Posts

Showing posts from April, 2012

OPKIM 2012 - Day 4

Image
 Mamat ni memang seronok jer sepanjang masa, ramai yang dok melayan dia Masa dok salam salam ni dengan iringan muzik yang sangat sayu memang ayaq mata lah depa..hihihi Hari keempat ni lebih kepada majlis perpisahan dan penyampaian sijil. Semoga aktivi murni seperti ini mampu meninggalkan kesan mendalam di jiwa semua peserta. Majlis perpisahan dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi JKKK, wakil dari pihak kami dan di sudahi dengan majlis bersalaman bersama keluarga angkat serta penyapaian hamper untuk pihak JKKK. Akhir kata, selamat tinggal semua. Ada reseki dan panjang umur kita jumpa lagi.  

OPKIM 2012 - Day 3

Image
 Masjid tertua di Kedah Hari ni aktiviti bebas di sebelah pagi. Kami dibawa jalan jalan sekitar kampung. Kampung ini adalah kampung di mana bermulanya Kerajaan Melyu yang pertama. Memang banyak tinggalan sejarah di sini dan makan Sultan Melayu yang pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah juga berada di sini. Disini ialah museum arkeologi. Di sini di simpan segala penemuan Tamaduan Melayu yang Pertama di Asia Tenggara. Di sini juga terdapat Candi atau lebih dikenali sebagai Vandi Lembah Bujang. Tinggalan sejarah yang sangat berharga   Paling menakjubkan apapbila kami dibawa ke kawasan penemuan baru candi di Sungai Batu. Kajian arkeologi di sini dilakukan oleh pelajar pelajar Universiti Sains Malaysia. Candi ini telah dikenalpasti sekitar tahun 2007 dan sehingga kini kerja keja carigali masih diteruskan. Di maklumkan bahawa ada kemungkinan telah ada kilang besi di sini sejak zaman dahulu lagi dan berlakunya aktiviti perdaganan yang aktif. Candi ini dikatakan

OPKIM 2012 - Day 2

Image
Petang semalam semua peserta telah diserahkan kepada keluarga angkat masing masing. Hari ni aktiviti pertama diteruskan dengan motivasi di sekolah dan aktiviti gotong royong kampung. Peserta dibahagiakn kepada dua group. Jadi kak-M masuk group yang akan ke sekolah. Selepas minum pagi seramai 11 orang peserta berjalan kaki ke Sekolan Kebangsaan Batu Hampar. Merbok. Menarik juga aktiviti ini, kumpulan yang disasarkan adalah seramai 53 murid murid sekolah yang bakal menduduki UPSR. Murid murid di dedahkan ke[ada kesedaran betapa pentingnya ilmu dan pelajar untuk masa depan yang cemerlang. Yang menangis pun ada tau. Kak-M doakan agar semua anak anak kamung ni berjaya dengan cemerlang menjadi insan yang berguna dan kembali berjasa kepada ibu dan bapa. Disebelah petangnya pula peserta OPKIM melawat orang orang susah, OKU dan ibu tunggal untuk menyerahkan sedikit cenderahti hati berupa beras, milo dan gula. Dan Akhirnya semua berkumpul kembali di dewan untuk riadah bersam

OPKIM 2012 - Day 1

Image
Kali ni kak-M terpilih untuk bersama sama menyertai OPKIM, Operasi Khidmat Masyarakat. Kali ni OPKIM di adakan di Kampung Batu Hampar, Merbok, Kedah. Iskkk memang seronok sangat sebab dapat pulang ke negeri terchenta..heeee..Seramai 40 orang ahli terlibat kali ini dan kami ke sana dengan sebiji bas , sebiji van dan sebiji kereta. Kak-m naik kereta sendiri lah sebab bawa anak anak.  Alhamdulilah sepanjang 5 jam perjalanan ke sana semuanya berjalan lancar. Anak anak pun ok takder buat hal. Cuma mereka sedikitkeletihan dengan perlajanan yang jauh dan lama ni. Bertolak dari Shah Alam jam 10 pagi, mamat ni naik jer kereta terus kroooh krohhh. selamat....Kami singgah sebenat juga di Tapah untuk ke toilet dan eli minuman. Nuha nak makan waffer pula, jadi bereti sekejap di situ. Sekali lagi berenti ialah di hentian taiping untuk solat zohor sekali jamak asar. Cantik juga surau di tepian lebuhraya ni, bersih dan terjaga. Aman dan Damai..hehhehhehe Alhamdulillah selamat tiba

Nasi Ayam

Image
Sempat juga tengahari tadi ke Giant seksyen 13, tujuannya nak beli puting botol susu Ahmad Darwish. Dah teruk benar. Kak-M memang guna botol susu brand tupperware jadi dah kenal dengan tokey tupperware kat store dalam Giant tu. Alalng Alang dah sampai Giant terus jer lah lunch kat situ. Makan nasi ayam di restoran Chicken Rice Sho. Sekarang memang dah trend agaknya bagi diskaun untuk treat tertentu. Tadi ada 50% less for supplement meal. Pandai depa ni meniaga untuk tarik perhatian pelanggan.   I punyaaaaa!!!!..You Punya? Ntah ler.....Layannnn

