Posts

Showing posts from April, 2011

Handbag? Coach?

Image
Dua tiga menjak ni rajin plak kak-M dok browse online shop ni, saya do windows mana mana yang sesuawai dengan jenis dan harganya, Makkk aiii mahai berdengung...tatau la mahal kerana brand atau mahal kerana kualitinya. Macam mana pun tepuk dada tanya selera. Kalau rasa tak perlu makan tak perlulah ia. Kak-M senaraikan antara webbie yang sempat kak-M singgah. Jom terjah!   http://welovecoach.com http://www.coach2u.net/ http://malaysia.coach.com/ 

Khasiat Badam

Image
Suka tak makan kacang badam? Apa kalian pernah dengar rumus yang mengatakan badan boleh menaikkan berat badan atau lebih mesra lagi boleh menggemokkan. Hmm sebanrnya kenyataan tu salah sama sekali. Jika ia diambil dalam kuantiti yang sederhana dah tidak berlebihan kacang badam ini punya banyak manfaat, antaranya ialah 1. ia mengandungi kalsium, kalium dan magnesium yang membantu mengatur tekanan darah dan mencegah osteroporosis. 2. Badam mengandungi lemak baik dan sumber antioksidan yang juga boleh menurunkan kadar kolestrol dalam badan 3. Badam mengandungi vitamin E yang dapat mencegah penyakit jantung dan melambatkan proses penuaan serta merawat kesihatan kulit dan rambut Zaman sekarang ni, kacang badam banyak digunakan dalam pelbagai cara, secara snek sihat mahupun dalam masakan berlauk. Secara santai dapatkan segengam badan sebagai snek pilihan anda.

Cantik tanpa solekan

Image
 Gambar hiasan Percaya atau tidak sebenarnya kita mampu kelihatan cantik walaupun tanpa solekan. Hari ni kak-M nak kongsi tips kecantiakn yang kak-M petik dari majalah wanita bulan ini. Gunalah pembersih wajah yang sesuai. Sememangnya wajah harus diperlihara sepanjang masa. Walaupun tidak disolek. Muka perlua juga untuk dibersihkan akan kulit muka akan sentiasa bersih dan segar. Elakkan menggunakan air suam atau panas kerana ia akan mengeringkan kulit muka. Busana cerah. Pakaian juga memainkan perana dalam mehairkan wajah yang berseri seri. Sesekali beranikan diri untuk mengenakan tudung yang lebih cerah. Warna merah mampu menaikan seri wajah anda Minum air yang mencukupi.  Air adalah sangat penting untuk kesihatan diri. Sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Air kosong tau. Bukan yang manis manis tu. Apabila cecair mencukupi dalam badan badan barulah kulit akan menjadi sihat dan segar. Krim Malam. Elok juga kalau dapat amalkan krim malam sebelum diri. Sekadar menambahkan kelembapan

Cookies, Cake & Decorating

Image
Sememamng cake ini adalah sebati dengan jiwa kak-M buka sekadar makan kek tetapi juga mebakar dan menghiasi kek tersebut. Kak-M punya obses dengan cake sampai ke tahap bekerja keras membeli sebuah KenWood Chef dengan hanya pendapatan part time sahaja masa jadi student kat England dulu. Kalau baking tray tu tok sah kira la, dari bulat, tiga segi, teddy bear segala kak-M ada. Cuma part decorating guna icing jer kak-M belum mula. Sememangnya kak-M tak pernah mengikuti mana mana kelas buat kek ni sebab yurannya macam tak berbaloi jadi kak-M banyak bowse internet, you tube, majalah dan sebagainya. Tapi hari ni ada sesuatu yang sangat mengejutkan kak-M..hmmm macam tak percaya pun ada. Tapi ianya memang kisah benar yang boleh dipercayai. Cuba click sini ...atau click pada gambar cake dibawah... aha? ada percaya. apa lagi jom serbu....harga mampu kan?

Durian

Image
Seminggu ni rumah ni bau durian jer....ish sana durian sini durian. Baru habis 5 biji, datang lagi 6 biji. Tu dia orang kata rezeki jangan di tolak. Adik ipar kak-M bawa balik durian kampung tah mana dia dapat. so kami pun makan sekeluarga. Boleh pula budak kecik 2 orang tu makan durian. heeeee...pastu bonda mertua pula bagi lagi 6 biji dari dusun sapa tah..nah...sendawa pun dah bau durian. La ni durian bukan  lagi bermusim. Sepanjang tahun pun ada durian. Kak-M just nak kongsi bangaimana cara durian ni boleh dinikmati. Layanzzz! 1. Di sebelah utara nun, kami makan durian dengan pulut tanak dan dituang air garam. Hadoiiii memang terangkat beb. 2. Durian juga dijadikan serawa yang juga dimakan bersama pulut tanak / pulut kukus atau dinikmati bersama roti banggali atau juga roti jala. Macam ni selalu ada di rumah terbuka atau majlis mimum petang. 3. Durian juga dibuat tempoyak untuk masakan. Macam masak gulai tempoyak ikan patin...Ish..terliuq la sungguh. 4. Penah makan lempuk durian.

