Posts

Showing posts from September, 2014

Kek Marble

Image
Wah! Sungguh produktif hujung minggu kak M kali ni. Hari ni anak dara minta nak makan kek coklat. Aiiii sungguh ler malas nak keluar pi beli barang barang kek ni. Godek godek kat dapur..huhu..barang barang semua cukup cuma nak tukar buat kek marble. Hehe, nuha cakap boleh aje. Jadi kita teruskan dengan kek marble. Kek ni senang sangat nak buat. Guna barang barang asas aje. Untuk resepi jom kak M share kat sini . Kek Marble bahan bahan: 250gm butter 5 biji telur 210gm gula castor 230gm tepung gandum 1 sudu besar ovelet 80ml susu segar 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh serbuk penaik 2 sudu besar serbuk coklat cara-cara membuatnya: pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan dan ovelett. Pukul lagi dan masukkan telur ayam satu persatu sehingga adunan kembang. kemudian masukkan tepung serta serbuk penaik sedikit demi sedikit sehingga habis semuanya. Alihkan suku bahagian adunan ke dalam bekas lain serta masukkan serb

Masakan Ibu juga yang terbaik

Image
Nak masak apa hari ni oii!. Haha... hari hari dok kena pikir nak masak apa kan kan kan.... lagi lagi iku yg bekerja sibuk tahap dewa ni. Balik jer kerja hah termonung jap dok mikir nak masak mende...hihi. Kesibukan bukanlah alasan untuk melarikan diri dr tugasan hakiki sebagai suri rumah. Lagi-lagi bila masanya kita menguruskan pakai dan makan minum ahli keluarga.  Malam tadi anakanda sulung kak M minta nak makan udang. Jarang seki dia nak minta makan udang. Biasanya dia hanya minta nasi goreng merah atau ayam masak merah. alhamdulillah memang rezeki dia dapat makan udang. Balik dari office Kak M terus ke dapur buka peti ais. Owh  lega masih ada baki Udang Galah yang adik ipar balik dari Sungar Besar. Maka hari ni terciptalah Sambal Tumis Udang Galah. memang sangat menyelerakan kalau kena dengan nasi panas. Huh..sental jap mak makan. Dah alhamdulillah anakanda akak kata sedapnya mommy masak. tiada apa yang lebih membahagiakan bila dapat memenuhi permintaan oran

Jom Order Pes Nasi Arab Sekarang untuk Juadah Aidil Adha

Image
Ramai dah yang call Kak M dari semalam lagi, semuanya nak order Pes Nasi Arab Istimewa ini. Kalau yang jauh jauh tu kak M minta maaf ler bebanayak sebab kak M tak dapat nak deliver. Itu ler kekangan kak M buat masa ni. Tapi yang sekitar Shah Alam di Seksyen 2, 3, 4, 5, 6, 7,  8, 9, dan 10, insya Allah kak M boleh usahakan untuk hantar ke rumah.  Harganya masih kekal sama  1kilo = RM30 1/2kilo = RM17 Pes Nasi Arab ini didatangkan bersama beras juga yer Kepada yang berminat boleh wasaap atau sms kak M di 019-2721076 Bagi yang di luar kawasan kak-M boleh pos kan dengan sedikit tambahan yuran pos. Jom cepat sebelum kehabisan stok!

15 September 2014 - Birthday Bash Amierul Danish

Image
Happy Birthday to you Happy Birthday to you Happy Birthday to Amierul Danish Happy Birthday to you Daddy kata kek tu sedondon dengan baju Abang...hehe Anakanda sulung mommy dah 11 tahun. Alhamdulillah dia dikurniakan kesihatan yang baik. Mommy sentiasa doakan anak-anak semua sihat dan menjadi insan yang berguna, taat kepada ibu bapa dan sentiasa mendoakan ibu bapa. Semoga anak anak mommy berjaya dalam hidup. Aameen

conjunctivitis

Image
Al kisah anak kecik mak ni kena sakit mata plak. Ujian Allah hanya untuk mereka yang mampu menanggungnya. Kesia  anakanda mak ni. bangun tidur dia cakap mata dia merah dan gatal. Bila tengok dah bertaik mata maka confirm lah memang kena conjuctivitis. Petang semalam mak memang buzyyyy tahap gaban (kata orang muda lah). Bapaknya outstation ke Seremban jadi mak kena uruskan macam macam kat sini. Pepagi buta dah hantar Abang ke tempat tusyen di Sek13. Oii jauh juga tu. Pastu mak balik kena siapkan tempahan kek Red Velvet kawan mak nak makan kul 2 petang. Kek dah siap cuma nak letak cream ajer. Dah siap buat kek mak simpan dalam peti ais dulu. Pastu mak siap pegi ambil Abang dari pusat tusyen. Pastu bebudak ni lapar singgah pulak Khulafa makan maggie goreng memasing. Kenyang sudah dan balik rumah. Mak ambil kek untuk hantar ke rumah kawan. Ok alhamdulillah kawan pon ada dirumah menunggu setia RVC dia nih.. hehe dan dia tapaukan mak nasi lemak untuk seisi keluarga makan. Hah bukan

Shell want to make you a smart driver. How?

