Posey Flower / Bunga Batu

Awal pagi lagi kak-M dihubungi oleh seorang wanita dari Terengganu. Bertanyakan kalau kalau kak-M ada jual bunga batu atau posey flower yang sekuntum sekuntum. Owh! Tidak sama sekali. Mungkin ada yang beranggapan kak-M menjalankan bisness jualan posey flower ini. Heeee, takpa, kalau tak tanya tak tahukan. Kisah posey flower ni dah lama dulu berlalu. Semua posey flower tu kak-M kumpul semasa kak-M menetap di UK dulu. Memang sangattttttttt banyak.

Bila dah balik Malaysia ni, da punggah segala barang-barang baru lah terperasan yang punya banyak bunga batu ni aku beli rupanya. Dah memang tak muat dah lemari nak display. Aisehhh tu la ko membeli tak hengat kan. Jadi akak panggil sedara mara, adik beradik datang pilih ler mana yang korang berkenan.



Banyak juga yang luak. Yang tak luak tu kak-M lelong dalam blog. Dan memang licin lah. Mana taknya kalau bunga batu itu dijual pada harga  hanya RM2.50 huhu, memang tersangat murah.

Sebelum ni pun ada juga orang telefon dari Terengganu juga namanya Kak-Na, ha tanya nak beli bunga batu ni. Maaf ler kak, habes dah. 

Mungkin suatu hari nanti bilamasa kak-M kemas-kemas semula rumah, tergerak ke hati nak melelong bunga batu ni, kak-M akan buat annoucement. Jadi kena selalu ler jengok-jengok blog ni yer.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick