Posts

Showing posts from August, 2011

Bangunan tergantung saingi Taj Mahal

Image
Apakah bayangan kalian akan 10 atau 20 tahun akan datang, bagaimana dengan kehidupan kita ketika itu anda ada umur kita. Macam-macam boleh berlaku. Ni ha kak-M jumpa satu rekaan futuristik yang bakan menghiasa dunia di Calcutta. Tatau ler bila akan direalisasikan. STRUKTUR mirip stesen angkasa lepas ini memiliki 80 unit rumah kediaman. CALCUTTA, India – Sebuah struktur menyerupai stesen angkasa lepas lengkap dengan taman di atas bumbungnya merupakan antara lebih 12 rekaan unik yang tersenarai dalam pertandingan Festival Arkitek Dunia di bandar raya Barcelona, Sepanyol pada tahun depan. Sekali pandang, struktur futuristik itu kelihatan tergantung di udara pada ketinggian 100 meter dari tanah. Diberi nama Atmosphere, ia sebenarnya menyambungkan dua bangunan pencakar langit. Reka bentuk struktur berkenaan yang kelihatan lebih hebat daripada bangunan Taj Mahal dihasilkan beberapa arkitek di sini. Idea untuk menghasilkan binaan tersebut diinspirasikan daripada kehidupan

Steamboat Antarabangsa at Harbour Place Port Klang

Image
dalam keributan menyediakan persiapan hari raya, pada 27 hb tu sempat juga kami set satu gathering keluarga berbuka beramai. Keluarga pun bukanlah besar sangat tapi bila berkumpul bersama meriah juga jadinya. Al kisah, hubby nak juga buat makan-makan ni, sememangnya setiap kali Ramadhan pasti ada sekali kamai makan keluarga di luar, kebetulan kali ni jatuh pada hari lahirnya. Alhamdulillah, syukur sebab dapat menjamu ahli kelaurga. Hubby kak-M kata ni pun sempena rezeki kenaikan pangkatnya baru-baru ni. Syukur sekali kali, Kami semua tumpang gembira.   Ha ! Nampak tu berasap-asap, Danish kata best la Daddy makan kat restoran ni buleh masak masak sendiri. hmmm yerla tu.  Memang enjoy mamat tu, siap grill telur, then rebus segala apa jenis makanan yang boleh. Di sini dia bagi pilihan samada nak tomyam atau sup, Memandangkan ada dua set maka amik lah dua dua sup dan tomyam. Yang penting cuma nak Mak Mertua kak-M tu merasa makan steamboat ni. Memang enjoy la sebab ada aktiviti sambil m

Lagi Pesanan Penaja

Dekat-dekat nak raya ni macam-macam pesanan pun ada, pihak PDRM awal-awal lagi dah pesan, berhati-hatilah kepada semua pemandu di Jalan Raya. Kalau dah travel jauh-jauh tu pasti ada yang mengantuk, jadi berhenti seketika pekena kopi ke bagi celik mata tu. Kalau dah terlalu letih jangan dipaksa, nanti ada yang tak beraya pula. Kak-M travel hanya dari Shah Alam ke Klang, tupun harus berhati hati. Hari ni dah lengang jalan raya sini. Semakin sunyi. Desa perantau ni dah kehilangan penghuninya sedikit demi sedikit. Pihak Petronas pula ada berpesan, kalau dah travel jauh-jauh tu minyak keter isi penuh-penuh, jangan ada tersadai tepi jalan kehabisan minyak.  Jenuh pula korang dok tahan keter minta bantuan. Lagi pesanan penaja anda boleh lihat SINI . Hari raya ni macam-macam hidangan disediakan. Makan pun kena hati-hati. Jangan terikut nafsu semuanya di balun. Esok ko juga yang semput. Dah sebulan berpuasa, hari raya adalah hari yang di nanti, jalan-jalan lah menziarahi sanak sedara, jang

Raya Mood

Image
Raya tahun ni adalah raya paling letih aku lalui, mana taknya, waktu ni jugalah rumah ni nak direno sana sini. Dalam kekalutan bersabung nyawa dengan habuk debu, mana nak sediakan juadah, mana nak siapkan kerja kat office, mana nok pi tolong pasang langsir rumah mertua, huiii...supermak pon boleh pengsan. But alhamdulillah, kak-M diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mengharunginya dan semua benda dapat diselesaikan dengan sempurna. Hari Sabtu kak-M sudah hire dua orang cleaner cuci rumah, wah dua sekali tu, 8 jam depa kerja dari seawal 8 pagi depa dtg mula cuci tingkat atas, sampai kul 4 siap depa cuci. Walaupun tak seberapa puas hati kak -M understand lah yang depa tu pon manusia berpuasa kan. Takpalah sekurangnya tak teruk debu habuk dalam rumah kak-M ni, InsyaAllah minggu depan panggil lagi. Petang Sabtu bergegas balik Klang sebab ada gathering berbuka bersama keluarga mertua di Harbour Place Steamboat Antarabangsa yang kak-M akan buat entry khas kemudian. Malam tu jug
Image
The Samsung Galaxy Tab 10.1 has finally arrived and it’s out of this world. There are so many reasons to want it! The tablet is very mobile because it’s super light and thin (weighs the same as 1 cup of coffee and is as thin as a pencil!), and its battery lasts up to 9 hours! What’s more, thanks to its high specs, like the super-fast 1 GHz Dual Core processor, endless data sharing capabilities and the fact that it’s running on the latest version of Android, 3.1 Honeycomb, makes surfing the web super smooth as well as editing and viewing Microsoft office documents an easy breezy job. You can also connect with your friends and family instantly through SNS services and download anything super-fast thanks to its advanced +HSPA connectivity! In a world where people demand for faster, smoother, slimmer and more powerful devices with more possibilities on the go, the Samsung GALAXY Tab 10.1 is set to revolutionise your world! There’s no doubt that due to the tablet’s convenien

Rayau-rayau

Image
 Salam to all, sedar tak sedar tinggal cuma 3 hari jer nak raya. Jadi Macam mana persediaan korang, dah packing balik kampung? Kak-M beraya di Klang tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya juga. Dari RAbu lepas lagi kak-M dah mula cuti, kononnya nak kemas-kemas rumah nak debu-debu selepas revovation works. Hampeh la, satu menda pun tak jadik, alih-alih dok pi office amik itu ini, deliver kuih raya lagik. Haishhhh! hari ni apa nak jadi pun kak-M kena full-fill semua keperluan biar lengkap before raya. Apa lagi yang tertinggal ya. Pertamanya nak raya-rayau cari kasut buat Abang dan Kakak, since Ahmad Darwish masih belum berjalan jadi pakai stokin jerlah ko mamat. Then nak cari kasut untuk Kak-M juga. Kak-M nak kena cari card but en.hubby sempena ulang tahun kelahirannya pada Sabtu ini. Hadiah dah beli pun Isnin lepas. Pastu nak singgah Cosway beli balang kuih. Ehhh bukan tak der yang lama, pyrex tu masih soloi molek lagi, cuma nak tambah balang untuk kerepek-keperek, macam berkena

An Ideal Snack To Munch On Should Be Monstrously Delicious!

Image
What’s your favorite snack to munch on, when you’re studying late at night, or watching a movie in front of the telly at home, reading a book, or driving home back to kampung? Most of you probably have heard of Mamee Monster products. Some of it includes Mamee cup noodles, Double Decker, Mister Potato, and Mamee Monster , just to name a few. These snacks would no doubt fill a starving tummy! Mamee brand has been around for over 35 years and Mamee products has all these while been a trusted HALAL product. You can check out the halal status on Jakim’s official page. In conjunction with Raya, Mamee Monster would like to wish you all Selamat Hari Raya and would like to remind you to drive safely if you are returning back to your hometown. For that long drive back, you should bring back some snacks and munch on some of the Mamee Monster snacks! You could also serve some Mamee monsters with your kuih raya to celebrate in this festive season!

Ketam Ganjil

Image
 Lagi kisah akhir zaman, macam-macam penemuan pelik akhir ini, ishk, cuba tengok gambar ketam ni, hah dah macam rupa alien daaaa ,macam burung hantu pon ada. Subhanallah ni semua mahluk bumi ciptaan Allah. Betapa agungnya DIA. RUPA bentuk ketam ganjil yang kini dipelihara di Akuarium Blue Reef, Southsea, Hampshire, Britain. SOUTHSEA - Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam. Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin. - Agensi

Macam-macam daaaaaaaa, nak jadi gemuk pula si Norkiah ni.

Image
SI GEMUK & KURUS... bersama adiknya, Cassie yang membantunya menjaga anak.KETIKA orang lain bertungkus-lumus mahukan bentuk badan kurus, Susanne Eman memilih sebaliknya. Kini memiliki berat 330 kilogram, Susanne masih belum mencapai impiannya menjadi wanita paling gemuk di dunia. Matlamat akhir Susanne ialah mencapai berat badan 730 kilogram dengan mengambil pelbagai makanan sekurang-kurangnya 20,000 kalori sehari.   BURUK MAKAN... Susanne memerlukan 20,000 kalori sehari Berasal dari Arizona, Amerika Syarikat, Susanne, 32, berharap mencapai separuh daripada berat impiannya itu menjelang akhir tahun ini. Ibu tunggal yang kini membesarkan dua anak itu percaya, dia kini benar-benar bersedia mengambil alih tempat Donna Simpson, 43, dari New Jersey, sebagai wanita paling gemuk di dunia. Berat Donna yang dicatat dalam rekod dunia ialah 317.5 kilogram.Tindakan Susanne mahu terus menambah berat badannya memang mencetuskan polemik kepada peminat wanita berbadan besar.

