Posts

Showing posts from August, 2014

Evergreen Nash!

Image
Ini cerita Jumaat lepas 29 Ogos 2014. Kak M sekeluarga ke Majlis Aqiqah cucu kedua penyanyi Nash. Kami memang berjiran. Jiran yabg sangat dekat, selang beberapa rumah aje. Meriah juga majlis ni. Sedari 4pm lagi dah mula. Tapi sebab Jumaat memang hari bekerja maka kebayakkan orang datang pada waktu malam termasuklah kami. sempat juga dengar Nash menanyi live Lagu Evergreen Engkau Isteri...aduhai sungguh merdu mersik sekali suaranya. Apapun kak M sekeluarga mengucapkan terima kasih di atas jemputan ini. Moga murah rezeki Nash sekeluarga.

Jeruk lada

Image
Apa khabar semua. Salam merdeka ke 57 Malaysia. Merdeka jiwa merdeka minda. kak M dan anak anak rehat santai ajer kat rumah. Rasanya kalau ke shopping kompleks memang penuh ler orang ramai kan kan kan. Hari ni kak M nak kongsi satu 4 resepi mudah yang memang sangat mudah. Haha. kak M dapat resepi ni dari Blog Che Mat Gebu..mana lagi mestilah dari Blog Tanpa Sempadan ittew. Hehe kak M tergerak hati nak menjeruk lada ni sebab memang bayak cili hijau dalam peti ais lebihan dari majlis open house masa raya lepas. Jadi sebelum cili cili ini membusuk esoklah kita jerukkan dia dah ia akan lebih tahan lama. Nak buat jeruk alada ni memang tersangatlah mudah. Jom kita mulakan langkah demi langkah. Cili hijau perlu dibersihkan dan potong bulat bulat tapi jangan terlalu nipis biarkan ia sedikiy lebar. Kemudian celurkan dalam air panas selama lebih kurang 5 minit.  Selepas itu toskan dan biarkan ianya sejuk seketika. sementara itu bancuhkan cuka bersama garam dan gula s

4LIFE TF Plus memang terbaik!

Image
Lama kak M tak cerita tentang supplement ni. Semalam stok dah sampai tergerak pula hati nak kongsi kan kebaikan dan keistimewaan produk 4life yang kak M dah guna selama hampir 5 tahun ini. Alhamdulillah sehingga kini kak m memang yakin dan sesuai dengan semua produk 4life. Bermula dengan batuk yang berpanjangan, kak M berjumpa dengan doktor perubatan hampir 6 bulan sehingga kan kak M didiagnose sebagai bronchiotis. Bemacam macam jenis antibitik dah cuba tapi batuk tu masih berulang. tahap paling teruk bila batuk sampai terkencing. Masa tu rasa memang teruk sangat, macam dah nak lelah pun ada. tapi tetap pegi kerja seperti biasa.  Kak M dapat info tentang produk ini dari seorang kawan yang kebetulan singgah di pejabat kak M masa tu. Dia cuba bagi broshure jer tak cerita satu apa pun. Bila dah sakit baru teringat sana sini maka kak-M gooogle lah cari mana-mana agen ada yang jual produk ini. bila buka web memang kebanyakan agen adalah doktor perubatan. dan kak M bertemu rezek

Cempedak Goreng

Image
Petang semalam jiran sebelah rumah bagi kak M dua biji cempedak. Hmmmm Harum semerbak serumah. Awal pagi lagi kak M dah buat cempedak goreng. Dapat lah adik ipar bawa sikit ke pejabat jamu kawan kawan dan tinggalkan sedikit di rumah untuk kak M dan Ahmad Breakfast pagi ni.  Nak rangup kak M campurkan tepung beras dgn tepung gandum..makan panas panas memang terangkat beb...rasanya juga sangat manis. alhamdulillah di atas rezeki dan pemberian ini. Semoga dirahmati Allah.

RVC lagi...

Image
Alhamdulillah, sempena bulan Syawal ni, banyak juga tempahan Red Velvet Cake yang kak M terima. Sykur di atas segala rezeki yang Allah bagi. Terkini kawan kak_m order untuk di bawa ke Gathering Session bersama kawan-kawan lama dia. Kali ni dia order yang lebih besar sebab last week punya kecik tak cukup katanya. hee. Alhamdulillah Kak M pula diberikan kesihatan yang baik dan dapatlah tunaikan permintaan sahabat ini. InsyaAllah Esok Ahad pagi dia akan datang ambil kek ini.  Saiz RVC kali ni ialah 10" lebih besar dari kebiasaan kakM buat cuma 8"ajer. Semoga kawan Kak-M ni berpuas hati dengan tempahan ini.Amin

Moment of Silence -MH17

Image
Takziah diucapkan kepada semua waris mangsa MH17. Ianya sejarah negara yang pasti terpahat disanubari semua rakyat Malaysia.

