Posts

Showing posts from February, 2012

Family Outing

Image
Hari Ahad semalam, semua dah terkelepek keletihan mengemas selesai kenduri tu. Jadi Daddy cakap tak yah ler lagi nak masak masak bagai. Jom kita pi makan kat luar. Lagi pun daddy ada hutang degan Nuha. Jadi kali ni family outing ke  Empire Subang. Bonda mertua pun ikut sama dan anak buah kesayangan Syabil yang memanf selalu hujung minggu bermalam dengan we all. Selesai beli hadiah kami lunch di Serai. hmm okey juga, kak M makan char koew teow, bonda mertua makan meehun tomyam dan danish makan nasi lemak. Syabil dan Nuha makan fries dan daddy cuma makan desert jer. Kak-M suka sangat dengan pavlova di sini memang enak, sempat makan sesudu jer, yang lain budak budak ni berebut-rebut habis licin. Hmm sambil nunggu makana sampai masing-masing dok ujilari their new toy..ahahahah. Nuha dapat laptop tu, " A Barbie Laptop'..Memang bertuah ler ko anak. Umur 5 Tahun dah ada laptop. Laptop ni lebih baik pada kak -M sebab sebelum ni dia minta set dapur masak masak tu. Jadi laptop ni lebi

Birthday Gift

Image
sambungan dari entry birthday bash lepas, kali ni kak-M nak kisah hadiah yang Nuha terima for this 5th years old birthday. WHat a coincident, dia dapat beg yang almost the same cuma beza saiz ajer termasuklah hadiah beg dari mummy.hahahah. Apapun Nuha memang suka sebab Nuha ni memang suka melaram, pegi sekolah pun tukar tukar beg.. Ish esok besar tatau ler cemana gayanya. Tak ketinggalan Nuha juga dapat hari books and colour from maklong, terima kasih banyak banyak maklong, malam tu juga Nuha dah buat latihan dalam buku tu. Dan hadiah yang sangat besar dari Dr Zul , kawan mummy tu, set mainan rumah rumah..hmm dah siap susun dalam display cabinet pun. Ada juga teddy bear and dolly doll.. semuanya memang dia suka sangat. dan hadiah dari abang danish pula ialah mainan puzzle. Yang paling best Nany bagi huba rantai dan gelang emas..owhhh mummy pun tak der tu semua anak oii, bertuahnya hang. Terima kasih banyak banyak kepada semua yang hadir ke kenduri hari lahir nuha bersama hadiah hadiah

Birthday Bash 'SARAH NUHA'

Image
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba jua, bebeerapa hari sebelum tu kak-M memang ke hulu hilir menguruskan macam-macam untuk kenduri hari lahir Nuha yang kelima ini. Memang kak-M dah rancang nak masak soto, dan nak sediakan rojak buah juga. Memang sangat meletihkan. Tapi mengenangkan ini buat anak tersayang maka kugagahi jua..heee. Ok. 25 Feb 2011 pagi-pagi lagi kak-M dah bangun nak merenih sup untuk soto, nasinya telah kuhimpitkan dari malam lagi heee. semua keperluan bawang goreng, kacang goreng, rencah sayur memang dah sediakan awal-awal supaya pagi tu tak kalut. Maklumlah kami ni takder pembantu rumah jadi semuanya kena bikin sendiri okeh. Rumah memang dari malam lagi kak-M dah gotong royong dengan anak-anak mop, sapu buang sawang bagai. Wah! belum lagi kes anak bertunang ke anak kawin ni..hahahha. Okey Jam 11.00 kak-M bawa Nuha amik kek dan singgah beli ais ketui  kat 7-eleven.  Panggilan untuk family kaum kerabat ialah bermula pada jam 12 tengahari, agak mengecewakan juga

Tahniah Buat Yusri dan Lisa

Image
Akhirnya mereka bersatu jua setelah desas desus perkahwinan ni lebih kepada penafian. Apapun kak-M ucapkan tahniah kepada kedua-dua pengantin. Hmm memang sama cantik sama padan. Moga mereka bahagian dalam keidupan sebagai suami isteri dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kak-M tak dapat jemputan pun iyalah siapalah kita kan..jadi credit tu fotographer beautifulnara yang sudi share foto-foto di malam pernikahan mereka.  

Harap-Harap Kerajaan Setuju ler dengan syor baru ni.

