Followers

Monday, October 22, 2012

Hospital

Memang semua orang Selangor menunggu hospital ini siap. Tak bertahun projek ni masih belum menampakkan jalan penyudah. Pernah terbelngkalai hampir setahun juga. ENtah ler apa masalahnya, politik? pertukaran pemerintah? kontraktor? financial? huh..macam-macam keberangkalian ada. Sebagai sebuah Bandaraya, Shah Alam memang sangat-sangat memerlukan sebuah hospital bagi menampung populasi rakyat yang semakin bertambah. Hospital tengku Ampuan Rahimah sudah tidak mampu lagi menampung bilangan pesakit yang ramai.

Masa pergi melawat sedara di HTAR, memang sedih juga keadaannya. Ada beberpa blok baru dinaikkan pun masih tidak mampu menampung jumlah pesakit yang bertambah dari hari ke hari.

Nampaknya Hospital Shah Alam kini menujukkan progress walaupun tidak begitu ketara. Di khabarkan projek ni ditender semula. Semoga ia dapat disiapkan secepat mungkin. Bulan semuanya mampu ke hospital swasta.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...