Posts

Showing posts from July, 2015

Selamat hari raya kawan-kawan

Image
Alhamdulillah, kita dah masul syawal ke 10. dan kak M terus sibuk dengan beberapa tempahan kek. Masya Allah, sunguh terasa terharu dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh kawan-kawan. You olls memang owesome. Tapiiii ada juga yang kak M tak dapat buatkan kek mereka, mohon berbanyak-banyak kemaafan ya. Memang dah tak cukup masa. InsyaAllah next time ada keluangan masa kak M akan buatkan ya. Kek terikini yang Kak M buat ialah Red velvet cake. macam biasa memang semua kawan-kawan yang makan kek ni mesti terasa nak lagi. Sedap kata depa. Kak M letak Cream Cheese yang menjadikan kek ini sangat special. Minggu ni ada 2 biji kek red Velvet yang kak buat. satu tempahan dari kawan dan satu untuk kak M bawa ke pejabat sebab ada mesyuarat jadi boleh la makan sama-sama dengan kawan-kawan. Kali ni besar juga kek ni dalam 2kg gitu tapikan memang habis. Tak sangka juga orang tua pun suka makan kek...hehehe ingatkan budak budak aje. Dan depa tertanya-tanya kot-kot ada samb

Pelbagai informasi untuk persiapan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfirti hanya di portal setempat ni. Jom layari sekarang!

Image
Pelbagai informasi untuk persiapan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfirti hanya di portal setempat ni. Jom layari sekarang! Hanya CLIK di SINI http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/aT1ZB

Coupon MPH

Image
Anak anak Kak M memang suka sangat kalau dapat ke MPH atau POPULAR. Depa la ni suka dok baca koleksi Geranimo tu..dah memang banyak depa kumpulkan buku tu. sama je dua-dua beradik ni. Dan buku tu sangat mahal, yang Hard cover tu rega dia RM49 okay. heee..  Tapi katanya daddy bagi Coupon MPH RM100...waaaa, kalau gitu mommy pun nak tumpang sekaki. hehe. Dan semalam kami pun meronda lah di SACC mall ke MPH. ok ler juga sebab tak ramai sangat orang. Al maklum akak ni memang kuraeng ler sikit dengan keramaian. biar lah sale bagai nak rak, tapi nak berebut rebut dalam keramaian, maaf zahir batin yer dek non. Dah sampai sini, budak-budak ni lepas bebas melilau cari buku-buku depa. ya Daddy cakap boleh habis kan RM100 tu, kalau lebi nanti Daddy tambah duit lagi..yahoooo bertempiaran lari cari buku depa. Ahmad pun sama nak juga beli buku dia. Hah, capai dik jangan tak capai. Susah juga nak dapatkan buku yang sesuai untuk Ahmad. Sebab dia masih tak pandai membaca. masih

Jalan-jalan IKEA

Image
  Hari ni raya ke empat. kami masih cuti. Tergerak hati ajak abang ke IKEA. memang lama sangat kak M tak melangut di IKEA. Memang ada barang yang kak M nak cari dan beli. Teragak-agak juga mulanya nak pergi sebab takut orang sangat ramai. Tapi bila dipikir mana ada waktu yang orang tak ramai..hahaha so gamble aje le ke sana. Tapi memang ramai teramai. Jenuh juga nak cari parking. Memula isi perut dulu. anak anak memang sangat kelaparan. makan di The Curve, dekat kedai Chicken Rice Shop. Senang kat situ semua anak anak boleh makan menu dia.   Kak M memang suka jalan-jalan IKEA ni cari IDEA hiasan dalaman. Kami ni dalam proses yang renovate rumah. dapur belakang yang extend tu nak pecah kan semua dan nak naikkan dua tignkat . Kiranya tingkat atas bilik tidor tu nak dibesarkan juga. Hai ...banyak kerja juga. jadi memang menggila dok tengok dengan dapur kat sini. Sungguh le menarik Barang- banrag lain sebenarnya kat area d

There’s something about dates this time of year

Image
Happy Hari Raya to our muslim fans. Stay snarky everyone! There’s something about dates this time of year… What would Date’s comeback be? Remember to include  ‪#‎ whatsyourcomeback‬  &  ‪#‎ bakdatang‬ to participate in the comments below and win MBO tickets! Just Clicl Here http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/aRJZV