Tosei Rawa

Image
Hari ni hantar kereta service. Almaklum bila nak jalan jauh baru teringat nak service. Alhamdulillah booking dapat awal pagi ni seawal 8.30 pagi. Pihak Honda memang sangat effisien. Memandangkan servis ni mengambil masa lebih kurang 2 jam, maka kak-M ajak SIL lepak beakfast dulu di Khulafa. Kali ni kak-M order Tosei Rawa. You all pernah tak makan tosei ni. Sama jer makan tosei biasa tu cuma Tosei Rawa ni jenis berempah dan pedas. ada potongan cili hidup didalamnya. Sedap dan rangup dihidang bersama dhal dan cakni (kuah kelapa)

Kajang

Image
Petang semalam lepas saja meeting program baru. kak-M dahn kawan terus pecut ke Kajang. Ini kes nak kejar masa lah.. Alang-alang pihak PBT dah stuju untuk ditemuduga, tanpa membuang masa terus jer kami ke sana.  Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Inilah kali pertama kak-M sampai Kajang. Kajang ni terkenal dengan Satay Kajang. hehehe pernah rasa tak Sate Kajang. Tapi sekarang ni tak payah pegi Kajang pun dapat makan satay Kajang kat tempang-tempat lain. Kalau Satay Kajang Hj Samuri tu memang merata-mearat pelusuk dah ada kedainya. Kami sampai sana lebih kurang jam 2.00 petang. Mula mula pening juga dok pusing pusing dalam pekan Kajang yang pertama kalinya sampai tu. Singgah dulu makan sebab dah lapar sangat. Makan Nasi campur dekan dekat dgn bangunan PBT tu juga. Memandangkan temujanji pukul 3.00 petang, sempat lagi kami singgah di surau PBT tu untuk Solat Zuhur dulu. Selesai jer solat terus bertemu dengan pihak PBT untuk di soal selidik. Alhamdulillah, semuanya berj

A Gift for Me....

Image
Thank you my darling hubby for the lovely present. Luv it so much. heeee. Sebenarnya hubby kak-M diberi cenderahati kerana menjadi panel penilai untuk satu majlis anugerah penyelidikan baru baru ini. Ada dua cenderahati dia dapat dah satu darinya ialah set mandian dari Body Shop. Bau lemon gitu. Jadi kak-M dengan muka tak malunya pun kata macam sesuai untuk mummy je ni hehehehe. Maka hubby pun dengan berbesar hati menghadiahkan set tersebut untuk mummy..heheheheh. I punyaaaaa!!!!..You Punya? Ntah ler.....Layannnn

Birthday Bash Zara Habri

Image
Hari Sabtu ni juga kami dijemput ke sebuah majlis sambutan hari lahir si comel Zara Habri di Cahaya Alam. Terima kasih tuan rumah tak lupa jemput kami. Hmm ramai juga tetamu. Majlis berlangsung jam 3 petang hingga 6 petang. Macam-macam menu ada, soto, roti jala serta kuih muih. Dan yang paling best, My little Ahmad Darwish menang cabutan bertuah..hahahha...hangin jer abang dan kakak bila adik dapat hadiah. 

Mee Kari

Image
Minggu ni hubby outstation lagi tapi cuma semalam jer sebab dia dijemput untuk jadi panel penilai bagi satu majlis anugerah industry. Hari Sabtu kak-M memang dah rancang nak masak mee kari. Lama juga rasanya tak masak mee kari ni.  Sebab memang dah rancang nak masak mee kari ni, maka siang siang lagi dah beli segala bahan mentah untuk ramuan mee kari Masak tak banyak pun, cukup lah untuk satu family makan. Macam biasa kak-M guna rempah kari ayam Babas. Pilihan lain mungkin Allagapas. Karinya memang wangi dan tidaklah terlalu pedas. Untuk ramuan mee kari ni kak-M tambahkan serai dimesin bersama bawang. Cara nak buatnya sama jer macam masak kari ayam tu. Lauk pauk kena banyak baru terasa umpph!. Kak-M letak udang, sotong dan ayam. Dok tercari gak kerang tapi tak der hari tu. Kalau nak lebih lagi boleh juga tambahkan fish cake atau fish ball. Mee kari ni enak dihidangkan bersama, sawi celur, taugeh, bawang goreng dan telur rebus. Kalau nak letakkan cili merah poon

Gulatis SIlk Store

Image
Sekarang ni sunyi jek kedai kedai kain, kak-M sempat singgah Gulatis SIlk STore yang baru jer buka si Seksyen 7 ni. Kedainya 5 tingkat. Mcam-macam ada. Kak-M memang teruja sangat dengan koleksi lyrea dan linen di sini.IShhh harus nak kena beli juga. Tapi kali ni kak-M tak der beli apa apa pun saja ronda-ronda jamu mata.heeeee. Kak-M pasti minggu depan kakitangan awam dapat gaji berganda ganda..mesti penuh segala kedai kain main ni..Orang dah mula hantar untuk buat baju raya. Anda bagaimana?

