Posts

Showing posts from January, 2014

Ikan Termenung namanya

Image

Pack sendiri lebih cepat!

Image
Petang Jumaat selalu juga kak M bawa anak ke Tesco atau Giant cari barang dapur yang kehabisan. Anak anak balik sekolah terus ikut kak M kesana. Lebih kurang kam 5.30 petang kami akan start shopping. Satu perkara lagi dorang memang suka ke sini sebab boleh makan atau minum sempel sempel makanan yang disediakan do booth tertwntu dlm hypermark ni. Kak M kalau sekali shopping memang penuh trolly lah juga. Macam macam kak M beli. Selalunya bil akan cecah RM200 lah. Huhu...tali ini stok untuk 3 minggu okay..kira ok lah kan. Siap yang kering dan yang basah akak beli sesiap. Jadi sebelum ke hypermart ni kak M biasanya akan buat senarai barang yang nak dibeli dulu. Supaya tak tertinggam dan kena datang semula. Tapi hari ni memang ramai pula yang datang ke sini. Sangat ramai. Ini menyebabkan kami terpaksa beratur panjang. Kekadang kak M memang hangin juga. Sebab bila orang dah ramai macam ni tolong ler bukan kan lebih kaunter pembayaran.  Satu hal lagi pekerja ka

Pernah tak shops groceries online? Jom cuba.

Image
Woohoo! Now we can shop online for groceries in Klang Valley, Penang & JB thanks to #TescoOnline! http://my.sharings.cc/p/6mPWQ

Kangkung lagi.

Image
Lenggang lenggang kangkung kangkung tepi telaga rakyat Malaysia sangat beruntung  kangkung sudah turun harga Kak M rasa isu kangkung ni masih lagi panas. Kak M kat sini hari ini bukanlah nak cakap sangat kes kangkung turun harga ni. Turun atau tidak tidaklah memberi kesan dalam kehidupan kak M ni sebab kak M memang tak makan kangkung sangat. Disebalik kecohnya cerita kangkung ni.. kak M nak bagitau kangkung bukan sekadar sayuran yang hidup menyubur di tepian parit. Jauh dari itu kangkung juga membawa maksud lain. Pernah tak korang dengar kangkung yang disabitkan dengan perjawatan. Sebagai contoh Profesor kangkung? Menteri Kangkung? Boss Kangkung dan seumpamanya. Apa simboliknya mereka digelar sebagai kangkung? Kalian tahu? Cuba lihat sendiri sifat kangkung seadanya. "Pucuknya angkuh memanjat bukit, tak sedar akar terendam di parit" Jelas? Maka sebelum kita sibuk memperlekehkan seseorang. Jangan dilupa asal usul kita. Biar berpijak dibumi yang nyata.

Jom ubah cara hidup kita

Image
Ambil perhatian..ini bukan iklan Tupperware tau. ha..habis tu apa motif gambar ni? Ha....nak tau. Sebenarnya kak M sedang menyahut saranan kerajaan  untuk ubah cara hidup seiiringan dengan kenaikan harga barang. Jadi hari hari kak M akan membawa bekal ke pejabat. Memang sangat menjimatkan. Bukan jer biasanya anak anak yang berbekal ke sekolah tapi ibu bapa juga. Alahai menu yang senang senang jer. Kalau tak untuk makan tengahari kita bawa bekal untuk sarapan kita.  Dan hari ni kak M bawa roti cheese telur untuk sarapan kak M. Biasa ya kalau di office kak M akan amakn bihum goreng ayam atau nasi lemak dan kopi yang menelan belaja sekurang kurangnya RM5. Tapi kini dengan  membawa roti telur dan cheese ni serta air kosng bertapis belanjanya cuma RM2 sahaja. Memang ada penjimatan disitu. Tak tau nak bawa apa. Eh! Senang jer jom kak M senaraikan menu menarik untuk bekal sarapan kita. 1. Roti telur cheese 2. Roti jam n butter 3. Roti kaya 4. Bihun goren

Paksu Steamboat Seksyen 13

Image
Lama juga tak layan makan kat luar. Hari ni hubby ajak lekena steambkat pula. Jadi lepas jer solat maghrib kami bersiap untuk dinner di seksyen 13 ,Restoran Paksu Steamboat. Restoran ni milim sedara kak M kat Kedah nun. Depa anak beranak danjadinorang sini sampaikan dah berjaya buka sebuah restoran besar. Boleh tahan juga lah menu kat sini. Menu secara buffet dengan harga RM29 seoarang dewasa dan RM15 untuk kanak kanak. Pada kak M memang sangat berpaptutan untuk.mereka yang memang enjoy makan sebabnya memang akan berpuas hati. Restoran ni dibuka pada jam 5 petang sehingga 11 mam. Masa kami sampai tadi dalam lebih kurang jam 8 malan orang tak ramai la sangat, tapi masa nak balim tu lebih kuranf jam 9 malam memang dah takder kosi nak duduk. Khabarnya memang setiap.malam macam tu. Ramai jer orang sepanjang masa tidak kira hari biasa atau hujung minggu. Jadi sesapa berkelapangan boleh cuba makan di sini. Seoronok dan sihat!

crunchy pretzel

Image
Sangat sedap..anykne?

Darjah Satu

Image
Sedar tak sedar anak mommy ni dah 7 tahun. Hari ni hari pertama Nuha masuk sekolah darjah satu. mommy dan Daddy amik cuti uruskan hari pertama Nuha ke sekolah baru. Nuha masuk kelas Imtiyaz. Nampak gaya Nuha dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah ini. Dalam satu kelas ada 27 murid. Sedang elok ler kiranya, tak ramai sangat seorang guru nak kelolakan kelas ni. Mommy dan Daddy sentiasa doakan Nuha berjaya dunia dan akhirat. memang ada perhimpunan pagi ni kat sekolah tapi bukan perhimpunan guling guling tau...haha.. Nampak macam mak bapa yang lebih exited masuk darjah satu kan?.hehe

Macam cantik jer! Macam comel jer! Macam syiok jer!

Image
Hadiah tahun baru akak tau..saya suka, saya suka, saya suka (ala ala mei mei upin ipin tu)