Posts

Showing posts from January, 2012

Kalau Sudah Rezeki

Image
Alhamdulillah, petang semalam untuk kali kedua kak-M dijemput lagi sebagai penerima Insentif Jurnal Berimpak Tinggi. Untuk kali ini paper yang mendapat tempat adalah dari Journal Energy and Building, keluaran Elsevier. Paper ini ini bertajuk "The effect of Indoor Environmental Quality on Occupants Perception on Performance: A Case Study of Refurbished Historic Buildings in Malaysia" Terima kasih Ya Allah dia atas segala pemberianmu ini. Hamba bersyukur Ya Allah. Ada lagi saki baki limau mandirin di SINI , jom!

Lost wonder of the world

Image
  Ianya hanya sebuah karya, unik kan..... Valley of Love

Ia kini milikku....

Image
Krisis ruang kerja untuk staff di tempat kerja kak-M memang tak pernah berkesudahan dan kak-M percaya ianya akan terus begitu sampai bila-bila. Apapun yang berlaku kak-M tetap bersyukur setidaknya kak-M diberikan ruang untuk mencari rezeki disini walaupun terpaksa menumpang selama hampir empat tahun. Berkat kesabaran itu kak-M kini berhak keatasnya. Alhamdulillah penantian itu telah berakhir. Pejabat yang kak-M huni sekarang telah layak dimiliki. Kalau dulu pejabat itu adalah milik seorang sabahat yang bercuti belajar. Sekembalinya dari cuti kak-M pun dah bersedia untuk perpindahan. Menunggu kata putus dari pihak pengurusan punyalah lama dan akhirnya penghuni lama bersetuju untuk ke pejabat lain kerana merpertimbangkan barang-barang kak-M pundah banyak di siti. Terima kasih sahabat kerana sangat memahami. Sebenarnya kak-M memang dah sangat serasi di situ. berdekatan dengan bilik air senang nak berwuduk. Senang nak parking kereta dan senang nak flex attendance hari-hari.  Keadaan yang

Rahsia 3 in 1

Image
Pasti ramai antara kita yang gemarkan minuman 3 in 1 inikan, selain dari rasanya yang enak, pekat dan lazat, sachet ini senang di simpan, disediakan dan dibawa kemana sahaja. Mungkin itulah penyebab utama kenapa ramai yang memilih untuk menyukainya berbanding dengan perlu menyediakan kopi, susu, dan gula sevara berasingan. Baru-baru ini kak-M terbaca sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Welll kak -M juga adalah peminat 3 in 1 ini juga. Maka artikel ini memang terpalit untuk diri sendiri juga lah. Rupanya tinggi kalori minuman ini, patutlah ahkak tak kuruih-kuruih juga...Jadi mulai sekarang kenalah megurangkan pengambilan minuman jenis ini (amik sikit tak per..hehehhe)..Seeloknya banyakkan minum air kosong jer sebyak 8 gelas sehari.

Gangguan Benda Halus

Minggu lepas kak-M lunch dengan kawan sepejabat, jarang-jarang jumpa dia dalam masa beberapa minggu ni, rupanya dia tak sihat, katanya kena gangguan.Sekarang dah kembali normal selepas berubat dengan Rawatan Alternatif Perubatan Islam di Gombak bersama ustaz Lokman. Alhamdulillah kak-M tumpang bersyukur di atas kesihatannya yang bertambah baik. Katanya, itulah lumrah alam, kita tak tau kalau kawan kita tu ada hasad dengki sampai memudaratkan kita sekeluarga. Katanya ini kes bisness. Beliau menceritakan beliau demam yang lama setelah berjumpa doktor dan makan ubat serta antibiotik masih tidak sembuh. Ujian darah menujjukkan tiada apa yang salah. Sampai suatu peringkat tidak dapat berkata-kata ketika mengimamkan solat. Beliau dikaburi tidak nampak surau tempat beliau seharian menimarahkannya. Apa yang difikir tidak sama dengan apa yang dituturnya.Wallahualam. Kak-M berdoa agar kami sekeluarga dilindungi Allah dari kejadian seperti ini. Dari pembacaan kak-M antara petanda-petanda gangguan

MU kalah

Image
Ini kak-M amik gambar yang paling sesuai lah dengan topik di atas.... sapa yg sokong MU jangan pula ayaq mata na..takpa len kali cuba lagi..

Malaysia Airline System Flashmob

Tak larat nak karang, klip video ni menceritakan segalanya. Saksikan. Memang best! Flashmob MAS

Fitnah Durjana

Image
Salam siaran di pagi Selasa. Masih lagi dibuai cuti. Nama jer cuti tapi tetap dengan tugasan yang tak siap dan terpaksa di bawa pulang untuk disiapkan dirumah. Sampai hari ni, masih tetap banyak. Apapun kak-M tetap nak coretkan sedikit titipan buat teman-teman blogger diluar sana. Hari ini cerita tentang FITNAH. Pernah tak tuan puan di fitnah. Musibah fitnah ini memang sangat berat dan implikasinya juga berat apatah lagi hukumnya dan ba;asannya. Maka jauhilah fitnah. Bagaimana pula fitnah itu boleh terjadi? Dalam masyarakat kita ni fitnah ni dah jadi mainan segelintir pihak. Seolah-olah tiad apa yang perlu di salahkan. Bahananya orang yang difitnah menerima tamparan yang begitu hebat. Makcik Senah terlangtar sakit selama lebih 5 hari, hanya terbaring jer. Anak beranak mula mencari penawar akan kesakitanya ibunya lalu bertemu seorang bomoh kampung yang disegani akan kebolehannya mengubati pesakit. Lalu bomoh itu mengatakan ianya adalah buatan orang. Ada seseorang yang dengki akan kes