Minuman tebu antara yang tidak bersih

Image
KANAK-KANAK lebih berisiko mengalami dehidrasi berbanding orang dewasa. Masih ingat lagi tak kes kematian seorang kanak-kanak yang meniggal dunia akibat keracunan makanan setelah mnikmati makan yang dibeli dari bazar ramadhan berhampiran sebagai juadah berbuka. Malang memang tidak berbau. Kak-M percaya majoriti kita memang akan ke PARAM setiap kali menjelang Ramadhan, paling tidak pun sekali. Alhamdulillah kita masih menjadi antara yang dilindunginya. Apapun yang berlaku, adalah menjadi tanggugjawab kita untuk memeriksa makanan dan minuman yang bakal kita sekeluarga makan. Moh, mari kita baca nasihat dari seorang pakar sebagai langkah berjaga-jaga. Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan  orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar. “Saya tahu apabila berdepan dengan pelbagai hidangan yang lazat kadang-kadang kita terlupa untuk memeriksa tahap kebersihannya. “Sebenarnya tidak susah untuk menilai kualiti sesuatu mak

Monyet pun boleh jadi Polis?

Image
BEBERAPA patung monyat yang memakai jaket bercahaya diletakkan di sebatang pokok di tepi jalan raya di Changsa, China. Pagi ni kak-M baca news dari luar negara. Macam-macam strategi yang dicipta untuk memudahkan pihak-pihak tertentu. Tapi tatau la sejauh mana ianya berkesan. Patung-patung ni dikatakan mampu memberi amaran terhadap tahap kelajuan kenderan yang menggunakan laluan di situ. Kalau di Malaysia kita nak guna apa yer, ayam dengan itik ok ker? CHANGSA - Polis China menggunakan patung-patung monyet yang dipakaikan dengan jaket pemantul cahaya sebagai usaha untuk menghalang pemandu memandu kenderaan dengan laju, lapor sebuah akhbar kelmarin. Patung-patung itu diletakkan di tepi jalan raya di bandar ini. Beberapa pegawai undang-undang di bandar ini berharap patung yang ganjil itu akan dapat memberi peringatan kepada pemandu supaya jangan melanggar undang-undang. Salah satu daripada idea unik itu dilaksanakan di sebatang pokok. Beberapa patung monyet yang memakai jak

Geng Seluar Dalam!

Image
SEORANG perompak menggunakan sehelai seluar dalam berwarna putih untuk menutup wajahnya semasa dia merompak di sebuah kedai serbaneka di Dallas pada Sabtu lalu. Biasanya perompak akan mengenakan sarung hitam kn untuk tutup muka bil mereka merompk, berbeza dengan perompak ini apabila beliau menggukan seluar dalam sebagai gantinya..kah kah kah kah gila ker hapa! DALLAS, Amerika Syarikat - Seorang perompak menggunakan seluar dalam untuk menutup wajahnya semasa dia merompak di sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menyiarkan aksi lelaki tersebut merompak sebuah kedai serbaneka.Rompakan itu berlaku pada Selasa lalu dan dia meminta lelaki di kaunter pembayaran menyerahkan kepadanya sejumlah wang tunai.Perompak itu menggunakan sehelai seluar dalam berwarna putih dan pakaian lain untuk menutup wajahnya semasa dia merompak. - Agensi

Bayi baru lahir ada gigi

Image
SUMMER WHELAN tersenyum menampakkan dua batang gigi depannya. Kak-M pernah dengar cerita dari salah sorang staff kat office yang cucunya dilahirkan dan dah ada gigi. Owh, kekuasaan Tuhan tak sapa boleh kata apa. Ini punla berita dari NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu."Sejurus selepas Summer dilahirkan, dia menangis dan saya menjerit 'dia memiliki dua gigi depan'," katanya."Dia berada dalam keadaan baik,'' t

Golden Churn lagi! Hadoiiii, apa kes ni?

Image
Kes mentega Pure Creamery Golden Churn ni masih tak habis-habis lagi, ish, hari-hari pun dok baca cerita dia. Mujur selama ni kak-M guna ButterCup jer,,harap-harap selamat dan halal sepanjang masa. Ada ke you all visit or beli groceries kat mana-mana mart. Dah check ker kat bahagian sejuk beku tu, alah kat area cheese, Bliss, butter segala. ada jumpa tak Golden Churn. Hah! Jangan terperanjat, masih ada yang bercampur tau. Depa ni memang tak buleh harap, bila dah di sahkan ada DNA babi automatik lah jadi haram dan segerakan pindahkan ke Non Halal area kan. Hadoi. Jadi apa kata survey? You all boleh baca kat SINI juga yek.

Duit Raya Dari Maybank. Jom rebut!

Image
Ulang suara, ini duit raya bukan sampul raya tau..hehhehe..hah bukan setakat Nestle saja yang dok jerit-jerit nak bagi duit raya, ni ha bank besar macam MAYBANK ni pun nak bagi juga. Ni ha buka setakat duit raya, ada join venture pula untuk charity, wah elok sangat lah di bulan yang mulia ini, kita membuat kebajikan kan. Mau ke tak mau ker sendiri punya pilihan. Tapi kalau jenguk sebentar tak salah pon. Tak rugi sekupang pun. Tengok SINI .