Menu pagi raya

Image
Lain negeri lain menunya. Kalau di kedah dulu kalau raya memang kena ada ketupat palas di makan bersama gulai daging dan serunding.. Perghhhh memang meletops....owh ku merinduimu ketupat palas. Kat Shah Alam ni ketupat palas sebiji ialah RM1..hahah mencekik darah kan..semalam jumpa orang jual RM1.50..huh belum tentu sedap. kak M beli juga yang RM1 tu 5 biji buat makan buka puasa tapi memang keciwa...tak sedap..lembik..hai..nasib le kan .. Kalau di Selangor ni menunya macam biasa Rendang ayam atau daging atau udang. Kuah kacang dan sayur lodeh yang di makan bersama ketupat nasi. Huh legend.. anak-anak akak pun suka. tapi jangan ko melantak jer... lepas-lepas puasa ni,,, bukannya apa takut perut tu terkejut nanti kang mencirit semuanya...huhu. Kak M macam biasa dah dok Selangor ni kira ikut menu orang Selangor lah yer.. nanti buat menu Kedah,, akak sorang je makan..hahaha.. malam raya dah akak mula merendang, esok pagi baru letak santan. Tak nak ler nanti pepagi aku kelam ka

Pra Lebaran

Image
Salam sayang buat semua blogger di luar sana. Kita dah di akhir Ramadhan. Sedih dan sayu rasanya bila Ramadhan bakal pergi. Semoga kita dapat bertemu di Ramadhan tahun hadapan Dah hujung Ramadhan ni banyak lah kerja-kerja kita buat sebagai persediaan nak sambut lebaran. Begitu lah kak M di sini. Tak menang tangan dibuatnya. Dari semalam lagi ke hulu ke hilir mencari keperluan untuk hari lebaran. Anak-anak pun mula bising minta itu ini, kasut raya lah, kopiah raya lah..hah macam-macam. dari PKNS, ke SACC Mall dan akhirnya ke Jaya Jusco Bukit Raja. Tu dia hai, penat tok sah cakap lah. Tapi nak memenuhi kehendak anak yang setahun sekali je dia minta ni, ku relakan jua..hihihi. Dannnnn Bisness Pes Yemeni Mendhi kak M tetap berjalan lancar. Hingga ke hari terakhir ni ada lagi customer call.. mujur ler ada lebih dik..biasanya dan licin stok kak M tinggal 2 bungkus je untuk Kak M makan anak beranak ni. Haah..katanya lepas Zohor nanti nak datang ambil pes tu. Dia dah whassup kak M sub

Kek Prune dan Kek Buah Kukus

Image
Walapupun sibuk dengantugas hakiki di pejabat. alhamdulillah lega rasanya bila dapat siapkan tempahan kek. Tahun ni adalah sikit rezeki bila kawan-kawan mula tempah kek untuk juadah hari raya dan untuk di bawa sebagai buah tangan pulang ke kampung. Kek terakhir ni milik En Badrul. Baru kejap tadi dia datang ambil untuk di bawa ke Kelantan. En Badul nak sabiji kek Prune dan sebiji Kek Buah Kukus. Dan Kak M syukur sangat bila kek kali ini kak M buat menjadi sangat. Alhamdulillah dan doa kak M semoga semua kawan-kawan yang beli kek dari Kak M berpuas hati. InsyaAllah Selepas raya pun ada lagi tempahan. Ini buat mereka yang tak sempat dapat sebelum raya. Maaf lah banyak banayk sebab kalian order tersangat lewat dan kak M perlukan masa untuk buat kek ni dan bahan-bahan pun tak cukup. Insya Allah selepas raya kak M akan buatkan untuk kalian.  Ok lah Kak M nak mula kupas bawang siap siap ni. nanti malam raya boleh mesin dan tumis terus untuk rendang dan kuah kacang. S

Yemeni Mendi, Pes Nasi Arab Nombor 1 Ramadhan ini

Image
Alhamdulillah, sejak awal Ramadhan lagi, memang tak menang tangan. Banyak sungguh permintaan Pes Nasi Arab dari Arabian Kitchen ini. sedar tak sedar kak M dah terjual lebih daripada 100 pek sejak Ramadhan tahun ni. Siapa yang taknak, pes yang senang di masak sedap dimakan ni hanya memerlukan masa lebih kurang 20 minit sahaja untuk dihidangkan. dari Perak, ke Terengganu, ke Melaka, Cheras, Bangi, di Shah Alam tok sah kira lah , hampir setiap hari ada aje panggilan nak beli pes ni. Memang best sebab tiada GST dikenakan. GST tokey bayar. heheh jadi harganya tetap sama RM17 untuk 1/2 kg RM30 untuk 1 kg  kalau nak minta kak M pos pun boleh saja .Kak M akan guna Kotak Prabayar dan insyaAllah akan sampai keesokkan harinya. Boleh refer pada harga di bawah yer. kalau nak beli pes ni boleh terus hubungi kak M di 019-2721076 kalau kak M tak jawab tu maknanya Kaka M sedang meeting. Kalian boleh sms atau whassup kak M ok jangan tunggu lama-lama. Pes