Image
Hari ni rata-rata orang dok bercerita tentang cadangan baru cuepac berkenaan SPBA tu. Eloklah dah cukup ka 3 bulan PM bagi untuk depa semak semula skim baru ni. Jika benar apa yang disyorkan, Kak-M setuju sangatlah. Nampaknya dah adil saksama. kenaikan dari RM800 hingga ke RM2500. Memang wajar sangat dengan kehidupan sekarang yang semuanya harga naik belaka. Dari makanan, sekolah anak, kesihatan, minyak kereta dan segala-galanya.   sumber: BUSUK.ORG Tuntutan kenaikan gaji antara RM700-RM2500 dari Gred 1 hingga Gred 54. Antara cadangan: Gred 1 – Gred 16 kenaikan gaji sebanyak RM700.00 Gred 17 – Gred 26 kenaikan gaji sebanyak RM1000.00 Gred 27 – Gred 40 kenaikan gaji sebanyak RM1500.00 Gred 41 – Gred 48 kenaikan gaji sebanyak RM1800.00 Gred 52 – Gred 54 kenaikan gaji sebanyak RM2500.00 nak tau lanjut boleh baca di Blog Indah.COM

23 Febuari 2012

Image
Inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam. tau pasai pa... 'GAJI' .errkk bukan gergaji kayu tu..tapi pendapatan bulanan hah dah masuk hari ni, patutla kak-M nampak panjang benor orang beratur kat mesin ATM tu, baik kat office ni atau di stesen-stesen minyak. Mana taknya January lepas kan gaji masuk awal sebab perayaan tahun baru cina, belum sampai hujung Febuari ni memang sesak napas ler kebanyakan orang. Jadi hari ni memang ramai dah serbu ATM tu hahahah.. Gambar dari sumber BERITA SEMASA Kak-M pasti hujung minggu ni sure TESCO, GIANT dan mall semua ramai orang. Berjimat cermat amalan mulia. Membazir itu amalan syaitan...Selamat menguruskan kewangan anda untuk bulan depan.

Tingginya nilai sekeping resit

Image
Tegahari tadi kak-M dah kawan agak tergesa-gesa keluar lunch, almaklum nak mengejar masa, nak cepat keluar dan nak cepat balik semula.. Haishhhh risau benor denganr kerja-kerja yang menimbun dalam office. Memandangkan kereta member yang paling dekat, we decide naik kereta dia jer lah. Kami berdua jer pun sebab lelain pegi mendengar ceramah tok det hari ni. Dah keluar lebih kurang 200 meter baru teringat alamak kena send cake n goodies to nuha's taska. Okeh pusing semua. Kawan kak-M cakap tak per dia u-turn jer. dah ambil goodies bag kita orang pegi lah makan dulu sebab dah tak tertahan lapar. Then singgah kedai kek nak collect cake untuk send to taska. Sekali terperasan resitnya dalam kereta kak-M.. okeh gamble jer..cakap lah kat pekerja bangladesh dalam tu kata resit tak bawa. Apa dia jawab..'kakak, kena ada itu resit la, nanti saya kena hantar report saya kena bayar lagi RM300 kalau itu resit tak da..aiyooo RM300 untuk sekeping resit. Kak-M hangin ler juga sebab kat kedai ke

Happy Birthday Nuha

Image
Selamat hari Lahir yang-5 buat anakanda Sarah Nuha. Setiap hari Nuha tanya bila nak beli kek, bila kek nak siap. hmm ok harinya telah pun tiba, Kali ini sambutan di buat disekolah Nuha. Nuha dilahirkan pada 22 Febuari 2007 di Greater Manchester Hospital, United Kingdom melalui pembedahan section. Waktu ni lah mummy mengalami kompilasi yang sangat kritikal selepas melahirkan Nuha. Alahamdulilah semuanya kembali stabil selepas 24 jam di wad HDU. Nuha dilahirkan cukup sifat, sihat dengan berat 2.8kg, Antara anak mummy yang paling besar ketika  dilahirkan (heee). Tahun ni Nuha request nak buat Birthday kenduri di taska dan di rumah juga. Tengahari tadi mummy dah send cake and goodies bag. Hope you happy celebrating your birthday with friends.. Sorry yer mmumy tak dapat join, banyak kerja...

Friso

Image
  sapa nak boleh request, free sample, kalau sedap boleh beli yang tin besaq punya..heeee

Huggies

Image
Salam satu Malaysia kepada Bloggers yang singgah blog akak ni, Hari ni kak-M perasan Huggies ada promote sesuatu. You all kena visit SINI , untuk maklumat lanjut. Selama ada anak seramai 3 orang ni, kak-M masih setia dengan Drypers Cuma Abang Danish jer yang guna Pampers masa kat UK dulu. Kak-M tak pernah lagi mencuba brand Huggies ni. Sebab harganya juga kot. Well, sesapa yang ada menggunakan huggies for their baby should join this.

Bawal Hitam Masam Manis

Image
Ikan bawal hitam ini mengingatkan pada peristiwa 9 tahun yang lalu. Masa tu kak-M baru je kawin ( baru perasab dan nak masuk 10 tahun kawin). Kak-M masa tu tinggal kat rumah mertua sementara menunggu tarikh berangkat ke United Kingdom untuk sambung belajar bersama suami. Dah duduk rumah mertua kenalah pandai-pandai bawa diri kan. Suatu hari kak-M masak ikan bawal Masam Manis. Masa tu tak ingat dah guna resepi mana mungkin juga main campak-campak. Bila masa makan, kak-M tengok Mak Mertua tak makan pun masakan kak-M tu. Kak-M pun tanya, "Mama tak suka ker atau tak lalu makan masakan saya ini?'...dah mak mertua jawab 'Mama tak makan Bawal Hitam' . Owh! Tahu lah kak-M rupanya dia memang tak makan ikan ini tapi kawal bawal putih makan pula. Macam sama jer cuma warna yang berbeza. Apapun itu cerita lama buat teladan, len kali ingat kalau mak mertua dtg rumah kak-M elakkan ikan bawal hitam ini.. heee Semalam, ada jemputan majlis hari lahir dari jiran sebelah rumah maka kak-

