Posts

Showing posts from March, 2011

Pisang

Image
Dok kat bandar ni pun terasa macam dok kat kampung hanya kerana pokok-pokok pisang kat laman rumah kak M ni. Hah! jangan tak caya dah banyak kali berbuah, tapi sekali pun tak pernah merasa. Yang pertama, dah potong setandan tu letak kat porch, selamat di makan dek tupai, heeeee, yang kedua tak sempat potong pokok patah terus di tiup dek ribut. Kali ni harap-harap menjadi, nampak macam berat juga, ada beberapa sikat. Lepas ni tuan besar nak clear semua nak buh tile semua laman depan... Sayang pula pokok tu nak dibuang..Tak perlah lah. Apa-apa pun meh sini baca khasiat pisang dipetik dari http://sehatzblog.blogspot.com 1. Pisang merupakan sumber kebaikan potassium, kerana 100 gram pisang mengandung 400 gram potassium. Potassium adalah nutrisi yang  membantu menurunkan tekanan darah, memberi tenaga, membantu pertumbuhan otot dan mencegah terjadinya kram otot. 2. Asid amino-molekul pembentuk protein dikandung pisang. Ianya diperlukan oleh tubuh, kerana tubuh tak mampu menghasilka

Bahana Fitnah

Pernah kena fitnah? Pernah tak memfitnah orang lain? Atau pernah bersubahat dengan orang-orang yang membuat fitnah ini. Memang besar dosanya memfitnah. Bagaimana pula terjadinya fitnah ini. Atas dasar dengki, cemburu, tudak puas hati atau dendam. Dan ketahuilah mereka yang membuat fitnah ini adalah termasuk di dalam golongan orang-orang yang fasiq yakni mereka yang dibenci Allah taala. Bagaimana pula dengan orang yang difitnah itu. Sesungguh dia akan menangung malu atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya, maruah tercemar dan besar kemungkinan dipulaukan dari rakan dan orang kampung., menerima penghinaan serta tohmahan. Sangat tidak adil! Ya! Memang besar penangannya. Maka jahuilah fitnah serta menjadi subahah dalam kerja-kerja memfitnah ini. Perbuatan memfitnah adalah perbuatan mengadu damba yang mudah menyebabkan pergaduhan dan persengketaan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Di dalam Islam setiap tuduhan yang dibuat harus melalui 4 orang saksi. Apabila fitnah t

Seni Fotografi

Image
Assalammualaikum semua rakan blog. Apa khabar kalian? Moga sihat sihat semuanya. lama Kak-M tak update . Biasalah kekangan masa. Tapi hari ni Kak-M nak cerita tentang seni fotografi. Kak-M bukanlah pakar dalam seni ni tapi minat tu tetap ada. Memang lama dah ada keinginan nak ada sebiji DLSR tapi memandangkan reganya yang ribu raban tu makan kak-M pendamkan dulu. Kak-M percaya ramai rakan blogger diluar sana nun memang bijak dalam seni ni, dari amatur sampailah professional. Dari sebiji camera cap ayam tu sampailah boleh jadi kaya raya hanya dengan seni fotograpi ni sahaja. Salah satunya yang kak-M kenal ni En. Saiful Nang tu..owh memang kak-M kagum dengan seni fotografinya, hasilnya kejanya ternyata cukup professional setanding dengan rega yang dia tawarkan...hehehe memang tak mampu nak bayar wei.!... Adik kak-M juga seorang fotografer sampingan, NUSANTARIAN dari jadi wedding fotografi hinggalah jadi fotograher kanak-kanak, business dan sebagainya. baru baru ni dia pi amik gambar l

Salah Tanggapan Tentang Diet

 Lagi lagi tentang diet, hahaha apa nak buat ni jer tajuk yang terpikir dek otak kak-M. Ramai antara kita sebenarnya telah terpedaya oleh muslihat tipu helah pelbagai agensi, orang perseorang dan iklan tentang teknik dan cara diet yang betul. Kerana terlalu obses untuk menurunkan badan maka mereka terus mengikuti program yang dianjurkan. Disini kak-M senaraikan beberapa maklumat sohih dari pakar diet untuk rujukan rakan bloger. 1.  Jangan makan nasi atau benda berkarbohidrat kerana ia hanya menambahkan berat badan anda dan mengumpulkan lemak pada badan anda. - Ianya sangatlah tidak benar. setiap kita perlukan karbohidrat kerana sumber inilah yang akan memberikan kita tenaga untuk menjalankan kerja harian. 2. Sauna dapat menurunkan berat badan. Berat badan anda turun selepas bersauna ialah kerana anda telah banyak kehilangan air dari badan. Yang hilang hanya air bukan lemak. Hati hati. kurang air di dalam badan akan mendatangkan kesan lain pula. Yang ini sama juga konep dengan program

