum rumah bonda mertua ni tak 

Carpet baru, kau ade?

Image
Yeay! Akhirnya berjaya juga akak maraton ke Gudang Jakel belakang Petronas Seksyen 7 tadi. Wah! kemain banyak carpet depa longgok situ. Dahsyat juga kiranya Jakel ni. Ntah ler berapa store depa sewa. Sekarang dah buka khemah besaaaaaarrr punya khas untuk carpet. Tengahari tadi memang akak dah berhajat nak ke sana. Tujuan asal adalah nak mencari karpet atau tikar nak letak kat office. Sekarang ni hanya lantai jubin jer office kak-M tu. Bila office tu dah rasmi jadi Kak-M punya, tak perlu lagi pindah-pindah, maka nak lah berhias-hias kan. Carpet ni yang kena beli dulu sebab bila anak-anak datang idak ler sejuk dorang dok duduk lepak berguling atas jubin tu. Tapi bila dah sampai sana, wah! tergoda akak tau. Macam-macam ada. Jenuh gak dok buat keputusan nak beli mana satu, tengok sana tengok sini semua cantik. Dah pula tukang jual tu memang pandai mempengaruhi, hampir hampir akak tewas tau..Hahahhaha!. Akhirnya akak beli juga untuk letak kat ruang TV hall tingkat atas. Sepas

Bestnya buah ni!

Image
Dalam bayak-banyak buah, buah mangga lah yang paling digemari oleh anak-anak kak-M. Kalau jalan-jalan ke kedai nampak jer mangga mesti dorang nak. Dalam bulan puasa ni pun mangga yang menjadi hidangan pencucui mulut. Dah tak perlu lagi kak-M buat puding bagai, makan mangga jer depa ni. Hari pertama Ramadhan adik ipar ada bawa balik 4 biji mangga dari Jusco katanya, kuning cantik masak ranum. Tak pasti akak mangga species apa. Wangi juga baunya. Akak bawa balik Klang 2 biji dan tinggalkan di Shah Alam 2 biji. Memang lah tak cukup sebab ramailah rakyat kat Klang nun. Semalam adik ipar kak-M bawa balik lagi selambak. Ha! Amik ko. Makan ler puas-puas. Bangun sahur pun dorang suruh akak potong mangga, punyalah depa suka makan mangga ni. Jadi bila akak dok cecari khasiatnya akak jumpa dari blog ini, Jom baca sini yer  aurapink.blogspot.com .   kalau di Cheetham Hill dulu, memang selalu akak order Manggo Lassi, aisey, memang ketagihan tau, pekat, enak, lazat..owh tak taha

Sayur Peria Goreng

Image
Dalam setiap hidangan mesti kena ada sayuran. Jadi sayur pilihan kak-M hari ini ialah Peria Goreng. Actually ini adalah kesukaan kak-M kalau lunch di office pasti akak akan mencari sayur ini. Hari ni kak-M berjaya juga mengorengnya walaupun dalam keadaan sedikit kekalutan  mengejar masa. Nak maak ni pun senang jer. Asalnya akak nak goreng taocu tapi macam tak berani takut tak jadi hua huaaaa, jadi akak goreng biasa jer macam selalu buat tu. Ini pun kira separuh jer peria digunakan.Peria ni dibelah dua dah bahagian dalamnya di buangkan. Rendamkan dulu peria yang dipotong nipis menyerong di dalam air seketika. Dua ulas bawang putih di ketuk. sebiji cili hidup ditumbuk bersama sedikit udang kering dan sebiji bawang merah. TUmiskan bawang putih dan bahan-bahan tumbuk tadi tu hingga naik bau dan masukkan peria. Gaul biar sebati dan masukkan garam secukup rasa. masukkan sedikit air(2sudu besar cukup lah) dan pecahkan telur , Biarkan sehingga agak kering dan gaulkan. Hmmm siap. Jom m

Makan apa tu?

Image
Alhamdulillah, dah Masuk Ramadhan ke-7, Masak per hari ni? Sepanjang berpuasa tahun ini memang muranh rezeki sangat. Tiap-tiap hari jiran datang hantar juadah, kalau semalam ada nasi ayam, hari ni nasi carrot pula. Alhamdulillah rezeki semuanya tu. Sebenarnya kak-M masak nasi putih bersama lauk pauk. Abang Danish dan request nak makan kari ayam, jadi kena lah layan kari ayam malam ni. Masak pun serba sikit cukuplah untuk kuantiti keluarga yang kecil kan. Jadi tak der lah berlebihan dan membazir. Salam Berbuka dari kak-M..:)

Mau Hadiah? Baik punya!

