Followers

Friday, March 11, 2016

Goody For Wedding

Assalammualaikum

Ada orang tu nak kawin tau. Happynya akak! Akak yang lagi excited dari orang yang nak kawin tu..kakakkakaka. 

Bulan 5 ni rancangan nya majlis tersebut akan berlangsung. Dan hari ni akak dah mula tempah itu ini untuk dia..Almaklum ini adalah majlis perkahwinan terkahir dalam keluarga akak. Adik bongsu ni dah 30an pun baru termu jodoh, alhamdulillah.

Jom tengok apa yang ada dalam pikiran akak untuk majlis ini...

layannnnnn


Ini kek kahwin yang akan di potong oleh pengantin..heeee.. dari Yatie Yob Alor Setar.. Akak ambil gambr dari IG beliau di Yatie_Dellwan


Ini pula goody untuk tetamu akak plan nak order dari Yatie_Dellwan juga.

hehehhehe..cukup dulu buat kali ni..nanti akak update yer..hehehhe

Sunday, March 6, 2016

My new IRON...Fantastic Philips

Last week kami jalan-jalan ke Empire Subang. Tujuannya nak beli hadiah hari lahir untuk Sarah Nuha. Biasalah kat situ kan ada Toy'rús. jadi lepaskan anak-anak melilau dalam tu cari apa yang mereka berkenan.

Belum sampai ke Toy'rús, Hubby ajak singgah ke kedai Elektrik dalam tu...ahemmmmm..macam menarik juga ni..depan pintu kedai tersergam indah seterika cantik ini.

Sesungguhnya memang hobi kak M tau iron baju ni. Lama dah dok komplen dengan hubby seterika yang sedia ada tu tak bagus..wah gitu sekali. dua kali dah kot baju koyak, mujur baju sendiri...kikiki..sebab kekadang tak perasan air dalam tu dah habis. Jadi kepanasan dia melampau langsung koyakkan baju akak..hahahha. Bila gosok baju yang fabrik jenis linen lagi le hazab nak licin.. Macam macam le aku komplen kan..hehhe. 

Maka dalam kedai elektrik tu aku mula-mula melangut langut mencari seterika yang bagus.. Aku pernah baca review yang seterika dari Amway adalah bagus, jenama Philips. Jadi tanya lah budak kedai tu,, maka dia recommend jenis ni. katanya yang Amway tu model lama, sama function juga macam ni. Huh,, aku pun suruh dia demo. Perggghh memang mantap!.. Rekaan baru ni lebih ringan maka boleh juga iron dengan kaedah menegak gini...hihii...hah memang menggunakan pressure steam yang sangat kuat. Hiskkk kali ni sereka baju hubby 3 minit aje sehelai, memang I like sangat-sangat. Seperkara lagi kita iron sebelah bahagian aje..yg lagi sebelah turut sama licin...hah... kan ke jimat masa tu..ko banyangkan baju sekolah anak ada 4 pasang...3 orang anak maka jumlahnya 12 pasang uniform sekolah. Baju laki lagi ada 5 pasang untuk seminggu.. baju aku lagi...hee sebab tu aku memang perlukan iron yang cantik ni, bukan le aku ni mengada sangat. memang berbaloi kot. kan kan kan....


Paling best ianya tidak membakar baju. Kalau terlupa nak tutup suis dan terbiar seterika tu atas baju....takkan koyak okay....ha..insyaAllah selamat baju baju akak kali ni..


Harga dia memang mahal okay...RM1550.00,,haaaaa mau pengsan Kak Jah!.. Hubby minta budak kedai tu tengok point dalam kredit card dia..hehe..sekali tolak point dapat le RM800 aje...wahh banyak tu diskaun dia kan kan kan! Dan Hubby pun setuju le belikan akak seterika yang cantik ini.

Apa yang best dapat sekali dengan ironing board dia juga. Besar bagak kot tak muat nak replace tempat iron dulu, jadi parking ajer dekat hall atas tu..naik tangga tersergam indah iron board yang bagak itu..hahahha... tak kisah le asalkan senang aku nak iron baju. Tak der lagi sakit pinggan berdiri lelama iron baju ni...hehehhe...

Saturday, March 5, 2016

Dah lama tak masak masak........

Salam to all blogger. Lama sungguh kak M dah masak-masak...dekat 6 bulan juga kot..bukan setakat tak masak.. blogging pon jarang sekali. Setiap bulan ada satu ke dua post aje. Sebab apa? Bukan malas tapi keadaan tangan yang  merengsa kesakitannya. dah tua-tua ni baru nak kena penyakit ala ala excema ni. Alahai memang sakit betul rupanya. Maacam mana le anak-anak kecil yang kena sakit kulit satu badan tu kan.. dah kena tapak  tangan sikit ni pun tak tertahan rasanya, apa lagi kalau kena garam kunyit...wuiiii.. menyengat rasanya.. Pakai sarung tangan..idak le...risau takit bocor kena juga alamatnya. Jadi kak M beli aje lauk pauk di kedai. hah.. nasi pun aku beli sekali. Part basuh pinggan jangan harap ler.. Memang langsung tak basuh,, sebab sal usulnya jadi gini adalah kerana elergik sabun basuh pinggan ler ni, sampai sudahnya berbulan tak baik juga. Krim tangan tok sah cakap ler.. dah berjenis-jenis... supllemen huh cakap aje apa yg kak M tak makan..hahah apa pun kita ikhtiarkan lah semuanya. Segala kesembuhan itu adalah dengan izin Allah.


Nampak tak merah-merah tu....huii pedik dek non...memang lepas mandi akak sapukan krim supaya ia tak jadi kering dan melupas serta keras.. ini kira dah baik banyak kalau dulu memang merah menyala tapak tangan tu. Doakan tangan akak cepat baik yer.

Hari ni memang ketagihan nak masak juga. Hahahha gian sangat ni. Tadi pegi Giant dengan my lil princess. Beli ayam dan ikan. Ingat nak simple aje  so tak mau masak sayur tapi nak juga makan sayur jadi kita bikin kari ikan lah letak bendi banyak banyak dan juga tomato...heee All in One gitu


Kari ikan serba guna, bukan setakat makan dengan nasi. makan dengan roti canai dan roti gardenia pun mantap. Jadi masak banyak pun tak kisah sebab memang confirm akan habis. akak guna ikan selar ajer. Dan siap di siang oleh orang yang jual tu.. akak balik basuh aje dengan air asam.. Hah kali ni kena le akak pakai juga sarung tangan..huhu


Ini pula ayam masak kicap. Kegemaran anak-anak. Alhamdulillah hari ni dapat juga masak untuk family. Dah banyak kali anak anak dok tanya apsal mummy tak masak dah sekarang. Nak makn itu, nak makan ini. Kesian depa....syukur sangat hari ni dapat penuhi keinginan depa nak makan ayam masak kicap. Doakan tangan mummy cepat baik yer nanti boleh le mummy masak macam macam lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...