Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua

Pastinya di kala ini semua orang masing-masing sibuk membuat persiapan akhir menyambut Raya Korban esok. Kak-M tahun ini pertama kalinya menyambut Raja Korban di Klang. Sebelum ini kami ke Kedah. Disebabkan macam-macam urusan maka kami membuat keputusan meraikanya di Klang sahaja. 

Jangan tak caya malam-malam raya ni kami dok santai jer di rumah, apa pun tak buat. Hujan lebat pulak tu malam raya ni. Hujan rahmat, alhamdulillah segalanya rezeki dari Allah taala. Selain dari sereka baju untuk dipakai esok kak-M lepak dengan anak-anak kat depan TV sambil menonton citer Ice Age 4 dan sambil nguyah cikedis..Heeee. sempoi gitu.


 Aii kak-M tak masak ker? Al kisah tak kira lah perayaan apa pun yang di sambut umat Islam, kalau kami di lokasi Klang memang semuanya order belaka. Dapur bonda mertua memang cuci calat besih berkilat gitu., Jangan ko sesekali petik api kat dapur tu. Ha gitu ler kisahnya. Bonda mertua kak-M memang dah jadi adat sejak berzaman order jer semua rendang, ketupat, kuah kacang segala. Pagi esok lepas solat raya pegi amik order. Kami kat rumah ni cuma bancuh air jer dan potong kek sikit.

Tapi esoknya tak tahu ler pula apa program. Kak-M tak der semangat sangat nak jalan raya memandangkan Ahmad cedera tadi. Esok pagi lepas solat kena ke klinik lagi untuk dressing. Sekarang nampak nya dah kering darah tu, Ahmad pun dah mula melompat-lompat seolah-olah tak der apa yang berlaku. Semoga semuanya baik-baik aja.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick