Posts

Showing posts from June, 2015

Happy Birthday Ezaara

Image
Gumbiranya hati kalau dapat jumpa anak buah kesayangan ni. Mommy tak bawa hadiah pun Zaara, nanti raya le mommy belikan baju raya yek.  Majlis hari lahor Eryna Ezaara Akmal ini disambut serba ringkas . Hanya sedara terdekat sahaja yang datang. Mama masak mee goreng hailam dan nasi arab. Memang terbaik mama. Sampai kena masak dua kali. Tetamu pun berkali kali tambah. hehhehe.. Dah setahu dak kecik ni. Sekarang dah pandai bising dia... tatatatta,, papappapa..tatau le apa dia cakap. but its so happy to be with here all day long. Geram la dapat peluk cium dak kecik ni. Ha tengok tak oleh ramai dengan dengan tangan, dengan kaki dia bagi..hahahaha..owh my Zaara! cheeky girl you are! Semoga jadi anak yang solehah yer sayang dan besar nanti sentiasa doakan ibu bapa.

Selamat Pengantin Baru untuk Nadia dan Suami

Image
Ini cerita 2 minggu lepas. Baru hari ini kak M punya masa untuk kongsi cerita ini. Sepupus suami kak M melangsungkan pernikahan pada 1 Jun 2015 di Masjid Sungai Udang Klang. Majlis yang serba ringkas ni sebenarnya agak meriah juga. Semua sedara mara dapat berkumpul ramai-ramai meraikan Mak Sedara dan Pak sedara terima menantu. . Majlis akad nikah berlangsung pada jam 10.00 pagi di Masjid Sungai Udang. Rupanya ada dua pengantin hari tu. Dan khutbah nikah dibacakan serentak untuk kedua-dua pengantin.  Sejurus selepas ijab dan qabul , ialah sesi bergambar pula. Huh mujur le sedar diri masjid dalam masjid kan..kalau tak harus berposing sakan. Kemudia kami rama0ramai berarak terus ke rumah pengantin juga di Sungai Udang Klang. selorong dengan rumah mertua kak M. Waktu tu dah pun jam 12.00 tengahari..memang lapar gila. sampai aje semua hidangan dan siap maka dengan bersungguh masing-masing isi perut. hahahha. Menu pun tak kurang hebat, daging masak hitam, ayam merah

Kek Minyak

Image
Hah..kek lagi..ntah kenapa asik buat kek aje semnjak dua menjak ni..hehe practice nak bisness kek sempena raya kot...whoaaaaa takder masa le akak nak bisness bagai. Ntah le tetiba akak terasa sangat nak cuba kek minyak ni. Sebab tengok review di internet macam bagus saja. Cantik dan sedap, jadi lepas dinner dengan anak anak tadi alak pun terus le bancuh adunan kek minyak ni..huh senang lah sangat sebab guna minyak masak jadibtak perlu kita tunggu butter lembut mavam kebanyakan kek lain dan bahan bahan pun semuanya ada aje di rumah. kek yang guna minyak ni kak M rasa tidak lah se sedap kek yang guna  butter.. lagi lagi kalau buter SCS tu. Tapi rasa dia tidak lah muak cuma kurang harum aje. Kalau kek butter tu time dah nak masak..waaaaa kemain satu rumah bau kek. Akak rasa bancuhan ni agak cair..walaupun begitu hasilnya cukup baik tidakbterlalu berminyak dan gebus aje. Nak potong memang kena tunggu betul betul sejuk. Bila cair macam ni senan kita nak melapis cuma akak rasa

Mood Mengekek datang lagi

Image
Hamboiii takut tu...waahahahahah..mengekek yer? Biasa ler.. minat baking ni dah lama dalam jiwa. sesekali datang gian tu, memang seharian akak nak membaking je. Alkisah bahan-bahan pun dah lama di beli. Dek kerana nak balik kampung cuti sekolah ni. kak M berhajat nak buat kek bawa balik kampung makan adik beradik. Akak memang suka buat kek Prune kalau balik kampung ni.Sedap kek ni. tak perlu creme bagai. Akak belajar buat kek ni masa menetap di UK selama 4 tahun dulu tu. Huh sampaikan di sana akak jual kek ini dengan member-member Malaysia di sana. Laku dek non..hahah.. samapi dapat le akak menyimpan duit beli Kenwood Chef seketui hasil mahsul dari jualan kek tu..hehe Kek Prune ni memang mantap, isinya lembab walaupun ia dibakar tapi hasilnya sama seperti kek kukus. Mungkin sebab bahan bahan dia yang sangat high class kan.... nak resepi? Boleh aje..sila google lah dalam blog ni, mesti jumpa punya. Selain dari tu akak juga bakar kek marble. Hah ! Kek marble ni memang

Downy Harum Semerbak

Image
Masa kat kampung last week, memang hari-hari akak basuh baju seban stok baju kami sangat limited jadi kena lah basuh untuk dipakai semula. Kak M perasan yang ada satu keharuman luar biasa. Ye memang sangat luar biasa. Sangat best haruman ini. Rupanya ia adalah dari pelembut dan pewangi Downy. Hanya sedikit tuangan Downy ke dalam basuhan baju mampu membuatkan pakaian kita harum semerbak, terasa sangat selesa dan segar sepanjang memakai pakaian tu. Lalu balik aje Shah Alam akak terus ke supermarket cari Downy. Wow!. Macam macam jenis wangian ada. Dah botolnya juga sangat menarik. Merah, hitam, merah jambu, biru dan lain lain masing masing dengan aroma yang sunggu menyegarkan.  Dan akhirnya kak M pilih warna biru muda ni, Sunrise Fresh..ya memang sangat fresh bauan dia. Aduhai...masa basuhan tu, ruang dapur kak M pun dan wangi..hahahaha..betul..tak tipu punya dan bila di ampaian waaaaa terasa satu ruangan rumah kak M wangi aje..apatah lagi nila pakaian dibuai angin di l

4Life Tranform - Jom cuba!

Image
Hai  semua # Satu scoop ProTF hanya mengandungi 10gm protein yg sgt halus dan cepat diserap ( Highly Hydrolyzed Formula ) Maka ia sesuai utk Kanak- Kanak, Dewasa , Wanita , Breastfeeding Moms , Elderly dan Pastinya Abg Abg Sado. Jom order...wassup atau sms kak M ya 019-2721076