Followers

Thursday, October 25, 2012

Yes! He 's back

Semua orang macam exited jer tunggu Daddy balik dari Jakarta. Hahah! MCam lah tak biasa kena tinggal. Lambat pula Daddy sampai kan. Kakak Nuha dah siap kemas ruang tamu taknak nanti Daddy pening tengok rumah selerak. Abang Danish macam biasalah melangut jer TV 24 jam. Tahu ler kan exam dah habes. Tetiba Nuha tanya...eh Mummy kan dah pukul 10. Mummy tak tengok Adam Hawa ker? Owh! Thank you darling, aku pun lupa akan cerita Adam Hawa channel Astro134 ni. Maka menonton Adam Hawa lah kami berempat beranak.

 Habis cerita, Ahmad minta susu dan ajak kak-M naik atas. Ngantuk dah lah tu nak ajak cari katil. Jadi selesas semua kali naik atas. Danish memang masa tidurnya 10pm jadi dia akan secara langsung tertidur waktu tu..hehehehe..Maka terlena lah seorang hero.

Lagi dua orang dok sibuk melompat main itu ini. Haishhh tadi si Ahmad ni kemain nak ajak tidur dah habes susu sebotol jadi segar pula dia. Jam 12.00 tetiba berdering handphone kak-M..hahah Daddy's back suruh buka pintu. Dah macam Cinderellah pula yer, berdetik jer jam 12malam lari balik rumah.. keh keh keh...

Udah berlari semua turun bawah menyambut Daddy. Aisey Daddy cakap dia semput macam Ahmad, pendek nafas sebab batuk terus. Sian Daddy, penat sangat kerja. So Daddy need a rest. A good rest. Jom semua kita tidur. Esok kita sembang dengan Daddy.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...