Posts

Showing posts from June, 2011

Wardina beri amaran!

Image
ha kan! suka suka hati dok kata orang itu ini, nah sekarang tuam empunya diri dah tampil ke depan bagi amaran kepada bloger yang berkenaan, Ini adalah berita KOSMO yang mana artis ayu jelita Wardina Saffiyah baeri tempoh 14 hari kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)...owh memang serius nih.  Dah tu, blogger tersebut juga ada memaparkan gambarnya semasa belum memakai tudung lagi. Apa da....tak pikirkan yang tu dah tentu melibatkan maruah seseorang. Orang tu ada anak suami. Haishhhh apa nak jadi ni. Maka blogger sekalian berhati - hatilah kita dalam menyebarkan sesuatu berita ya. Tak kena gaya dan cara kena sama tau.....

Samsung Galaxy

Image
Do you know what is vivid, fast and slim? Find out now! There are only 3 words to describe this new cool stuff - Vivid, Fast, and Slim! 4.3" SUPER AMOLED Plus display, a dual core application processor and only 8.49mm, doesn't that sound so good? Have we got your attention to this latest gadget yet? Want more details? Share this news with your friends and family! Time to change to the Samsung Galaxy S II before it runs out!

Lady Gaga

Image
huhu, kot kot ada yang teringin boleh isi borang kat sini. Mana tau ada rezeki boleh pi konsert live Lady Gaga ni kan. Ada yang berminat ker..meh sini isi borang...click SINI LADY GAGA

Susu Kambing

Image
Banyak khasiatnya susu kambing ni. Sebab tu dah banyak produk berasaskan susu kambing ni di pasaran, Sabun susun kambing, losyen susu kambing, dan macam macam lagi.  Kalau budak baru lahir kena kuning pun susu kambing yang akan di cari. Penyelidikan terkini mendapati khasiat susu kambing ni hampir sama dengan susu ibu dan telah terbuki bahawa susu kambing ni memiliki gizi yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Bagi pengidap anemia conothnya, amalan meminum susu kambing secara rutin dapat memulihkan anemia kerana susu ini mengningkatkan penggunaan gizi zat besi dan menigkatkan regerasi hemoglobin. Ia juga mempunya banyak kasein, iaitu nutrisi yang membuatkannya setara dengan susu manusia. Wah! sangat hebat kan! Susu kambing juga mengandungi sejumlah besar oligasakarida dengan komposisi yang sama dengan susu manusia. Sebatian ini mencapai usus besar dan bertindak sebagai probiotik dengan membantu mengembangkan flora probiotik yang bersaing dengan flora bakteria pathogen agar

Nampak je kecil kecil tapi cukup bermakna

Image
Wah! tajuk entri punyalah panjang, tak pandai kak-M nak buat entri gempaq-gempaq..takpa kak-M bukan nak kejar traffic pun, mengah wei dok ligan traffic tu. Ni kak-M nak kongsi sesuatu yang agak menarik. Ianya adalah untuk perempuan dan juga lelaki uantuk yang bergelar isteri dan juga suami. Mungkin ada yang tak ambil berat atau buat tak peduli tapi senarnya hanya dengan sedikit sahaja ucapa mampu mengubah segalanya. Apa dia? hah inilah dia ceritanya. Perkara ini kecil sahaja tetapi cukup bermakna buat diri seorang wanita. 1. Pujian meskipun tanpa solekan. Sesekali pujilah isteri anda setelah baru bangun dari tidurnya. Tak rugi sekupang pun malah pujian anda mampu membuat dia gembira sepanjang hari. Ia ternyata satu pujian yang ikhlas. 2.mendengarkan keluhan Setelah penat bekerja wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilaluinya sepanjang hari. Maka luangkan sedikit masa untuk mendengar luahannya tanpa perlu menghakiminya. Pasti dia akan tersanga sangat dihargai dan dia punya p

Proton Persona

Image
Minggu lepas kak-M masuk iklan tentang IXORA..hah! adik-adik, hari ni jom kita layan proton Persona pula. Sapa sini yang ada proton persona sila angkat jari manis anda..heheheh...memang pasti ramai yang punya proton persona ni. Masa kak-M dok kat UK nun, kami pun guna kereta jenis ini juga, tetap bangga dan memilih barangan Malaysia walaypun jauh nun di negara penjajah. Ya! Malaysia Boleh! Apa pula istimewanya kereta persona ni sehinggakan ada 3 DJ terkenal dok posing sakan kat atas tu. Ni, kak-M petik kata kata dari DJ LIN... 'Bangkitkan keyakinan anda bersama saya! Buntu kerana sukar menyeimbangi waktu kerja, bersantai dan bersama anak-anak? Jangan risau, anda boleh lakukannya walaupun masa terhad. Bangkitkan keyakinan anda dan singkaplah rahsia menjadi super-mummy macam saya!' hmmm kalau nak tau cerita disebaliknya sila layannnnnn sini PROTON PERSONA

