Posts

Showing posts from December, 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

Image

Order terakhir tahun ini

Image
Alhamdulillah order dah sampai siang tadi. Terima kasih kepada semua pelanggan 4life yg membeli melalui Kak M luv you all.

A Farmosa Cowboy Town

Image
A Farmosa Cowboy Town ni dibuka dari jam 6 petang sehingga 11 malam Kiranya macam fun fair lah. Paling seronok ialah parade yang bermula jam 8.30. Memang macam macam pertunjukan di adakan ketika parade tu. Gajah ni buat pertunjukan best juga.Sambil joget joget ikut musik yang dialunkan. Semua yang datang bileh jamu gajah ni makan tebu. Tapi akak takder lah nak jamu jamu nih..hihi..takut wooo. Dalam kegelapan malam ni datang pula kereta berhias lampu lampu gini. Memang la sangat cantik. Berebut bersorak orang bergambar dengan kereta berhias ni. Paling best bebudak ni menengok red indian main api..huhu menyembur2 panas seketika waktu tu dengan api semburan tu. Memang nampak gerun tapi syok juga..hehe Ada juga dua tiga jenis haiwan yang buat lintas hormat di sini. Memula kuda berlari laju wow! Kagum kejap mak. Pastu red indian yg nising bising jerit jerit pula lalu menunggang kuda. Kemudia biri biri lembu kerbau segala semua ada. Heheh... Tidak keti

A Farmosa Waterpark

Image
Macam cerita kak M sebelum ni. Waterlark kat sini sama jer konsep dengan mana mana water kat tempat lain. Jangan harap lah nak bawa makanan luar masuk sinia. Semua segala jenis pelampung memang sedia untuk kita sewa. Cabana pun ada tapi kami dok lepak kat kerusi batu bawah pokok juga. Kot ada sesapa yang berhajat nak datang sini akak cadanagkan korang bawalah tikar mengkuang tu buat lapik boleh duduk ramai ramai kat tanah. Lagi best. Semua kolam kolam pun konsep yang sama cuma figure yang lain ikut kretiviti depa lah kan. Kolam ni ada ombak gitu. Kalau bunyi siren maknanya ombak akan datang menghayun semua pelampung pelampuung tu. Mencabar jugalah nak kawal diri bila dipukulnombak dan kita berada atas pelampung tu. Memang riuh rendah juga kat sini sebab kolam ni boleh memuatkan kapasiti yang ramai. Akak tengok dari jauh jera. Jadi pemantai gitu...he he he Meleka dak Nuha melangut orang mandi. Masa ni semua dah ready nak balik.ke apartmwnt. Rehat sementara

Short Break to A Farmosa Melaka

Image
Cuti sekolah kali ni memang kak M dah suami sangat sibuk. Sampaikan dah penghujung cuti baru dapat masa untuk bawa anak bercuti. Paling ralat anak anak tak dapat balik kampung kali ni. Takper tahun depan cuti sekolah insyaAllah kita akan balik kampung. Kali ni kami ke A Farmosa di Melaka. Itu pun Daddy last minit booking . Mujur juga ada kekosongan hotel. Dapatlah kondo apartment 2 bilik yang memang sedang elok untuk kami sekeluarga. Lebih kurang jam 9 pagi kami gerak dari Shah Alam dan singgaj sarapan dulu di Seksyen 4. Lebih kurang pukul 12 tengahari sampai sana lah. Dah terus ke tempat penginapan untuk check in. Tapi tak dapat masuk dulu sebb bilik belum siap kami hanya ambil tiket yang dah beli awal. Tempat pertama yang masuk ialah Water park. .kat sini ada masa sehingga jam 4 petang. Huh memang puas ler bebudak ni berendam sampai lebam. Kak M tak ingat berapa harga tiket masuk ke sini. Agak mahal jugalah dah water park ni pun tak jauh beza dengan watwrpark

Lunch at Secret Recepi

Image
Jarang juga kami nak masuk restoran ni. Sebab tak favour sangat dengan menu menu dari restoran ni. Tapi dalam banyak banyak restoran yang ada kat sini. sR jer yang nampak macam agak tenang , bersih dan selesa jadi tutup mata masuk jer lah makan kat sini. Memang sangat mahal la harga kat sini kan. Tapi pikirkan anak anak suka jadi tutupnmata jer lah. Nuha makan mini burger dan fries share dengan Ahmad. Mommy pula orger mee curry share dengan Daddy. Memang sedap dan banyak pula tu. Memang sesuai sangat dua orang makan. Tu pun tak habis.. Amierul Danish macam biasa makan chicken chop la. Memang itu favorite dia. Licin tau. Dah harga untuk menu lunch hari ini ialah RM86..heee..menang makan menang lah membayarnya.