Asam Pedas Ayam

Image
Antara menu yang paling kak M tatau nak masak ialah Asam Pedas. hahaha. memang tatau nak agak rasa masam dan pedasnya. Asam pedas ni bukanlah makanan kegemaran kak M tapi makmertua kak M memang penggemar masakan ni. Pertama kali kak M makan masakan asam pedas ni ialah di Melaka. Masa tu kak M ikut kawan balik kalmpung di Air Molek Melaka. Mak dia pua jamu Asam Pedas ikan parang. MasyaAllah memang sangat sedap dan sememangnya Asam Pedas dengan orang Melaka ni berpisah tiada. Sejak tu ada lah sekali dua kak-M cuba masak tapi memang tak jadi. talau tak ceroi dia akan jadi terlalu pekat dan terlalu masam..hahaha. maka kakM buat keputusan bila terasa nak makan asam pedas ni eloklah beli ajer di restoran. hehe. Tapi hari ni Kak M tergerak hati nak buat asam pedas. Menu hari ini ialah Asam Pedas Ayam. Jangan tanya kak-M resepi menu hari ni. Sebabnya memang tak dak resepi. Kak M teringat masa ke Melaka bulan lepas kak M ada singgah di tepi jalan beli coconut shake dan sebelah

Rezeki Berbuka

Image
Salam Syawal semua. Alhamdulillah masih berkesempatan menunaikan puasa sunat syawal. Dah hari ke 3 kak M berpuasa dengan anak kakM. Kalian bagaimana? Kali ni kak M macam bersemangat juga masak utk berbuka puasa. Bukannya apa seronok melayankan anak sulung kak M berpuasa sunat Syawal. Kebelakangan ni anak anak kak M suka pula dengan ikan Salmon Goreng. Hmmm memula.dorang macam tak reti nak makan sebab warna ikan tu macam pink kan..tapi sekali cuba hmmmm terus minta lagi. Minggu ni aje dah 3 kali minta nak makan ikan ni. sambal udang petai tu sebenarnya untuk Kak M. Teringin plak nak makan petai dan kebetulan memang ada dalam fridge jadi kak M sambalkan aje. Tak pedas sangat jadi anak kak M pun boleh makan sama. Aha..sayur ni mrmang seciput sangat kak M masak. Al maklum memang dalam rumah n8 semuanya alergik makan sayur..hahha..jadi bahagian ini memang untuk kak M aje. Alhamdulillah rezeki hari ini. Esok tatau lagi nak masak apa....

Al-Rawsha Seksyen 7 is now open

Image
Kak M dah baca review banyak sangat tentang Al-Rawsha resotan nasi arab ni. memang semua review positive sahaja. Maka semalam kak-M ajak ler hubby ke sana. memang sangat berdekatan dengan rumah kakM di Shah Alam ni. Restoran ini kategori eksklusif ler juga. masuk dalamnya terasa seperti berada di Middle East gitu. Di seksyen 7 Shah Alam ni resto ran ni dekat dengan Kompleks Belia dan Sukan. Bangunan banglo di sebuah tanah lot yang sangat besar. Cuma buat masa ni tak semua menu ada. Semalam kak M cuba nasi mandy. wow! memang terbaik. Sepinggan makan sekeluarga..hehhe..sangat banyak okay. Amierul makan Beef Burger, sedap katanya. Next time akan kesana untuk cuba menu-menu lain pula. Apapun pes nasi arab kak M masih ada stok. Siapa yang nak boleh contact kak di 0192721076. Buat masa ni kak M hanya dapat deliver sekitar Shah Alam dan Klang aje. harga seperti biasa: 1kilo RM30 1/2kilo RM17

Koewteow goreng koboi

Image
Seminggu selepas cuti raya, akak masuk office..waaa begitu aman tenteram.Hanya beberapa orang jer yg ada. hari ini pun sama juga. Cafeteria pun masih belum buka. Maka tengahari je melilau nak jenguk sana sini cari makanan. Haha. Patutnya akak bawa bekal tapi pagi tadi agak kelam kabut. mujut rumah dekat maka akak balik rumah maka terjadi ler koewteow goreng ni. Alhamdulillah, rezeki hari ni. Koewteow goreng koboi namanya sebab takder lauk sangat, haha akak campak fishball dan fish cake ajer takder ayam daging pon. Adalah sejemput kobis dan taugeh. Hihi. Alhamdulillah kenyang perut.