Proton IXORA

Image
Yeay!!! Keluar lagi iklan ni. Ada sesapa ke kat sini pengguna tegar kereta Malaysia. Bagus!!! Malaysia Boleh!. Tapi jangan tak percaya kalau masih ada yang secara terbuka memperlekehkan kereta buatan Malaysia ni. Itu kiranya sia-sia saja jadi rakyat Malaysia..ahahahah...depa tatau yang sebenarnya banyak kebaikan mengunakan produk sendiri ni. Kali ni kita bercerita sket tentang kereta Proton Ixora neh. Kereta ni kira dalam kumpulan MPV lah. Boleh masuk seramai 6 orang, ada juga yang panggil 6 seater car. Ada yang berpendapatan rata rata kereta buatan Malaysia ni tak selamat, mudah kemek bagai bila kemalangan. Ish ! betui ka..Sesungguh ianya adalah fakta yang salah. Tak percaya juga..hmmm cuba lihat sini IXORA . Sememangnya ia lengkap dengan ciri keselamatan. Walaupun saiznya yang agak besar tetapi sistem breknya juga memang mantap Hmm apa lagi yang tak percaya..semuanya hebat tentang kereta ini....tok sah citer panjang jom kita saksikan screen play tentang IXORA ini. Cuma click saj

10 Petua Penjimatan PETROL

Tadi masa kak-M pi isi minyak dekat Shell, ada pula risalah ni depa dok edar-edar. Mari berkongsi bersama. 10 Petua penjimatan petrol 1. Servis enjin anda 2. Pastikan tekanan tayar anda pada tahap yang tepat 3. Elakkan daripada membawa muatan yang berlebihan 4. Gunakan minyak pelincir yang betul 5. Memandu dengan lancar dan elakkan kelajuan tinggi 6.Pastikan tingkap ditutup 7. Gunakan kawalan kelajuan 8. Elakkan daripada menghidupkan enjin tanpa bergerak 9. Elakkan daripada menekan minyak secara berlebihan 10. Gunakan penyaman udara secara bijak Selamat memandu! Jadilah pemandu yang berhemah!

Kari Bawal Emas

Image
Alhamdulillah, hari ni kak-M masak bagai..keh keh keh, pagi tadi ada appointment Ahmad Darwish kat hospital, syukur, doktor kata semuanya ok belaka. Lepas hantar Ahmad Darwish ke taska, kak-M pun bawa lah Danish dan Nuha ke Tesco. Nak cari barang-barang dapur yang dah banyak kehabisan. Fuhh buleh tahan lah juga membeli bagi mengisi peti ais yang dah hampir kosong itu. Sebelum balik kak-M bawa mereka makan pizza. Danish kemain lagi dok merengek nak makan pizza. Jadi kami pun pergilah makan pizza..ahahah skema betui ayat ... Sambil menunggu pizza siap abang pun dok mengisi kuiz yang terletak atas meja kat Pizza hut restoran tu. Sarah Nuha pun sama tak mau ketinggalan, nak juga buat kuiz tu Dan sekarang mari makan anak-anak! Untuk menu hari ni kak-M masak Kari Ikan Bawal. Phewww!! memang terangkat tau..ishhhh habis licin. Paling sedap bahagian kepala dia..ehehehhe.. ni kalau jadi kari kepala ikan mesti meletop. Ikan bawal Emas ni lebih kurang macam ikan bawal putih tu juga cuma r

Terbang bersama Air Asia

Image
Alhamdulillah, cuti sekolah kali ni 'well plan'. Puas hati sangat sebab dapat spent more time kat kampung. Kali ni kak-M sekeluarga pulang ke JITRA Kedah selama 5 hari. Betapa gembiranya anak-anak dapat balik kampung jumpa tok wan dan maktok. Depa ni memang dok tanya hari-hari bila nak balik kampung. Kali ni menjadikan percutian kak-M lebih bermakna sebab dapat bertemu semua adik-beradik. Alhamdulillah memang seronok. Hari raya pun tak penah dapat balik semua sekali. Bukannya ramai pun , cuma 4 beradik saja kami tapi sekali bawa balik anak bini memang syok lah berkumpul makan ramai-ramai. Kami tak ke mana sangat pun sekadar lepak dan bersama keluarga saja jadi tak banyak foto yang diambil.  Gambar ini diambil ketika menunggu penerbanan air asia dari alor setar ke LCCT. Punya la tak sabar budak dua orang tu nak naik kapal terbang!