Tak perlu bersolek pun tetap cantik

Image
Tahukah kalian, manusi ni dijadikan tuhan sangat istimewa dan setiap antara kita tak ada pun yang serupa. Maka hargainya diri kita seadanya. Dalam Islam bersolek tu adalah berpada-pada jangan sampai keterlaluan. Kepada yang punya suami bersoleklah untuk suami tercinta. Yang tak der suami, pandai-pandai bawa diri. Tau tak bahawa orang perempuan tetap kelihatan cantik berseri walaupun tanpa solek. Rahsianya di SINI . Masih tak percaya? Cuba lihat SINI juga. Selain dinamakan natural beauty, wanita harus sentiasa memastikan kecantikan wajahnya ditahap maksima. Bukan sahaja cantik di wajah tetapi juga cantik di hati. Setuju tak.

Bacalah ni, kisah akhir zaman...apa nak jadi?

Image
Apalah nak jadi ni, kat Malaysia yang majoritinya Islam pun ada kes-kes macam ni. Mari baca petikan dari METRO. KUALA LUMPUR - Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif. Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS). Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu. "Kami merancang untuk m

Kuih raya, Baju raya, Kasut raya, Duit raya, mana satu mau?

Image
If a genie appeared in front of you and granted you three wishes, what would it be? Money? Invisibility power? A date with a hot celebrity? Nescafe is giving away RM 10,000 to the winner who designs the most creative Nescafe tincan! At least you can make part of your wishes come true... And not only that, but the grand winner gets their design featured on a limited edition of Nescafe cans nationwide! Using the augmented reality element, you can actually see your design and how it looks like on a tin can. It's easy, so chill, to win RM 10,000. Submit your designs now ! 

Strawberry, Blueberry, Rasberry and what about Jomberry?

Image
Alamak! Time to balik kampung and you can’t bring your laptop along? How about you’re travelling to exotic locations in Malaysia and you want to share with your friends the picturesque views of the sunset from where you are? If you Facebook, Twitter, blog, or use the internet for just about everything in your social life then how do you stay connected when you’re away from your desktop? With the invention of the social network, connecting with your friends really could not be any easier! For just RM 25 a month, you can enjoy unlimited way to stay in touch with your friends online! With apps that allows you to connect to BlackBerry® Messenger, BlackBerry® Browser, Facebook, Windows Live Messenger, Yahoo! Messenger, Twitter, blogs and so much more, and at such a low rate of RM 25 a month, you would be crazy not to subscribe to DiGi Prepaid™ BlackBerry Unlimited! JomBerry now and invite your friends to join you!

Asyraf dan 3 juta!

Image
Masih segar lagi berita ini, kes pelajar Malaysia kita di London yang diserang ketika rusuhan London. Kes Asyraf Haziq ini telah mendapat liputan seluruh dunia dan klip youtube yang memaparkan insiden beliau diserang dan dirompak dikira sangat kejam dan memalukan. Klip video tersebut telah ditonton lebih 3 juta orang seluruh dunia. Asyraf  yang kini telah selamat menjalani pembedahan rahang akan kembali meneruskan pengajiannya di sana dengan semangat kental kerana itulah tujuan asal keberadaannya di sana. Kak-M mendapat berita yang keadaan di sana dah kembali tenang. Asyraf yang kehilangan Sony PSP akan mendapatkan gantinya semula dari pihak Sony, beliau akan diberikan basikal baru oleh pihak Britain dan menerima sumbangan dari kutipan ihsan rakyat Britain yang dikhabarkan lebih dari GBP 12 000.  Kak-M doakan Asyraf berjaya menamatkan pengajian dan kembali ke tanah air dengan selamat. berita lanjut boleh baca SINI

Mega Sale! Jom Serbu!

Tahun ni Aidil Fitri jatuh dalam bulan September, memang kena sangat dengan time mega sale dan karnival beli belah yang menjadi acara tahunan sejak dua menjak ni.  Tahun ni pula kakitangan kerajaan dapat bonus setengah bulan gaji. Apa korang dah check ke account masing-masing. Ada tak? Depa kata tengah bulan dapat. Weh... sakan lah depa ni shopping sana sini. Ni ada sale juga kat Ikea , baru baru ni kak-M pergi macam semut jer manusia, nampak manusia lebih dari barang yang dijual hahahaha. Pernah dengar tak ni, Klippan, Limhamn, Bekväm, Ordning, and Factum , hah ni semua produck Ikea lah, tak percaya? Sila rujuk SINI . Kak-M sebenarnya memang peminat Ikea juga. Tapi lokasinya agak jauh dari rumah jadi jarang-jarang kesana, kalau pergi pun memang dah ada plan nak beli sesuatu yang telah di rujuk dari katalog Ikea terlebih dahulu.

