Followers

Tuesday, January 5, 2016

orchid

Sunday, December 27, 2015

Happy Birthday dear hubby

Happy Birthday Dear Hubby!

Awal pagi lagi akak bangun berkarya. Happy hari ni tengok hubby bangun dalam keadaan sihat walafiat. Hari ni En Hubby dah genap 39 tahun. Kira pra-4 series gitu. Syukur ke hadrat ialahi Allah berikan beliau kesiahatan yang baik, di murahkan reseki dan dikurnaiakan kebahagian berpanjangan. Semoga En Hubby keka; mihasabah diri.

Maaf Dear Hubby, saya tak punya harta mewah-mewah nak hadiahkan awak..heheh.. macam mana awak bagi saya gelang tangan ribu raban. Tapi tetap juga ada hadiah. Semalam saya dan Nuha ke SACC Mall cari hadiah untuk dear hubby. Betapa Nuha dari hari-ke hari ingatkan saya untuk belikan daddy hadiah birthday. Semoga dear hubby gembira dengan hadiah tak seberapa daripada kami anak beranak.

Juga tak ada majlis party mewah sebagaimana awak adalah untuk saya di hotel 4 bintang. Tetap adakan majlis serba ringkas untuk awak di rumah bersama anak anak kita. hehhe

Macam biasa minggu ni suami akak ambil anak dari sekolah jam 9 malam sebab ada oecutan UPSR minggu ni. Jadi akak dan Nuha dan Ahmad dan rancang untuk buat surprise!. Akak dah belikan kek untuk surprise tersebut. Malam ni kita makan pizza aje. Kemas sikit dapur mak...hehehhe.

jadi kami bergelap sementara tunggu daddy sampai rumah. Kita pasangkan lilin di atas kek dan bila daddy masuk je rumah kita nyanyikan lagi Selamat hari Jadi untuk Daddy... yeay!....Yang terlebih suka ialah anak-anak.

Kek ni kak M beli di Buskin Robin. kek Ais Krim gitu. harga dia dalam Rm1055= kalau tak salah. Memang yummylicious. Then pizza ni dari Dominos siap delivery ke rumah. haha mudah belaka zaman sekarang kan. 

Dan untuk itu semoga Dear Hubby gembira senantiasa.

Thursday, December 10, 2015

Pek Baru Mendi dari Arabian Kitchen

Salam Disember rakan-rakan blogger. sungguh le lama kak M tak bersiaran. Almaklum keadaan kesibukan kerja hakiki memang tak dapat dielakkan.

hari ni kak M just nak annouce pek baru dan harga baru Arabian kitchen. Harga baru dan pek baru ni sebenarnya dah berada di pasaran sejak Oktober 2015 lagi. Tapi kak M tak tersempat nak buat entri tentang perkara ini.

Seperti biasa kalian boleh hubungi, sms atau WA kak M kalau nak beli...Penghantaran percuma hanya di sekitar seksyen 7, 8 dan 9 shah alam dengan belian minimum 5kg.

Pos juga boleh cuma harga postage dah meningkat sedikit gara-gara GST. Kena sms kak M dulu untuk check harga pos. biasanya untuk  Pra Bayar. 1/2 kg ialah RM9.00 harga pos dia.

ok ..boleh hubungo kak M

019-2721076






Tuesday, August 25, 2015

SUP AYAM

Apa lagi makanan yang budak budak suka kalau bukan sup. Petang semalam kak M masak sup ayam untuk anak. Biasanya sup ayam ni memang anak-anak makan sampai habis...sup tu je dihirupnya macam minum kopi.

Kali ni kak M buat sup yang sangat simple tapi tetap menarik. Macam biasa juga tetap kak M tumis bawang putih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang sampai le naik bau kemudian masukkan ayam yang dah dipotong kecil2. biar kecil nanti senang anak anak nak makan. Kemudian tuangkan air kedalam kuali tersebut.



Akak masukkan juga kentang dan carrot..Yeah! all in one tak perlu lagi masak sayuran lain kan..kira mantap dah ada khasiat sayuran dalam sup ayam ni. masukkan juga seketul kiub ayam  untuk rasa yang lebih enak...rasakan garam dan gulanya. Biarkan mendidih dan siap dihidang

Nak lagi berselera anak-anak makan, pastikan iadihidang bersama nasi yang baru masak dan panas-panas. fuhhh memang anak-anak makan takpa rasa bersalah, tambah lagi dan lagi dan lagi.

Kari Kepala Ikan

Kak M dan famili memang suka menu kari ni. segala jenis kari memang habis ler kalau dihidangkan. Kari ikan, kari ayam, kari daing, kari telur atau kari udang dan sotong, semuanya memang laku.

Harini pepagi buto kak M masak kari kepala Ikan... haha ikan apa? Ikan Salmon dek non... Kelmarin ke Pasaraya Giant jumpa kepala ikan salmon, maka akak beli lah sebab memang dah rancang nak masak kari kepala ikan.

haha..tu ida.. sorry yer..kepala ikan sudah yellekkk...