SAMSUNG CLX-3185FN

Image
Akhirnya yang diidamkan dah pun dapat. Inilah habuan dok buat research bagai. Heheheh..tengahari tadi kak-M ajak research officer teman untuk purchase this item. Hmmm memamng cukup puas hati. Printer ni boleh buat segala bagai benda dan memanglah sangat sesuai untuk manusia bekerjaya seperti kak-M ini. Bukan sekadar mencetak tetapi juga, mengimbas, menyalin dan fax..fuhh lengkap segalanya. Lepas ni makin rancak lah research kak-M. Amin  

Balik Kampung

Image
Yehaaaa! Syoknya esok nak balik kampung. Budak-budak ni kemain 'exited' lagi nak balik kampung. Pesan meeka jangan lupa bawa baju swimming. tahu saja dalam pekan Jitra tu ada swimming pool. Kak-M pun dah siap order lauk bagai nak bawa balik, ahemmm malam ni flinght kami jam 8.50 about 45 minit sampailah sana. Masa dok ronda ronda seksyen 7 semalam teingat pula nak beli tudung sket buat adik-adik kat kampung. Maka kak-M sempat singgah Alya Sarah kat sek-7 tu. Ok jugaklah tudung-tudung dia tu. Kak-M pun hangkutlah barang 6 helai buat orang-orang kampung sana nun. Sabar menanti ya wahai orang kampung. Ada 'sovenir' buat hampa semua..keh keh keh

Cuti Sekolah dan kisah Kungfu Panda

Image
Well, cuti sekolah datang lagi, budak-budak ni dah balik kampung 2 hari pasti dok telefon suruh pi amik sebab rumah nanny takder citer kartun, boring ahaahahah...Si Abang tu daddy dah bawa pi nengok Kungfu Panda last week. Nuha macam biasa ke taska dengan ahrmad Darwish. Tapi hari ni mummy kena bawa datang office sebab semua tak mo ke taska. Macam biasa pagi-pagi mereka dengan aktiviti mewarna. Dah masuk jam 12.00 masing-masing dah mula merengek ajak makan. Abang cakap kat Mc.Donald now ada toys kungfu panda. waaaa memang cekap abang ni tahu tahu ajer. So kak-M pun bawa dorang ke McDonald tapi 'take away' sebab kak-M masih ada kerja di office yang perlu diselesaikan. Sarah nuha mulut muncung sebab dia kata Kungfu Panda dia tak best.Aahahahah!..nasiblah nak sangat kan...apapun kena makan bubur tu dulu, Bila perut kenyang semua senang mummy nak siapkan kerja. Alhamdulillah kenyang semua anak-anak mummy. Perut kenyang suka hati! Itu lah saja cerita hari ini..huhu

Poney SALE

Image
Masa lunch semalam, kak-M keluar ke PKNS, temankan kawan nak repair kasut then Kak-M pun ada sesuatu untuk pos,jadi singgah juga ke pejabat pos di PKNS tu. Kitaorang sampai sana dah dekat 12.45 tengahari, parking dah semua semua pintu masuk untuk parking di tutup. Jadi kami parking je kat SACC Mall. Alhamdulillah masih banyak tempat parking sana. Kebetulan lalu dalam SACC Mall tu ada pula jualan murah PONEY. Owh apalagi kak-M secara automatik pun singgah dok belek belek baju anak-anak. memang murah gila. Perggggg apalagi hangkut lah...Kak-M just rembat yang rega RM5.00 ahahahahh banyak lah juga hasil rembatan...bolehlah kan sebab PONEY ni kalau tak sale memang teramat mahal reganya. Jadi sesapa yang nak shopping baju anak anak boleh lah datang ke SACC Mall. Kak-M tak pasti sampai bila warehouse sale ni..hanya di ruang legar depan Body Shop store tu...selamat ya. Hah! tengok-tengok cuma RM5 sahaja.. ini t-shirt untuk Ahmad Darwish...ish takkan tak beli kan...hehehe Ahahah! yang ini p

2011 Outstanding Paper Award

Image
Alhamdulillah, entry kali ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, Kak-M sekadar ingin berkongsi kegembiraan Kak-M menerima award dari Emerald Group. Article ini kak-M tulis bersama seseorang dari Universiti Malaya. Tak duga pun nak menang award. Apa pun kak-M sangat-sangat bersyukur di atas segala pemberian dan keberkatan dari Allah Taala.   Artikel ini adalah berkenaan status 'Facilities Management' di Malaysia dan cabaran serta strategies yang harus dimainkan oleh individu dan kumpulan yang terlibat dalam bidang ini. Proses membolehkan artikel ini dterima mengambil masa lebih dari 3 bulan. Sesapa yang berminat boleh google jer nama Kak-M tu.