Lagenda Bollywood Meninggal Dunia

Image
Anda peminat Bollywood atau sangat minat dengan filem hindi. Masih ingatkah dengan filem Andaz atau An Evening in Paris. hmmmm sapa lagi kalau bukan aktor Bollywood terkenal Shammi Kapoor yang menjadi pelakon utamanya. Shammi Kapoor diberitakan meninggal dunia pada usia 79 tahun kerana komlikasi buah pinggan dan beliau meninggalkan seorang bali dan 2 orang anak. Lagi berita lanjut di SINI

Diserang Cimpanzi

Image
Agak menyeramkan baca berita dari METRO ni, tak sangka sampai buleh cacat si Carla ni. Mujur ada teknologi yang boleh memulihkannya. SEMAKIN PULIH...wajah Carla sebelum (kiri) dan selepas diserang cimpanzi serta selepas menjalani pembedahan transplan (kanan). BOSTON: Seorang wanita yang wajahnya dikoyak cimpanzi menjalani perubahan menakjubkan selepas menjalani pembedahan pemindahan wajah sepenuhnya. Carla Nash, 57, hilang hidung, mata, bibir dan mulutnya dalam serangan menakutkan itu. Bagaimanapun, selepas pembedahan selama 20 jam, ibu kepada seorang anak itu boleh bertutur dan merasa semula. Wajah barunya itu didedahkan di televisyen, semalam selepas pakar bedah memberinya wajah yang didermakan Mei lalu. Carla, yang sangat lemah untuk menghadiri rancangan TV berkata dalam satu kenyataan: “Saya kini boleh melakukan perkara yang dulu tidak saya hargai. “Saya boleh menghidu semula. Saya boleh makan secara normal kembali. “Saya tidak lagi cacat. Saya akan mempunyai bibir

Iftar at Khulafa Seksyen 7

Image
Lagi kesan daripada rumah yang tunggang langgang, hari ni buat kali keduanya kami makan kat luar, anak kak-M suggest makan kat kedai biru aka kedai mamak Khulafa Bistro di Sek.7 Shah Alam. Memang kak-M tau dah mamat ni nak makan apa, apa lagi kalau bukan Maggie goreng tu. Nampaknya dia berjaya makan dua pinggan, wallu, kuatnya makan mamat ni. sarah nuha macam biasa mengabiskan sekeping roti boom, kak-M dan suami masin masing masing makan nasi sahaja. Ahmad Darwish pula mamak tu sedekahkan dia bubur lambuk, habis semangkuk dia makan, While Aunty Rina tersayang makan Nasi Beriani. Sekian terima kasih. Budak kecik ni memang suka makan, kalau pi kedai, letak dia dalam kosi tu, dia tau dah satni mesti ada orang akan suap makan. Tu dahi dah kerut dok tunggu mana makanan nih. Dah kenyang, suka lah dia, peluk cium dengan aunty tersayang

Suci Dalam Debu Ep-2

Image
Lagi cerita rumah kak-M yang masih dalam proses ubah suai, nampaknya hari ni menampakkan sedikit kemajuan, bilik air dah almost siap cuma nak pasang water heater dan ganung cermin, serta pintu jer, Isnin ni tokey pintu dah janji nak datang pasang. RUang makn pula dah siap plaster semua dinding keliling tingga nak undercoat dan cat sahaja, lantai esok depa pasang. Bahagian luar pula masih bersepah, baru dok simen sikit2 sana sini. Tu lah dia,sebelum buat tu nampak sikit jer tapi mak aii boleh tahan jugak. Ada orang kata aktiviti perabih duit. Tak palah kami kira semua ini buat keselesaan sekeluarga. Kesannya, beberapa perkara tidak dapat dilaksanakan sebaiknya. Masak toksah kiranya, memang kak-M dah semput dok lap dapur hari2, debu memang banyak, semua pinggan, sudu, senduk segala kena basuh semula everyday okay. Jadi kami makan luar saja. Yang satu lagi ialah aktiviti laundry dan lipat-lipat baju. huhu memang fail. Lihat sahajalah bilik yang satu ni, dah macam kedai dobi. Buat

Kuih Tart Idaman Kalbu

Image
Wah! dah hampir 2 minggu nak raya. SO kak-M percaya ramai yang dah buat persiapan nak raya kan, apa yang dah siap, langsir raya, kuih raya, baju raya? hahah semuanya raya-raya. Kak-M teringat masa kecik-kecik dulu, masa-masa gini seumur kak-M darjah 6 dah mula bancuh adunan buat kuih raya. Sampai sekarang tu minat tu masih tak padam. Now kepala otak dok pikir nak buat raya apa ya tahun ini. Walaupun wajib setiap tahun balik rumah mertua, kak-M tetap juga buat kuih sedikit mikit untuk kepuasan diri. Mak mertua kak-M ni jual kuih raya, bukan buat sendiri tapi amik dari orang ler, biasaler orang pencen ni mana buleh dok diam, ada jer kerja dia nak buat.   Tart Nenas Gulung Tengahari semalam kak-M ronda-ronda kejap dengan member kat SUbang Parade, ish lama tak kesana, hah main toron jer, first time drive kesana, mujur sampai..hahhh...meriah juga, sana sini orang jual kuih raya, mak aiiiii! mehai berdengung, semuanya sebekas RM30 ke atas...yer lah kita paham depa kena bayar sewa