Akak tak der resepi yang special untuk kari kepala ikan ikan. Resepi akak biasa-biasa macam masak kari kari lain juga. Cuma utk kari kepala ikan ni akak letakkan tomato aje..hehe kasi dia ada rasa masam-masam manis toamto gitu.

Rempah kari ni kalau tak babas akak guna rempah kari allagapa. Repah lain tak ngan gitu. Tapi ada satu lagi rempah ni member dari penang bagi.Memang sedap wehhh..ntah nasi kandaq punya rempah kot. Memang kaw rasa dia. tapi rempah free biasa lah dua tiga kali masak habis le.



Makan kari ni kena dengan telur dadar dan sambal belacan serta ulam timun..hah gitu. baru rasa special. Sambal belacan memang senttiasa ada stok dalam rumah kak M ni..akak buar je satu bekas, kot ye nak goreng nasi ke kan? hah kau cedok le se sudu buah rencah, maka siap le nasi goreng sambal belacan hehehe...

Jom layan gambar kari kepala ikan

Sunday, August 23, 2015

New Price Released!.....From Arabian Kitchen

Assalammualaikum.
Entri ni istimewa buat semua peminat Nasi Arab Mendhi dari Arabian Kitchen dan kepada semua pelanggan-pelanggan setia kak M yang tak pernah jemu untuk contact kak M nak beli pes nasi arab ni.



Kak M sekadar ingin menyampai kan berita bahawa Pes nasi arab Mendhi ni akan naik harga. Tarikh tetap belum dapat dipastikan lagi. Harga baru adalah seperti berikut

1kg = RM32
1/2 kg = RM18

kepada penggan kak M tersayang, kak M masih lagi menjual pes ini dengan harga lama yer...cepat order sekarang sebelum harga baru dilaksanakan.

macam biasaboleh aje contact kak M di

019 2721076

Saturday, August 22, 2015

Kegilaan Apakah ini..Sungai Buloh?

Huh, apa yang ada di Sungai Buloh? Apa lagi kalau bukan deretan tapak semai menjual pokok-pokok bunga. hah...ya ampun.....Kak M dan pokok memang tak dapat dipisahkan.

Petang semalam Kak M hantar Nuha ke rumah kawan di Sunway Kayangan. its gegirl time. Tak perlah asalkan dia happy, dok rumah pun macam tak der kawan. So jam 11.30am Nuha ke rumah Jasmine. Kak M nak ambil Danish dari tuisyen pun masih awal sebab tuisyen habis jam 1.15 tengahari. Jadi akak bawa lah ahmad lajak ke Sungai Buloh..yes! itu memang sudah dirancang sebenarnya..heheh. Big Boss outstation so it my own time...my time.



Dari Sunway Kayangan tu, perjalanan ke Sungai Buloh tidak lah begitu jauh dalam 20 minit insyaAllah sampai, dan trafik kat situ pun ok, tak sibuk.

Sampai je kedai pertama, hu hu nangis akak nengok poko-pokok bunga. Masa tu memang rambang mata macam nak hang kut semua. But tujuan asal akak nak cari pasu cantik cantik nak gantikan dengan pasu di rumah yang pecah.

Tapi sangat kecewa sebab pasu kat situ teramat lah mahal..mahal mahal mahal!. Memang pengsan, sebab akak cari pasu dalam lingkungan RM20 ke bawah. Apa yang akak nampak dan berkenan reganya RM45 dan ke atas... jadi akak ambil juga 2 biji. Satu rega RM45 dan satu lagi RM40 hmmm, sabor ajelah.

 


Jalan jalan dalam tu berkenan lah pokok keladi satu ni..tinggi pokoknya. dan menarik..alkisah akak kan suka keladi ni..hah miang-miang keladi tau, bertambah miang bertambah menjadi..hik hik hik... Ambil le sepokok RM30...gasak sebab berkenan kan..Waktu tu Ahmad Darwish dan merungut, haus katanya. lepas bayar terus chiow.. mujur ada air masak dalam kereta, lega.. kalau tak mahu akak kena singgah gerai beli air ikat tepi untuk Ahmad.



Akak drive je ke depan sikit, hahah singgah satu lagi tapak. Perghhh lagi nangis...MURAH!!!!!!!!!. Nyesal tak sudah singgah kat tempat first tu, kedai ni no.53 okay.. akak beli lagi pasu yang memang dicari tau berapa rega? RM13 tapi di baginya rega RM10 gitu okay kasi akak 2 biji ya. TQ. Memang waktu rasa macam bawa lori kot..main beli je...

 


Jalan jalan nengok pokok-pokok bunga..hmmmm rasa macam tak mau balik..akak hangkut dua pokok... keladi juga ya....hihihihi..kembang setaman daun daunnya..HIJAU! i like! dan pokok tu RM28 dan dijual pada rega RM25..owh i like lagi. Dan akak beli tanah sekampit RM10.. jadi jumlah semua RM80.... tak sampai seratus.. kedai pertama tadi RM113 okay...hoii nyesal nyesal... 

Tak per len kali kalau nak pergi cari kedai no.53.. dan PASTI, akak akan datang lagi, dan lagi dan lagi...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...