Image
Nampaknya tarikh tutup penyertaan semakin hampir. Cecepat lah sesapa yang terasa nak join GA yang dianjurkan oleh Novelis MasterChef kita ni. sapa lagi kalau bukan wanita cun tuh, Shahriah Abdullah. Tarikh tutup penyertaan telah pun diumumkan iaitu pada 28 Julai 2012 iaitu pada Ahad jam 12 malam.Heee 2 hari jer pun tinggal.  Sekarang pun soalan dah masuk yang ke 22, kena kumpul lagi 8 soalan yang akan keluar bila-bila masa je. Sehari sehari Shahriah akan paparkan hadiah-hadiah kepada bakal pemenang, memang menarik wei..jom! Sesapa yang berminat jom join, senang jer boleh klik SINI atau pada banner di bawah tu

Double Sided Grill Pan

Image
Alhamdulillah, tamat sudah puasa ke-enam yer. Sekejap jer dah nak masuk seminggu berpuasa. Masak per hari ni? Harap-harap masih semangat memasak bulan puasa ni. atau ada yang dah ketandusan idea? kak-M masih belum sekali pun ke Pasar Ramadhan. Entah ler tak berapa terasa nak membeli di sana. Petang tadi anakanda minta nasi goreng merah. Owh! mudah saja. Memang rezeki hari ni Pak Mal datang bagi Nasi Ayam 3 bungkus. Tu la untungnya rezeki bulan Ramadhan ni, berjiran pula dengan tokeh nasi ayam. Bernasi ayam lah we all hari ni. Adinda ipar pula bawa balik murtabak. kak-M cuma bancuh teh-o' je dan suami nak teh tarik. Then cukuplah ala kadar buat berbuka hari ini. Kalau tak kerana Pak Mal tu bagi nasi ayam, pasti sesuatu yang berlaku.Huhu. Ini kes experiment gadjet baru.Hoho! Inilah yang kak-M dok khabar satu Pekan kuah marathon cari tak jumpa. Ko tak nampak  akak berlari-lari satu kedai ke satu kedai malam-malam mengejarkan pintu kedai dah nak tutup kan. Mak abah dan Nuha tu

Langkawi day-2

Image
Hari kedua ni kami dah check-out sebab nak kehospital terus pastu ke jetty point untuk balik Jitra. Jam 10.30 macam tu kami keluar dari hotel. Memandangkan waktu melawat pada jam 12.30 jadi kami pi ronda-ronda dulu dalam pekan Kuah. Kak- M adalah beli coklat sikit2 buat anak-anak yang kena tinggal kat rumah tu.  Lain yang di cari lain pula yang dapat..huhu. Dok cuba-mencuba kasut ni. Macam berkenan pula dengan design kasut kat sini. Akhirnya akak sambar juga sepasang yang macam kat bawa htu. huhu. Ha amacam? ok tak? Hiks! ok ler kan, buat pakai ke office. Memang menggila kejap nengok barang perhiasan pompuan kat sini. Beg tangan tok sah kiralah kan. Huishhh tirgoda you! Mujur iman kuat , jadi idak ler aku memborong bagai. And for Nuha dia nak gelang siput. RM3.50 jer..kih kih kih, kemain suka dia dapat gelang tu. Dah dapat semua barang dan barang yang kak-M nak tu ada di Idaman Suri, lega satu hal.Later akak story dalam entry lain yer. Kami terus ke Hspital melaw

Bersahur di Langkawi

Image
Selepas selesai solat Maghrib, kak-M teringat nak cari sesuatu untuk di bawa pulang. Jadi ajak mak abah keluar sekali lagi. dalam bulan puasa ni, kedai memang tutup cepat. Kedai Haji Ismail Group pun seawal 6.00 petang dah tutup. Bagus juga ya, mereka mengambil berat kebajikan pekerja dan memang majority pekerjanya adalah orang Islam. Dah mencari barang tak jumpa terus masuk simpang ke gerai makanan untuk beli sesuatu buat sahur pagi nanti. Singgah lah kami kat kedai pathani ni beli nasi goreng cina dan lauk ayam merah. Cukuplah kan, Minuman bancuh jer kat hotel nanti. Masa tu masih lagi hujan renyai-renyai . Sejuk jer suasana kat situ. Lama pula dok menunggu orang tu masak, apalagi pekena dulu kopi secawan, Nuha pula minum laici. hehe. dah siap terus jer balik hotel lepak sambil makan coklat dan nonton TV. Almost jam 12.00 juga baru tidur.