Memang Setan la dia

You all ada baca hari cover page Harian Metro hari ni, kes pompuan 32 tahun kena rogol dan simbah asid tu. Kak-M memang tergamam baca. Memang binatang orang macam ni, tak der hati perut, golongan syaitan yang direjam, hah amik ko. Jadi kita semua pompuan-pompuan ni kena selalu hati-hati ya, pi mana-mana pun kena pandang keliling, ada orang ikut tak, or suspect ke sesuatu cepat-cepat amik tindakan wajar bagi menyelamatkan diri. Yang dok sorang-sorang tu lagi lah kena tambah hati-hati. Kita tak tau nasib apa bakal menimpa kita. Kalau naik kereta tu check dulu depan belakang, manatau tetiba tengah-tengah jalan ada pistol terjojol kat belakang leher, rupanya ada orang jahat dan masuk menyorok kat tempat belakang. ishhhh gerun kan. Okeh kot-kot you all nak baca berita lanjut boleh on METRO today.

Kapal dah jadi Hotel

Image
Wah, ini berita baik buat mereka yang gemar bercuti atau mungkin yang baru kawin dan merancang untuk suatu bulan madu yang indah. Boleh la kesini, siapkan duit saja . Kak-M petik dari KOSMO BENTUK kapal perang Kiev. BEIJING - Sebuah kapal pengangkut pesawat milik Kesatuan Soviet yang kini sudah dibubarkan dan menjadi sebahagian Rusia, Kiev kini diubah suai menjadi sebuah hotel mewah di China, lapor sebuah akhbar semalam.Menurut akhbar South China Morning Post, kapal itu yang tidak lagi digunakan untuk berperang dijual kepada sebuah syarikat China pada 1996.Ia kemudian dijadikan pameran untuk satu taman tema tentera di Tianjin.Namun, pemilik kapal itu, Taman Pesawat Binhai memutuskan untuk menjadikan ia sebagai sebuah hotel dengan kos ubah suai sebanyak £9.6 juta (RM 46.79 juta). SEBUAH bilik tidur di dalam bekas kapal perang Kiev. Harga penginapan masih belum ditetapkan lagi. Keputusan untuk mengubahsuai itu dibuat kerana China kini memiliki sebuah kapal pengangkut pesawatnya y

Suci dalam debu

Image
Wah! dah 10 hari sedar tak sedar kita berpuasa. hmmm sekejap je kan. Tapi kak-M hari hari dok pikir nak makan apa untuk berbuka, pastu dah buka pikir lagi nak makan apa pula untuk sahur. hahah itu lah dia kerja ibu dan isteri dalam rumahtangga. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Yang tak berapa nak lancar ni ialah rumah kami yang dalam proses naik taraf ni. Perghhhhh debu ya rabbi! cuma nak tukar tiles untuk bilik air dan ruang makan. Tapi dia punya debu construction sampai ke tingkat atas nun. La ni kerjanya balik rumah mop dulu 3 round, lap semua mana perlu sebelum pi amik anak. huh! 3 hari dah kami laki bini dok kerja mop segala. Pastu baru buleh nak masak ke nak apa ker. Harap harap hari ni tukang tu tinggal pasangkan tiles sahaja. Tiada lagi kerja-kerja drilling dan ketuk sana sini. Semput makcik!

Nak buat apa dengan RM10k ni?

Image
Weh, geng, kalau korang dapat RM10k. Korang buat apa yek dengan duit tu? Masuk ASB, public mutual, tabung haji? atau apa. Atau mungkin juga korang haneymoon, vacation, atau membeli belah bagai nak rak? huh, banyak tu boleh buat dengan wang sejumlah tu. Kalau kak-M lah, mungkin nak reno rumah kot ..hehehe kasi meletop untuk keselesaan keluarga dan anak-anak. Tapi sapa pulak nak bagi kita wang sejumlah ini.Wah ingat senang ker buleh kutip-kutip tepi jalan atau tadah tangan ianya turun dari langit. Atau mungkin anda dapat masa hari raya nanti. Ha! Duit Raya Mari. Kat SINI ada satu cara bagaiman korang boleh grab those RM10k. Tak susah pun, manatau rezeki korang kan? Ibaratnya duit terpijak gitu. Nestle produk ni buka pertandingan untuk mendapatkan design terbaru bagi produk dorang. Jadi apa korang kena buat ialah melukiskan sesuatu untuk diletakkan pada tin minuman Nestle tu. Boleh ker? Belum cuba belum tau kan. Sapa yang menang tu esok masok newspaper, bolehkan war-warkan blog korang

Terkini, Asyraf Haziq di Royal London Hospital

Image
Alhamdulillah, nampaknya Asyraf Haziq tidaklah mengalami kecederaan yang serius dan selamat menjalani pembedahan rahang. Semoga dia cepat sembuh. Boleh baca lanjut di Metro lagi berita lanjut di telegraf ____________________________________________________________   Jangan lupa dapatkan hadiah hari raya anda di sini. _____________________________________________________________ Berbuka bersama Nestle _____________________________________________________________ Mahukan sesuatu yang cantik dan istimewa untuk mata anda?