Perhiasan Wanita

Assalammualaikum, Terdetik hati kak-M untuk berkongsi makluman ini bersama rakan blog semua. Ini adalah sedutan dari slot Tanya Ustazah bersama Dato Dr. Mashitah di TV9. Wanita adalah diharuskan untuk berhias setiap waktu walau di mana pun mereka berada. Sentiasa salam keadaan cantik, kemas dan bersih. Beberapa persoalan telahpun terjawab melalui slot selama sejam ini. Antaranya: 1. Sejauh mana wanita itu harus berhias? Berhiaslah secara bersederhana jangan sehingga menimbulkan ketidakselesaan pihak yang lain. Bersederhana itu adalah dituntut Islam. Maknanya jangan over la. Berhias mengikut umur, masa ketika dan majlis yang kita hadiri. Kalau pi ziarah kematian tak perlulah pakai pakaian merah menyala lip lap lip lap. Macam tu la ... 2. Apa pula hukumnya memakai tudung jenis bersanggul tinggi tu. Haram ka? Kena laknat ka? Yang ni dah banyak kali dibicarakan dalam banyak slot. Tak salah pun jika ia memenuhi kehedak menutup aurat. Hadis yang selalu dikaitkan dengan isu ini hanyalah di

TAKABUR

Terkedu sebentar kak-M mendengar pengakuan Datuk Malek Nor (juara bina badan Malaysia tu) menerima hidayah dari Allah untuk satu perubahan dalam dirinya. Segmen Hidayah pagi tadi mengutarakan sifat TAKABUR. Seharusnya Takabur ini boleh membinasakan kita secara diam-diam. Tiga perkara yang menjadikan seseorang itu takabur adalah 1. Hati kotor Hati kotor sentiasa mengundang prasangka buruk. Maka carilah cara untuk membersihkan hati kita. Antaranya sentiasa berzikir tasbih kepada Allah. Bersahabat dengan orang-orang baik yang sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan. 2. Jahil ilmu  Mereka yang jahil ilmu ini sebenarnya merasakan diri mereka itu benar belaka. Sedangkan mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan itu salah. Mereka merasakan ilmu mereka adalah tinggi dari yang lain.  Maka tuntutlah ilmu selama boleh dan jangan pula kita terlalu bermegah-megah dengan ilmu yang dimiliki. 3.Mempersendakan orang lain Memuja diri sendiri dan mempersendakan orang lain, Merasakan dirinya adalah

Nuffnang

Image
Semenjak dua menjak dok rajin blog hopping ni, banyak blog yang kak-M terjah dok kecoh pasal nuffnang ni. Ini adalah blog yang kak-M kenal pasti memang menjana pendapatan utama melalui blog kot. Rata-rata mereka marah, runsing dan macam2 bebel sebab tak dapat BE or ME or income la kot dari nuffnang. Rentetan dari itu keluar plak cerita kena lah terus bekerja keras untuk terus menyakinkan nuffnang untuk bagi depa BE. Konsepnya di sini Nuffnang akan terus meletakkan iklan pada blog-blog yang aktif atau dikunjungi ramai pelawat. Tapi jika pelawat yang sehingga 200 orang dalam masa satu jam datang tapi sorang pun tak klik pada iklan, cemana pula income akan di jana, boleh ka kata lagu tu? heeee, kak-M pun tak pandai juga. Bukti nyata yang kak-M alami, dah dua kali ni, kak-M pernah tak buka blog more than 3 days, entry toksah kata lah, tak update langsung, apa yang berlaku setiap kali macam tu bila kak-M semak bergerak pulak BE tu...walaupun statistik hanya menjukkan cuma 19 orang sahaja

Adab bertandang

Selama empat hari kak-M di medical centre menjaga anak yang tak sihat tu, boleh dikatakan sepanjang masa dok melangut TV dari berita, dokumentari, kartun dan segala bagai cerita kak-M tengok, yer la nak buat apa lagi pun kan. Sesuatu untuk dikongsi bersama ialah slot motivasi bersama suami ustazah nor bahyah tu bertajuk Adab bertandang dan kunjung mengunjung. Secara amnya dalam Islam kita seharusnya meraikan tetamu dan meraikan tetamu akan mendapat pahala. Sebagai tuan rumah kita wajib meraikan tetamu yang berkunjung ke rumah kita dengan menjamu makan makanan yang enak2, mengenalkan mereka kepada ahli keluarga serta menyediakan tempat tidur yang selesa sebaiknya. Jika mereka memilih untuk bermalam pertamanya tunjukkan arah kiblat sebaiknya hamparkan terus sejadah untuknya, tunjukkan bilik tidurnya dan dimana bilik airnya. Sebagai tetamu pula ada beberapa perkara yang perlu kita ingat dan amalkan jika bertandang ke rumah orang 1. Hanya 3 kali mengetuk pintu dan 3 kali sahaja memberi s