Berbuka Puasa Di Langkawi

Image
Balik jer lepak kat hotel, terus semua terbongkang, weh penant juga trip macam ni, terkejar sana sini. Bangun jam 5.30 petang terus Solat. Then ajak nuha turun bawah jalan-jalan dalam shopping complex tu. Nuha pun dah mula boring, tak der kawan, tak benda nak main asik asik tengok TV jer. Janji dengan Mak Abah tunggu kat lobby hotel at 6.00pm untuk ke Hospital semua. Dah penat dia, ikut tokwan dan maktok jalan-jalan  Apa yang berlaku hujan teramat lebat. Bukan sekadar tak dapat ke hospital, nak keluar beli makanan untuk berbuka pun terpaksa di batalkan, kami decide untuk berbuka di Marry Brown kat situ jer. Hahahah. Tak kisah ler. Sesambil tu dok merayau-rayau ler dalam kompleks tu. Lebih kurang jam 7.00 hujan mula berenti, jadi kami nergegas naik kereta ke Jetty Point. Kononnya nak makan nasi kandaq. Sekali tutup kedainya..iskk spoil betui... Mujur ada satu kedai mamak lain buka, tapi tak der nasi kandaq. Jadi menu berbuka malam tu ialah nasi ayam dan mee goreng mamak. Alha

Hospital Langkawi

Image
Lepas check-in hotel terus jer kami ke Hospital Langkawi, Sedang elok masa tu dah jam 12.30 memang masa melawat pun. Ini juga adalah kali pertama kak-M melawat orang sakit di Hospital Langkawi. Cantik sangat hospital ni. Yerlah sebab hospital ini adalah bertaraf pelancongan. Memang specially design to cater and serve pelancong yang datang ke Langkawi. Adik kak-M di tingkat 2, ward kelas 1. Adik kak-M ni cikgu jadi dengan gurantee letter dapat lah dok kelas pertama. Sangat selesa untuk dia dan untuk pelawat-pelawat yang datang ziarah. Alhamdulillah, nampak keadaannya baik-baik sahaja. Lama juga kak-M tak bertemu  dia. Selalunya kami akan bertemu di rumah bonda di musim perayaan saja. Dah kebetulan masa tu anak-anak dia datang. MasyaAllah comel-comel dan dah besar semuanya. Mak mertua dia yang jaga masa tu. Syukur sangat melihat keadaannya yang semakin baik. Dah habis waktu melawat kami pun balik rehat-rehat di hotel. Rancangnya petang  nanti nak datang semula sebelum

Langkawi Day 1

Image
Sesudah subuh kak-M sempat lagi berblog, tiada entry terkini cuma ziarah blog kawan-kawan jer, lepas tu dah berkemas untuk trip to Langkawi. Nuha liat pula nak bangun pagi tu. Lebi kurang jam 9.30 baru gerak dari Jitra ke Kuala Perlis Memang lama sungguh tak ke Kuala Perlis. Masih seperti dulu tak banyak perubahan. Tiket Ferry pun untuk dewasa cuma RM18 dan kanak-kanak RM13. Kalau sesapa yang pernah ke Langkawi memang tau lah, perjalanan melalui laut ini akan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke sana. Kalau dari Kuala Kedah selama 1.15 minit dan tiketnya lebih mahal. Ferry kami akan gerak pada jam 10.30 pagi, Jadi menunggu ler kita jat terminal ferry yang tak seberapa tu. Memang sangat memboringkan, apa pun tarak, TV ka, wifi ka..huh, abih kerja pun baca paper jer. Beli kat kedai runcit seberang jalan. Nuha pula tak puasa asik nak makan itu ini. Apalah yang ada kat Kuala Perlis pagi pagi bulan puasa ni kan, mujur ada pak cik tepi jalan jual jajan, jadi