Berleter

Image
Pok pek pok pek....arghhhhh! bising la wei....!!!!!..Hmmmm, pernah tak terlibat dengan kes bising macam ni. Berleter, 'mumbling', 'nagging' dan yang seangkatan dengannya adalah satu perbuatan yang lahir dari perasaan tak puas hati, betul tak? Apakah korang dari kalangan yang suka berleter....hah jangan tipu ya....sampai anak pun boleh declare, mam ni asik pok pek pok pek jer..sikit-sikit pok pek pok pek..huhu. Well kak-M bukanlah dalam kategori yang di atas yer tuan tuan dan puan puan..hehhehe, masa kecik kecik dulu mak kak-M dah pesan, jangan dok biasakan mulut tu berleter, bising esok esok kawin laki pun meluat hari-hari dok dengar berleter. Sampai la pun kak-M ingat pesan mak. Dan alhamdulillah kak-M dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang bebas dari leteran.     Ada juga orang kata yang membebel ni adalah sangat normal. Ada juga yang kata orang perempuan lebih kuat membebel berbanding dengan lelaki. Jadi apa kata korang? Lelaki atau perempuan yang lebih kuat

Selamat Tahun Baru Cina

Image
Jangan ada yang salah faham yer. CNY ni bukanlah hari raya masyarakat Cina, ianya cuma Perayaan Tahun Baru bagi Masyarakat Cina, iaitu sama dengan Awal Muharam yang di sambut oleh umat Islam. Tahun ni adalah Tahun Naga Air katanya. Jadi anak-anak yang bakal lahir pada tahun ini dikategorikan oleh masyaraka Cina sebagai berani dan berkemampuan tinggi. Yang tak meraikan CNY pula meraikan cuti panjang mereka..heee, you olls pegi mana cuti panjang ni. Kak-M balik Klang, dah lama tak balik bermalam kat Klang. Bonda mertua pun demam jadi kami berhari keluarga di Klang sahaja. Jadi tak ada episod masak memasak untuk cuti kali ini. Selamat bercuti semua. Meh tengok sini, ada cerita dari Volswagen. Klik je SINI

Tudung

Image
Woot Wooootttt!, Lama rasanya tak bersiaran, Lappy ni pun dah macam nak kong!, kehulu-hilir diusung. Anak-anak kak-M dah pandai pegang lappy, kejap kat atas kejap kat bawah, sampai suatu ketika kak-M ni dah hilang dicuri orang, rupanya adik ipar bawa ke office dia..hahah punyalah laku. Weekend  kali ni bersantaian di rumah saja, pagi-pagi bangun anak-anak cakap daddy pegi pasar mummy, wah!mimpi apa laki aku ni pegi pasar di pagi Ahad. Segera kak-M call dia suruh beli ayam sekor potong 12. Rupanya dia ke pasar karat Shah Alam..ahhahah terkono eden..Tak po lah...apapun my daring hubby bawa balik juga sekor ayam dikerat 12 pada pukul 12.30 tgh, kak-M basuh dan simpan dalam fridge je. Kak-M pula seharian ni dok mengemas tudung,, haishh bila dikemas-kemas barulah sedar betapa banyaknya tudung kak-M. Empat tahun dulu masa kak-M mula masuk kerja, masa tu tengah popular gila tudung bawal. Kak-M sendiri dikenali sebagai Ratu Bawal..kah kah kah, dari tudung bawal Dato -K sampailah tudung bawal

Bingka Roti Kukus Pandan

Image
Masih panas lagi rupanya kes Tragedi Berdarah UPSI..haishhhh, risaunya kak-M dengan cerita belia-belia negara yang semakin berani menegakkan kebenaran, menuntut hak dan sebagainya. Kalau dulu main ikut jer, satu kata kau maka satu lah ia, dua kata kau maka dua lah ia..Tapi sekarang jangan main-main, mereka mampu bangkit jika apa yang diberikan tidak seindah rupa. Dalam keriuhan tragedi ini kak-M tidaklah berpihak mana-mana pun. Sedikit kagum dengan keberanian mereka kerana pada kak-M, Belia-belia ini adalah harapan negara dan mungkin akan juga menjadi pemimpin negara, maka sifat keberanian yang ada pada diri mereka itu harus dipuji. Tapi bila sampai dah jadi tragedi berdarah , ini sudah kacau, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa pihak polis di persalahkan sedangkan mereka khuatir akan berlaku sesuatu yang tidak enak di akhir perhimpunan itu lalu mengarahkan agar bersurai. Apakah dengan membiarkan dan menyaksikan perhimpunan itu sehingga tamat oleh menjamin keselamatan awam umumn