Image
Anybody interested? Lets joined iy by clicking SHELL FuelSave Challenge

Letter for the future

Image
For those interested can click below Letter for the Future

Its Pizza time

Image
Memang lama betul tak bawa anak-anak makan kat luar. Minggu lepas depa tanya "Mommy dah dapat gaji ke belum" haha, macam tu lah anak-anak kakM, faham benar akan tanggungan ibu bapa depa. Tapi untuk makan-makan ni, Mommy sentiasa ada duit untuk anak-anak. Jadi depa ajak makan kat Pizza Hutt sebab memang dah lama sangat tak makan disitu. Katanya nak makan Mushroom Soup dan Garlic Bread. Memang itu pun kegemaran depa kalau ke sini.   Kalau dulu kak_m tak suka sangat ke Pizza Hutt ni sebab service dia yang sangat lembap. Memang sakit hati campur banyak dosa dok kutuk-kutuk pekerja dan restoran ni..hahah. tapi kali ni memang improved a lot. Kak M bag 4 star!   Masuk jer pintu restoran terus kami di alu alukan dengan ucapan selamat datang dan kami dibawa ke meja kosong. Kemudia terus ambil order. dalam masa 20 minit makanan pun sampai. Betapa cekap dan terbaik kali ini. dan bila nak tambah order kami terus di layan. Selain dari Mus

By Sarah Nuha

Image
Art by Sarah Nuha entitled 'Aidil Fitri Keluarga ku' What do you think?

Old school gathering

Image
  Ini cerita Sabtu lepas, kak M mendapat jemputan majlis Aqiqah anak ketiga seorang junior di Putrajaya Pecint 11. Asalnya kami merancang untuk tidak datang disebabkan ada beberapa kenduri lagi di sekitar kediaman kami. Memandangkan mereka adalah kenalan rapat maka kami datang jugalah. Majlis bermula jam 2 petang hingga 5 petang. Kak M sekeluarga tiba di lebih kurang jam 3 petang. Alhamdulillah seronok tengok junior yang memang lama tak jumpa dalam keadaan sihat. pastinya akan melalui masa berpantang selepas ini. Paling menyeronokkan apabila kami dapat berjumpa semula geng geng rumah sewa semala belajar di USM Penang dulu. Wowwww! Almost everybody turned up. Betapa kenangan silam suka duka ketika belajar dan tinggal di rumah sewa bersama adik adik junior ini terkenang kembali. depa ni memang sempoi habis. kami sama-sama gotong royong kemas rumah, masak dan makan sama-sama. Iskkk! terasa macam nak back semua ke rumah sewa tu.Heeee Macam-macam cerita diungkit k

Izzue dan Yana memang owesome!

Image
memang mendebarkan! suspend ! Mencurigakan ! kelakar? You olls kena tengok sampai habis klip ni...memang owesome...jom click sini Yana and Izzue  

Jeruk lada yang comel

Image
Ingat lagi tak kak M ada kongsi resepi buat jeruk lada. Hah....memang kan dapat setabung jeruk lada tuh. Banyak bebenor kan.  Jadi kak M dah jadikannya seperti gini..ha..boleh ler buat bagi kawan kawan. Hah molek dok? Nampak presentable. Alaaa sesaja bebagi kawan kawan kita. Hee macam org bagi masa kenduri kawin tuh...yg ini rezeki ler sesapa datang dapat le bawa balik sorang sebekas. Yang penting jeruk ni memang tahan lama. Nak masuk peti ais pun takper, tak nak masuk pon tak per. Kak M cuma letakkan atas meja makan aje. Kot terajin goreng koewteow atau buat mee hailam ker petang ni..hah boleh ler makan dengan jeruk lada ni. Just an idea. Kak M ni kekadang datang lah mood over rajin kan jadi macam macam lah aku bega.. barang barang yang diguna pun barang biasa aje. Botol tu kan selalu pi orang kawin dorang bagi isi candy or kacang dalam tu. Then kertas merah kotak2 tu ialah tisu kak M beli di Daiso dan reben tu juga beli di Daiso. Bekas pon ada 4 botol a

Handbag kena toreh..hati hati you olls!

Image
Ini cerita semalam..kak M masih down dengan incident ini. Apapun kak M bersyukur sangat sebab semuanya selamat. petang semalam selepas balik dari rumah mertua kami singgah di Setia Cuty Mall utk cari beberapa keperluan. Tujuan utama ialah nak ke Daiso. Jadi turin ajer dr kereta terus kami ke lower ground ke Daiso. Lama juga lah mencari cari barang dalam Daiso tu. Tahu je lah bebudak riang ni , depa pon sama naik beli barang. Segala mak nenek stiker buku notes semua dihangkutnya. memang agak ramai juga orang dalam Daiso tu. Dah siap beli kak M pun beratur utk membayar di kaunter. Semuanya ialah RM75 saja. Jadi Kak M keluarkan purse dari hanbag dan bayarlah pada cashier di kaunter tu. kemudia kak M bawa Nuha ke Urban Fresh sebab kak M ada nak cari barang dapur sikitm tak lama dalam tu. Lebih kurang dalam 15 mini macam tu. Dah hangkut barang sekali lagi beratur di Kaunter. Kak M kuarkan purse dan bayar.  Dah penat jalan, anak anak mula merengek nak makan jadi kami ke