Seronoknya bersahur besama ayah bonda di kampung

Sahur ketiga kak-M adalah di Jitra bersama ayah bonda di Jitra. Biasanya kak-M tak bersahur sangat, tapi tetap bangun untuk ambil segelas Shake.  Pagi tadi jam 5 dah tersedar dari tidor sebab jam telefon memang dah berdering. Tapi ala-ala malas gitu, lepak-lepak jer atas katil dengan Nuha. Sejurus bangun terus ke dapur. Hidangan biasa-biasa ajer. Niat nak minum Shake ku kuburkan saja. Bila nengok mak dah panaskan sup dan tomyam dengan nasi lembik, alahai aku pun duduk sama join depa. Hehehehe. Makan pun sesenduk nasi jer. Alhamdulillah sedap sangat weh!. Pastu melepak layan internet, blogwalking segala. Menanti subuh di Jitra ni agak awal juga. 5.55 macam tu. Lepas solat sambung lagi blogwalking jap lagi nak kemas-kemas baju sikit untuk trip to Langkawi. Hingga bersambung ya...

Berbuka Puasa Bersama FireFly

Image
Hari ni kak-M berpeluang berbuka dalam flight. Hehehe, Macam ler bagus sangat. Kak-M pulang ke kampung laman bersama anak dara, Sarah Nuha. Tujuan utama adalah untuk menziarah adik perempuan kak-M yang terlantar sakit diLangkawi. Boleh jer kalau nak ambik flight terus ke Langkawi tapi lagi best kalau dapat travel bersama ibu bapa kan? Jadi Flght kak-M ke Alor Setar adalah pada jam 7.00 malam. Secara tak langsung memang berbuka lah dalam flight tu. Kak-M bawa Nuha jer buat jadi peneman. Abang danish nak sangat ikut. Kesian lah dia. dia kan sekolah esok cemana nak ikut. Nanti banyak hari kena ponteng kelas dan banyaklah tertinggal pelajaran.  Jadi Abang hantar mummy dan Nuha sampai ke Airport jer. Memang sedih mummy nak berpisah dengan anank-anak ni. Lagi-lagi Abang danish ni, dah ler masa kak-M buat Khidmat Masyarakat di Merbok dulu pun dah tinggalkan dia. Tak per Abang, jangan sedih nanti cuti raya kita datang ramai-ramai rumah maktok. Adik Ipar kak-M yang hantar tadi ke a

Detik Bersama Sunlight

Image
Macam ini lah depa kalau rajin nak membantu mummy kat dapur. Kebetulan Mummy baru jer membeli Sunlight baru, cecair pencucui pinggan yang bagus tu. Kak-M memang pengguna tegar Sunlight tak kira di mana jua saya berada. Heeee.  Waktu ni mummy teringat satu contest tajaan yang dianjurkan oleh Sunlight dari Kak Nor . Dan secara kebetulan kak-M juga baru jer beli stok Sunlight. Terus terlintas di hati nak amik gambar gambar dua beradik ni dengan tema ' DETIK BERSAMA SUNLIGHT ' Puasa-puasa ni rajin bebenor akak masuk contest segala. Hah! Layan!. Tidaklah mengharapkan kemenangan, hanya sekadar suka-suka mengisi masa lapang. Tapi budak-budak dua orang, tiap-tiap haro dok layan, kita dah memang ker mummy peraduan tu? Heee, amboi! Nak menang saja.

Jalinan Ukhuwah Islamiah

Image
Ukhwah kerana ALLAH Ukhuwah yang terjalin antara sesama Mukmin tersebut dibangun di atas asas iman danaqidah. Ia adalah persaudaraan yang terbina kerana Allah dan merupakan tali iman yang palingkuat. Rasulullah  shallallahu 'alaihi wa sallam  bersabda: Tali Islam yang terkuat adalah  wala'  (loyal) kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta keranaAllah, dan benci kerana Allah  'Azzawa Jalla." Dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa di antara tujuh golongan yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari kiamat, yang tiada lindungan kecuali lindungan-Nya adalah: " Dua orang yang menjalin tali cinta kerana Allah, mereka bersua dan berpisah kerana-Nya.” Banyak juga hadis yang mengisahkan ukhwah kerana Allah..  Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah  shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang  tinggal di suatu kampung. Maka Allah meng