Kek Lapis Sarawak

Image
Susulan dari pengesahan Jakim yang Golden Churn Butter tak lagi halal, beita kakM baca di Metro mengatakan ianya memberi kesan tragis kepada perusahan Kek Lapis Sarawak. Walaupun mereka mengesahkan bahawa tidak menggunakan butter jenis itu sehinggakan semua bahan2 memasak kek mereka samak semuanya bagi menyakinkan pelanggan, masih lagi tidak berjaya mengubah persepsi pelanggan yang kek sarawak tetap halal. Jadi kepada peminat kek Sarawak termasuk kak-M marilah kita melapis sendiri untuk raya ini. Ini petikan dari berita yang kak-M baca.   KUCHING: Industri kek lapis Sarawak yang sebelum ini menjana pendapatan tinggi usahawan bumiputera wanita negeri ini serta sinonim dengan imej pelancongan Sarawak kini berdepan masa depan yang gelap sehingga ada menghadapi prospek gulung tikar. Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit berkata, walaupun jaminan sudah diberi mereka tidak menggunakan 'Golden Churn Creamy Butter' tetapi pelanggan masih mempunyai p

Zakat dan Fitrah

Image
Ini adalah pengumuman yang diambil dari Blog Rasmi Lembaga Zakat Selangor ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA, KADAR BAGI HARGA ZAKAT FITRAH SETIAP SEORANG (SATU KEPALA) BAGI UMAT ISLAM DI SELANGOR PADA TAHUN 2011 BERSAMAAN 1432 HIJRAH IALAH RM7.00 (RINGGIT MALAYSIA TUJUH SAHAJA). ZAKAT FITRAH INI BOLEH DITUNAIKAN BERMULA 1 RAMADAN 1432 HIJRAH SEHINGGALAH KE PAGI 1 SYAWAL 1432 HIJRAH DENGAN MENGUNJUNGI 24 BUAH KAUNTER LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ATAUPUN MELALUI MANA-MANA KAUNTER AMIL ZAKAT FITRAH DI SELURUH SELANGOR. PASTIKAN AMIL ZAKAT FITRAH MEMPUNYAI PAS PENGESAHAN DARIPADA LZS DAN SETIAP PEMBAYARAN MENERIMA RESIT RASMI BERLOGO LZS. Hmm, sudah kah anda menunaikan Zakat. Zakat ni banyak kategori zakat, zakat pendapatan. hmm hampa bayaq macam mana. Kak-M dah buat potongan gaji, depa dah kira siap, pi akad sekali masa isi borang dulu. tak gaduh pikiaq dah.  Zakat Emas, hah Kak Senah, amboi gelang sampai siku dah bayar zakat ker, nuh yang dok dalam bank, emas berketui-ketui jangan lu

Rusuhan London

Image
 http://edmonton.ctv.ca/servlet/an/local/CTVNews/20110809/london-riots-david-cameron-110809/20110809/?hub=EdmontonHome Kak-M baru dapat berita dari seorang sahabat kak-M dari London yang keadaan rusuhan di sana kini semakin teruk dan merebak ke Manchester, Salford,wolverhampton dan West Bromwish. Kacau! Depa ni cari makanan, curi LCD Tv, blackberry dan apa sahajalah. Habislah kedai-kedai kena pecah., kereta di bakar, balai polis pun juga kena bakar, memang mengganas dorang ni. Asalnya dorang berkumpul secara aman bagi memprotes seorang remaja ditembak polis. Lama-lama dah jadi makin serius. Mereka ini dikhabarkan berhubungan melalui laman sosial macam FB dan Twiiter sebelum merusuh disesuatu kawasan. Geng-geng remaja yang merusuh ni mula melalukan rompakan, samun sesuka hati dan orang-orang awam juga mungkin menjadi mangsa mereka termasuklah seorang pelajar tajaan MARA, Ashraf Hazlan yang cedera dipukul dan kini dirawat di Royal London Hospital akibat kecederaan rahang. Tak pasal-pasa

Fidyah dan Kiraannya

Image
Untuk dikongsi bersama maka kak-M cut & paste dari SINI Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan. Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah d

Yeay! Dapat Bonus

Berita semalam pasti cukup menggembirakan seluruh kakitangan kerajaan di Malaysia ni. Walaupun permintaan Cuepac untuk mendapatkan bonus 2 bulan gaji tidak dapat dipenuhi, sekurang-kurangnya kerajaan berbesar hati memberikan setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan termasuk RM500 untuk semua pesara kerajaan. Syukur, rezeki namanya tu. Amik sajalah. Adalah juga kiranya kan walaupun tidak seperti yang harapkan. Lagi berita lanjut tentang bonus ni di SINI. Jangan lupa dapatkan hadiah hari raya anda di sini. _____________________________________________________________ Berbuka bersama Nestle _____________________________________________________________ Mahukan sesuatu yang cantik dan istimewa untuk mata anda?