Introducing baby to the solid food

Image
Assalammualaikum, Sedar tak sedar anak kecil kak-M dah nak masuk 9 bulan. Betapa cepat masa berlalu. Mengingatkan kembali ketakutan dan kesakitan melahirkan anak, kini kak-M sentiasa tersenyum melihat gelagat anak-anak kak-M. Memandangkan usianya yang dah sembilan bulan tu, Ahmad darwish kini diperkenalkan dengan makanan pejal. Hmmm mulanya teragak agak juga dia nak makan kan, tetapi lama-lama makin suka. Nak tahu apakah makanan pertama yang kak-M perkenalkan kepada Ahmad Darwish. Tentulah Nestle Cerelac. Sangatlah sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk macam kak-M ni. Bukan sekadar penyediaannya yang mudah tetapi juga boleh dicampurkan dengan susu dan minum seperti biasa. Selepas itu Ahmad Darwish pasti tidur kekenyangan. Jom layan dulu gambar Ahmad Darwish dengan percubaan makanan pejal yang pertama. Sebenarnya Nestle cerelac ni dah boleh diperkenal ketika bayi seumur 6  bulan lagi. Apa yang bagusnya tentang Nestle Cerelac ni. Yang pertama ialah kerana kandungan Bifidus. Tau tak apa tu

National Seminar in Built Environment (NSiBE)

Image
Akhirnya seminar ini berlangsung dengan jayanya. Selama beberapa bulan jawatankuasa bertungkus lumus menyiapkan pelbagai perkara, semuanya sangat berpuas hati apabila program berjalan dengan lancarnya. Pada 13 dan 14 April 2011, National Seminar in Built Environment ini telah dilangsungkan di Grand Dorset Hotel, Subang, Selangor. Kak-M adalah salah sorang jawankuasa yang menjayakan seminar ini. Seramai 15 speaker telah dijemput untuk membentangkan serta berkongsi maklumat berkenaan penemuan baru dan perkembangan terkini di dalam bidang masing-masing. InsyaAllah dengan sambutan yang menggalakkan, ianya pasti akan diadakan lagi pada masa hadapan.

Berbengkel di Port Dickson

Image
Fuhhhhhhhhhhhhhh..tu dia debu setebal 2 inci. Punyalah lama Kak-M tak update. Al maklum kekangan masa, sejak dua menjak ni kehulu ke hilir, seminar, bengkel segala sampai nak buka blog pun tak sempat. Kak-M hari ni just come back from Port Dikson. Inilah kali pertama Kak-M tinggalkan anak anak bersama suami kerana tugasan. Heeee baru jer sampai encik suami dah mula sms tanya cemana nak buat susu anak, botol mana satu, nappy kat mana..tu dia baru tau....ngeee yang kesiannya ahmad darwish dah demam malam pertama mummy tak der, sian dia. Alhamdulillah dah sihat pun seadanya. Kak-M berbengkel selama 2 hari di Glory Beach Resort untuk Perancangan Strategik dan Program Baru. Memang padat lah jadual. Tapi masa-masa macam ni lah nak bersama dan mengenali rakan setugas. Seronok juga sebenarnya dapat outstation sekali sekala macam ni. Next time ada rezeki boleh datang lagi.  ini lah dia kawan kawan kak-M, syiok bersama mereka semala 2 hari okeh, sini saja, kak-M nak prepare materials untuk

Antara Naluri dan Firasat

Assalam to all blogger, lama sungguh kak M tak menulis, almaklum banyak sangat kes kes berlaku lately, mana nak menangani kes video seks, lagi kes fitnah, saman...bla bla bla...tak ke berat berat belaka tu...ngeeee...kak-M memang busy dihujung hujung semester ni. Tapi hari ni Kak-M nak kongsi satu nota berkenaan naluri dan firasat Korang tahu ke apa itu naluri dan firasat? Sememangnya dua dua membawa maksud yang berbeza. Kalau dulu masa kak-M mengaji ustaz kata solat istikharah tu boleh membantu kita jika berada di antara dua persimpangan, taktau nak pilih yang masa satu, jadi serba salah takut tersalah pilih. Kena ulang solat tiga malam berturut-turut dan naluri akan memberitahu jawapannya. Betui ka ni? Ustaz korang ada ka kata lagu tu? sila komen sikit. Maka naluri ni kak-M simpulkan sebagai satu desakan hati, Secara amnya semua orang ada naluri dan ia hanya datang dalam masa masa tertentu sahaja. Contoh lain yang lebih jelas ialah kak-M terasa nak sangat call sembang sembang dengan