Ayam Penyek

Image
Masa mula mula kawan ajak pi makan nasi ayam penyek, gelak besar kak-M..Mau tak nya, kak-M dok terpikir lah apa pula cemana ler ayam tu dipenyek penyek. Rupanya memang dah popular pun menu ni. Di Seksyen 7 ni saja ada dua kedai  jual menu ni, Satu ialah Restoran franchaise Ayam Penyek dan satu lagi kedai ala indonesia, 'Wong Solo'. Siang tadi kak-M pi pekena ayam penyek di Wong Solo. Memang sedap cuma kak-M tak tertahan dengan pedas cili nya tu. Tapi tadi dia ada letakkan dalam bekas berasingan cili kicap yang macam kita letak dalam sup soto tu..aha! baru ngam. Pekena pula dengan soda gembira..owh gembiranya saya hari ini! Yang ini tajuknya Avocado Coklat..heee my friend yang order. Ni lah set ayam penyek, biasanya di hidangkan bersama, tempe goreng rangup, timun, terung berlado dan salad. Ayamnya digoreng rangup bersama serbuk serbuk ala serunding tu....Hmmm..Kalau tak tahan pedas, tok sah ler ko cuba cilinya itu....memang terbakor.

Pasar Malam lagi

Image
Asalnya tak nak pegi pasar malam minggu ni sebab pening memikirkan nak parking. Tapi dok pikir-pikir lagi, malas pulak aku nak masak masak petang ni. Maka pusing ler juga ke Pasar Malam Seksyen 7 tu. Nak dijadikan rezeki, elok jer aku pusing ke tepi kawasan pasar malam tu ada pula kereta nak keluar parking, apalagi, zassss aku terus masuk parking. Masa tu dah hujan renyai-renyai. Si Abang memang malas ler macam biasa memang tak nak dia ke sini. Pujuk punya pujuk baru dia cakap ok.  Maka berjalan ler kami berdua beranak dalam keramaian pasar malam tu, waktu tu dah hampr pukul 6 petang. Memang dah ramai ler rakyatnya. Mula-mula menghala ke bahagian basah basah, yang kononnya nak beli ikan, sotong dan udang bagai...sekali tak jadi beli . Haishshhhh apa lah ko kak-M weh...macam malas jer nak balik basuh basuh segala. Jadi jalan jer terus. Abang cakap nak makan jagung, okeh beli jer jagung rebus n bakar kat situ. Pastu nak makan nasi lemak pula..huu settle kerja mummy maka  menu ma

Volkswagen

Image
Dulu-dulu abah kak-M ada sebiji kereta macam ni...heheheh kitaorang panggil kereta kura-kura. Kereta ni banyak berjasa dok hangkuk amik kami adik beradik pergi dan balik sekolah. Masa tu kereta abah tak der aircond bagai tapi seronok naik sebab comel. Walaupun macam susah juga sebab nak dok belakang kena guna pintu depan juga, kami tetap berebut-rebut nak naik.  Zaman sekarang volkswagen didatangkan dengan pelbagai model. Huh! hebat, elegance semua ada. Ko pilih nak mana satu berkenan. Ni ha satu lagi namanya Volkswagen Polo Sedan . Hurmmmm, ko ado! Akak ni, bawa kancil jer diknun, dah tak mo naik kura-kura lagi. heeee  tengok ler betapa hebatnya kereta ni....! hehehehe

London ! Here i come!

Image
Huhu.mana weh nak cari pulus pi London, masa dolu dolu buleh ler sponsor yang bayarkan. Sekarang jenuh makcik nak kumpul doit nak ke London. Heheheh..Apa ke hal pula mokcik nak pi London, aiiii! Udah Olimpik tahun ini kan di London..ha moh ler kite ke sana!. Heeee, amacam mau ka? Kalau mau jom layan SINI

Natasha Hudson

Image
Suatu ketika dulu kak-M ada terbaca di Wall FB ramai yang kutuk-kutuk cara Natsha Hudson bertudung yang kononnya tidak tahu hukum menutup aurat. Begitu ler lumrah alam, tak pernah senang akan kejayaan orang lain. Pada kak-M itu adalah permulaan yang baik untuk beliau. Biarpun cara pemakaian tudung tidak mengikut cara yang betul sekurangnya telah datang kesedaran di hatinya untuk menutup aurat, sama-sama kita doakan suatu hari Natasha akan tampil sebagai wanita Islam sejati. Hari ni kak-M baca di Kosmo, Natsha Hudson telah selamat dijabkabulkan bersama pasangan pilihan hatinya. Didoakan Natasha bahagia dan bertambah amal ibadahnya. Cantiknya dia, manis dan manja. Be a part of London 2012 Olympics Games.