Ashraf Muslim nikah di Mekah

Image
Bukan lagi breaking news adik adik, kakak-kakak dan abang-abang. Rasanya semua orang pun kenal kot dengan artis yang popular sebagai Ustaz Amirul ni. Ashraf Muslim kini bergiat aktif sebagai pengamal perubatan Islam. Alhamdulillah bagus juga tu. Selalu kak-M dok nengok dalam rancangan Nasi Lemak Kopi 'o' at TV9. Baguslah kalau ada perintis mudah macam ni. Rasanya baru saja kak-M tengok Ahsraf bertunang yang juga ditayang melalui TV9, dah hari ni kita baca nak pun nak nikah. Mereka telah mengambil keputusan untuk nikah di Mekah pada 1 Syawal tahun dan Ashraf dijadualkan akan berangkat ke sana pada 17 Ogos ini dan akan mengerjakan umrah terlebih dahulu. Dah jadi trend yer artis nikah di tanah suci. kalau dulu kita lihat Datin Umi Aida. Esok lusa sapa ler pula. Apa pun diucapkan semuga jodoh Ashraf dan bakap isterinya itu Dayana berpanjangan ke ahir hayat. Selamat mendirikan rumah tangga buat Ashraf dan Dayana. Tahniah! dari kak-M sekeluarga. __________________________________

Hadiah hari raya

Image
Wah baru 6 hari berpuasa dah cerita cerita pasal hari raya pula. Kalau pi shooping mall, jenuh lah hamper hari raya sana sini sinun. Kat kedai-kedai kecik pun apa kurangnya, bersusun hamper raya. Kalau dia sedekah barang satu dua untuk kita syok juga kan! Nih ada hadiah raya untuk you all sana! Mau ka? amik lah free jer. Tapi kak-M dah baca kat SINI . Dah ada syarat-syaratnya pula. Nak dapat hadiah pun kena ikut syarat tau. Ikut suka lah sapa nak amik, tak mau sudah. Tak berdosa pun kalau tak amik. Tapi dah orang yang bagi free kan, amik jer lah. Tak gitu? _____________________________________________________________ Jangan lupa dapatkan hadiah hari raya anda di sini. _____________________________________________________________ Berbuka bersama Nestle _____________________________________________________________ Mahukan sesuatu yang cantik dan istimewa untuk mata anda?

Matalah puncanya,

Image
Teringat kak-M pada satu lirik lagu nnyanyian Kak Nita, 'mata melirik, mata memandang, matalah puncanya...haaaaa'. Jadi entri kali ini adalah berkenaan mata. Mata tu adalah pancaindera yang tak ternilai harganya.Oleh itu marilah kita menjaga mata kita dengan baik. Masa rancangan selamat pagi malaysia beberapa bulan yang lalu bersama Dr. Muahya, kak-M masih teringat yang dr.Muhaya ada cakap mata ini sangat istimewa sebab dia ada cecair semula jadi untuk melembab dan mencucinya. Jadi tak perlu lagi dok tambah apa-apa lagi. Namun begitu masih terdapat beberapa produk seperti air mata tiruan yang selamat digunakan bagi tujuan melembabkan mata di pasaran. hmmm! Dr. Muhaya ni juga merupakan pakar mata terkenal dan punya klinik mata seandiri rasanya.  Dia juga ada menjalan rawatan laser yang boleh menyembuhkan penglihatsn mata, jadi tak perlu lagi pakai cermin mata atau lense. Memanglah sangat mahal sehingga boleh mencecah RM7k, tapi untuk mata tersayangkan apa salahnya. Bagi merek

Serimuka Durian

Image
Dah enam hari kita berpuasa, alhamdulillah, syukur kepadanya kita dapat meraikan ramadhan kali ini dengan penuh keberkatan dariNya, Semoga semua antara kita dapat memanfaatkan bulan ini sepenuhnya. Alkisah petang tadi kak-M mencuba buat Serimuka Durian. Durian ni jauh datangnya, seminggu sebelum puasa, mak jang n pakjang kak-M datang dari Kedah nak melawat anak manja depa kat Shah Alam. Dek not ni budak pandai SPM dapat straight A jadi dapat lah offer buat medic di Cairo. Sebelum tu dia kena buat persediaan selama 3 bulan di Intec UiTM. Sementara di sini mak ayah dia tiap2 hujung bulan datang jenguk, almaklum tak pernah berjauhan. Minggu lepas diorang singgah rumah kak-M sebab kak-M dah pesan awal-awal kalau datng Shah Alam singgah lah rumah buruk kak-M ni. Sekali mak ai! segala jenis buah dusun depa bawa dari sana, durian, rambutan, manggis, dokong dan langsat. Dah macam berkelah dalam dusun waktu tu. Ada sebiji durian ni tak begitu masak lagi maka kena lah peram. Semalam kak-M tengo