Broncolitis

Image
Assalammualaikum, Punyalah lama kak-M tak update blog ni,. Almaklum dok hospital 4 hari jaga anak. Alhamdulillah dah sihat dan balik rumah cuma kena continue ubat sampai hilang batuk dia tu. Anak kak-M ni kena bronchiotis, iaitu radang paru-paru. penyakit ni kalau dibiarkan lama akan jadi pnemonia pula. Sian dia baru 7 bulan dah kuar masuk hospital. Darwish ni doktor kata mungkin ada alahan dan paru paru dia tak kuat. Kami dari keluarga yang tak der asthmatic jadi dr tak treat dia sebagai asthmatic la, kalau tak kena mula amik inhaller pula. Satu lagi sebab doktor kata sebab nursery environment juga, cycle penyakit tu membuatkankan dia berulang dapat batuk, elok jer nak baik member lain kena batuk so kena balik kat dia. Kalau kat rumah ni kak-M memang panggil cleaner dtg cuci calat every 2 week to make sure sentiasa bebas habuk debu. Tapi tu lah, kita merancang yang berkuasa menentukannya. Semoga Darwish akan bertambah sihat dan kuat. Abang Danish memang suka saja masuk ward ni, dok

iPhone-4

Image
iPhone4 ni memang menjadi kegilaan ramai sampaikan ada yang meletakkan ia sebagai 'wish-list' untuk tahun ni, ada juga yang mengidamnya sebagai hadiah harijadi, ada juga yang mengharapkan boss bagi rewards untuk pekerja, dan ada yang terpaksa berkerja keras kumpul duit semata-mata untuk mendapatkannya. Anda bagaimana?. Kenapa iPhone4 ni terlalu menjadi idaman kebanyakan orang. Tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa mahukan mereka pada peringkat usia emas tetap menyatakan ia adalah suatu gadjet yang lengkap sempurna. Anda bagaimana? Memandangkan kebolehannya yang pelbagai, tidak hanya bertindak sebagai telefon mudah alih atau hanya keperluan menerima panggilan, membuat panggilan atau SMS dan MMS, iPhone4 mampu bertindak lebih dari itu dan harganya juga sepastinya BUKAN dari kategori mampu milik. Tapi sekarang semua orang boleh milik (macam iklan AirAsia plak - semua orang boleh terbang) , bagaimana? iDigi ada buat promosi hebat, sign-up dengan harga yang cukup murah, kalian

Otak Sihat Pemikiran Pintar

Image
Tajuk kali ni kak-M petik daripada Harian Metro ruangan Hati. Ianya adalah berkenaan keperluan nutrien untuk kanak-kanak. Memandagkan kak-M adalah ibu kepada 3 anak comel, maka kak-M tersangatlah prihatin kehadap pemakanan mereka. Memang kak-M selalu tanya doktor-doktor pakar tentang pemakanan budak2 ni. Terutamanya anak kak-M yang sulung tu memang ada masalah dengan pemakanan ni. Jenuh jerit gempita bagai nak ajak dia makan. dah tu ada jenis-jenis makanan jer yang dia pilih. Maka secara amnya dia tidak mendapat nutrien yang secukupnya untuk kanak-kanak membesar. Kak-M pernah tanya doktor pakar tentang susu formula untuk anak-anak. Memang ada perbezaannya antara susu formula itu. Kalian tentu perasan bahawa susu formula sekarang ada kandungan, DHA, Gangliosida dan sebagainya. Kandungan benda tu sebenarnya membawa kesan yang mendalam dalam tumbesaran dan perkembangan otak anak-anak. Secara amnya kanak-kanak memerlukan zat besi, zink, asid folik dan DHA. Asid folic secara amnya boleh d

Origami

Image
Kak-M terpanggil untuk menulis tentang Origami ni bila melihat anak lelaki kak-M yang sangat Obses dengan seni Origami ni. Bermula dengan lipatan kertas yang membentuk seekor katak dari seorang kawan di sekolahnya, Amierul mula bertanyakankan Daddy macam mana nak buat benda ni, bentda tu dan sebagainya. Maka kami pun bawalah dia ke MPH untuk mencari buku origami ni.  Secara amnya origami ni adalah seni lipatan dalam bahasa jepun. Macam-macam bentuk benda boleh di buat melalui seni origami ni. Nak buat origami ni pun dengan menggunakan kertas-kertas tertentu kerana kertas-kerta ini akan menghasilkan bentuk yang menarik dengan cara yang mudah. Antara jenis kertas yang biaa digunakan ialah Kami, Origamido, awshi dan sebagainya. Sudah tentulah ianya berasal dari Jepun dan namanya pun bunyi jepun Jepun gitu. dan Jepun memang terkenal dengan penghasilan kertas yang berbagai jenis dan berkualiti.  Sekarang ni balik sekolah jer dah tak layan lagi citer kartun segala tu. Lega mummy boleh ten