Dinosour in Putrajaya

Image
Dua tiga minggu lepas bawa anak anak ke Putrajaya. Ada exhibition Dinosour. Seronok juga. Bayaran masuk cuma RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak kanak. Tak banyak gambar sangat Kak M ambil sebb keadaan dalam tu tersangatlaj gelap gulita. Tak besar mana pun tempat ni, sesuai lah dengan bayaran masuk yang murah tu. Ahmad Darwish memang takut sangat sangat sampai kena dukung. Sesapa yang nak datang masih boleh sebab pameran ni akan berlangsung hingga bulan Febuari 2014.

Sambal Tumis Udang dan Petai

Image
Lama juga dan menumis sambal. Hari ni kak M masal sambal tumis udang. Memang cantik kejadiannya. Merah menyala makngah! Sambal ni memang terbaik kalau dikenakan dengan nasi lemak. Huhu...tapi hari ni we all makan dengan nasi putih saja, pun sedap juga. You all makan apa today?

The BUILDERS Dinner

Image
Sekitar majlis makan malam BUILDERS pada 14 Disember 2013 Di D'Sore Cafe Kompleks Belia Seksyen 7 Shah Alam. Tema majlis ini ialah COLOUR BLOCK. Huhu nampak tak pakaian mereka yang berwarna warni tu. Menu makan malam boleh tahan juga. Adanasi beriani, lamb and chicken grilled, mee and meehoon, ais krim, dan beraneka kuih muih. Kak M datang lambat sikit majlis ni. Tetiba kena semput pula sampai kena amik neb. Tapi alhamduah ok dan dapatlah luangkan sikit masa dengan mereka ni. Terima kasih tak terhingga kepada semua teman teman yang hadir majlis ni. dan tahniah kepada semua ajk yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. TERBAIK!

Charles and Keith Sale

Image
Siang tadi sempat juga kak M shopping kat Setia City Mall. Al kisah termasuk ke kedai Charles and Keith ni. Opppsss.. sedang sale hokayy! Sentap kejap mak dengan warna warni keindahan beg dan kasut kat sini. Jualan sehinga 50% tau..aduilah..mujurtak bawa duit byk, kalau idak memang hancus mak.memborong. Apapun mak cuma beli purse sahaja berharga RM116.60...heee..santek kan. Purse ni sikit jer diskaun dia sebab new arrival kata juruju tu..hah tak kisah la kan sebb mak dah berkenan sangat. Memang lama dah mak dok cari purse nak gantokan purse mak yang dah sangat usang tu. Huh..hari ni memang happy sangat dapat purse baru..yeay!

Pesta Cahaya di icity

Image
Ini bukan cerita Dewali yer, hehe ini cerita kami anak beranak jalan jalan ke i city. Alahai tempai ini 10 minit je dari rumah kak M, tapi tak tersampai sampai hinggalah cuti sekolah kali ni baru tergerak nak bawa anak anak ke sini. Malam ni tak ramai yang berkungjung jadi macam selesa juga juga kami anak beranak jalan jalan sini. Macam macam bentuk pokok berlampu rupanya. Dan memanglah tersangat cantik. Seronok tengok anak anak berlari lari kesan ke mari dalam keindahan cahaya lampu pokok-pokok ni. Bukan sekadar pokok pokok berlampu ada banyak juga objek objek lain yang berlampu. Nak pula bulan ni adalah bulan xmas jadi adalah objek berlampu seperti santa clause, sb Nowman, dan raindeer. Ramai juga yang berniaga malam malam gini. Cumanya memang mahal lah dan mencekik kata pengunjung pengunjung i city ni. Sebab kak M pun duduk area sini jadi tak lah nak makan makan sangat. Sesekali dapay dilepaskan bergini, berlari kesana sini macam tak cukup tanah. Buka

Riovida Memang Hebat!

Image
Ada juga yang memanggilnya tonik ajaib. Kak- M pun baru nak mencuba Riovida dari 4 life ini. Banyak juga khasiat produk ini. Jom baca sama-sama. Memberikan kuasa TENAGA dengan menyeimbangkan sistem imun di badan kita. Amat sesuai kepada mereka yang cepat letih dan lesu . - Menyediakan kuasa molekul Transfer Factor E-FX yang telah terbukti keberkesanannya. - Digabungkan dengan sumber antioksidan no 1 di dunia - ACAI BERRI dan disertakan sekali dengan elderberi, buah delima, bluberi dan anggur ungu. - Mengalakkan kesihatan jantung, sistem penghadaman, sistem kencing dan sistem imun. - Membantu di peringkat awal mengenali ancaman kesihatan. - Membantu dan mendidik sistem imun anda untuk menjamin kesihatan unggul di sepanjang hayat. - Menyediakan kuasa imun Transfer Factor E-FX yang telah terbukti di jalam jus yang mudah diminum dan hebat rasanya. - Membantu di peringkat mengenali ancaman kesihatan. - Perlindungan terhadap radikal bebas yang merbahaya untuk kesihatan anda.

Alhamdulillah dah makin lega batuk saya.

Image
Petang semalam kak M dihubungi sahabat lebih kurang jam 3.00 petang. Rupanya dia nak beli 4Life TF Plus dari Kak M. Sebulan yang lalu masa jumpa di Karnival Sukan anak anak, kawan kak M ni dah beli satu.Sebelum tu dia ada nampak kak M pos dalam FB produk ini. Tapi sebenarnya dia pun memamng dah tahu akan kewujudan produk ini cuma tidak pernah mencubanya.  Sembang punya sembang dia tanya kak M berapa lama dah kak M consume 4life. Kak M pun ceritalah sejarah bagaimana kak M mula consume 4life ni.  Rupanya dia pun ada masalah batuk berpanjangan maka dia berminat nak cuba. Kebetulan ada stok sebotol jer lagi memang rezeki dia lah waktu tu. Semalam dia call katanya Alhamdulillau batuk dah makin lega jadi dia nak teruskan . Memang rezeki lagi sebab kebetulan order kak M sampai minggu tu jadi dia dapat terus. Kak M pun suka sebab dapat tolong kawan unutk terus sihat. Jadi jika ada sesapa yang berminat untuk cuba 4life TF plus ni jangan malu dan segan boleh contact at

Kari Ikan Merah memang terbaik

Image
Sesekali pekena kari ikan merah memang terangkat. Goreng telur mata tunagkan sikit kicap sama nasi panas..perghhhh..mau bertambah tambah nasi. Huh hancus diet akak kalau gini. Ini menu semalam. Kak M ajak hubby ke tesco beli barang dapur. Sekali nampak ada ikan merah ni. Belikan tiga keping. Memang berhajat nak buat kari pun. Jadi beli sesiap bendi. Alhamdulillah memang sedap kejadiannya. Anak anak pun suka.

Reunion MCCH

Image
Lama tak jumpa geng geng ni. McCH ialah satu kemoniti masayarakat Malaysia yang tinggal di Manchester UK. Masa kak M belajar kat sana dulu memang kak M aktif juga dalam MCCH ni. Almaklumlah itu jer gwng geng Malaysia yang ada jadi susah senang kita kat sana mereka jugah yang akan menolong. Alhamdulillah walaupun hampir 10tahun dah balik ke Malaysia Ukhuwah kami masih segar seperti dulu. Banyak kali juga gathering ni diadakan.  Kali ni pertemuan dibuat di tasik Cyberjaya. Cantik juga tempat ni. Tenang dan aman cuma sedikit panas sebab kurang berangin waktu tu Sebelum balik sempat juga layan makan aiskrim bebudak ni.

Nak lcd screen katanya

Image
Lama dah nak bawa bonda mertua ni ke kedai barang letrik. Nak beli LCD Screen katanya. Minggu lepas baru berkesempatan. Tak jauh pun. Area Bukit Tinggi Klang jer. Tapi j3nuh jugalah dok survey dari satu kedai ke kedai yang lain. Biasalah sebab yang dapatkan harga terbaik dan qualiti yang baik juga. Akhirnya dapat juga Samsung 40' di HLK Bukit Tinggi lebih kuran RM1300. Lama sangat menunggu nenek dok pilih TV, Ahmad lepak sini dulu ler tengok kartun.

Homst Restoran

Image
Tak tau ler dah kali ke berapa kak M makan kat Restoran ni. Kali ni sebab nak belanja mereka mereka yang dah banyak membantu maka kita buat makan makan kat sini. Restoran Homst ni adalah restoran chinese muslim. Jadi menu pun sama.ler dengan restoran chinese muslim yang lain cuma mungkin persembanhan dan penyediaan yang berbeza.  Banyak jugalah order untuk makan tengahari ni. Yang kat atas tu tomyam. Hukii memang terangkat. Sangat sedap rasanya. Paling best sebab tak terlalu bepas. Almaklum kak M ni tak reti sangat makan yang terlalu pedas. Cukup rasa semuanya. Tomyam campur ni ada sotong, ikan, udang, ketam, lala dan lain lain ler. Kung Pao Chicken ni mmg signature mana mana kedai chinese muslim. Memang sedap. Ala ala ayam masak kicap. Kak M memang suka sangat menu ni. Cuma kat restoran ni dia tabur gajus menjadikannya sedikit unik. Best juga sesambil ngunyab gajis tu. Siakap ala thai ni macam masakan asam.pedas tapi kauh nya sedikit cair sebb ikan ni dimasa