Janganlah Engkau Marah

Image
Suka marah? Kenapa nak marah? Kalau tak marah tak boleh ker? Hmmm macam-macam soalan ni, mana satu nak jawab, semuanya berkenaan marah. Pernahkah you all berhadapan dengan orang yang dalam kemarahan. Owh! kalau kak-M masa dolu-dolu memang hari-hari dok dengar orang yang sorang ni marah. Hhuishh berdengung dah telinga ni. Kita yang kena marah ni memang sakit dada la, yang mendengar orang kena marah pun turut menerima kesannya apatah lagi orang yang sedang marah tu. Selepas bertukar jabatan, memang dah lama tak dengar orang marah-marah..heee. apaun secara dasarnya perlukan marah? (Hmm burung pun boleh marah tau) Marah bakal meningkatkan hormon adrenalin. Ianya di kesan dari perasaan gementar yang menyebabkan ketidakteraturan degupan jantung. Samalah macam kalau kita naik kereta kabel contohnya. Pasti tuan-tuan terasa debaran jantung setiap kali gondola itu dihayun angin kuat, atau sama seperti ketika menaiki roller coaster. Teras macam jantung dah tertinggal kat belakang macam roller c

Abby Abadi ke Mekah

Image
Gembira juga bila mendengar pekhabaran kak Abby kita nak ke Mekah menunaikan umrah. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, niat nya itu tercapai. Kak-M ni pula bila lagi yer? heee. Memang ada niat cuma fulusnya sahaja belum cukup. Moga kak Abby beroleh ketenanagan di sana. InsyaAllah Kak-M memang suka lihat artis-artis cantik kia bertudung. Hmmm bertambah cantik mereka.

Toucho Ikan Selar

Image
Sebab ada ayam merah maka ikan goreng tak laku lagi. Abang Danish tiga kali bertambah nasi dek penagan si ayam merah. Habis apa Kak-M nak buat dengan si ikan goreng ini. Teringat kak-M dengan sebungkus toucho tersesat dalam simpana fridge kak-M tu. Ini kes masa dok cuci kemas fridge bulan lepas. Hmm baca sana baca sini tersanggut pada blog Dapur Tanpa Sempadan , macam-macam jenis masakan toucho dok ada, pilih saja mana mau. Tudia, garaing trang tang tang ikan goreng ni, hmm sebab tujuan asalnya nak makan dengan nasi, anak dan suami memang suka ikan garing macam ni, ala-ala kunyah keropok gitu. Kalau ikutkan resepi asal, ikan ini tidaklah digoreng terlalu garing. Inilah first time kak-M masak toucho okeh. Asalnya kak-M tak gemarkan toucho ni sebab baunya tu. Dan kalau tak kena gaya masakan akan jadi masin. Nasihat mak mertua toucho to basuhkan sikit agar bila dimasak tak terlalu masin.Hmmm mari cuba dan resepinya you all boleh semak di Dapur Tanpa Sempadan. Memang kak-M ikut jer ap

Dakwah Islamiah

Malam tadi lewat juga kak-M tidor. Sambil-sambil membaca warkah agama, menambahkan ilmu di dada, sambil tu jua kak-M melayan FB. Nampaknya masih lagi wujud berleluasa forwarded message like chain reaction tu. Hadoi sakit dada baca. Apapun niat untuk berdakwah itu baik cuma sebelum forward atau share with di other buatlah selidik terlebih dulu. Bukannya apa, dikuatiri kita turut menyebarkan risalah yang salah yang pada awalnya kita sangka ianya adalah kebaikan untuk dikongsi bersama. Lagi-lagi lah kalau dakwah agama yang melibatkan hadis.  Kak-M percaya hadis tu bukanlah semudah logik akal fikiran untuk ditafsirkan, kena baca sampai habis dan fahamkan maksudnya. Kena juga baca syarah hadis untuk memahamkannya. Bukan sekadar amit keratan sikit dan tafsir serta sebarkan. Jika tafsiran itu salah, pembaca lain pula percaya lantas mengamalkankanya sampai matilah sebab tak rasa nak taubat pun...dia percaya apa yg dia buat tu betul...hah cemana kan..Hati-hati lah dalam berdakwah. Contoh yang

2 Days Conference AT KLCC Convention Centre

Image
Today is the second day of the conference. No many people are coming for today's event. I reach KLCC at 10.00am staright away having tea and some light refreshment..hahaha...punyalah baguih, datang lambat sekali orang dan rehat minum... Anyway, today's talk is very interesting, all about simulation and i'm very much impress with the design of Wonderland Hotel in Songjiang , China..Have you guys been there. A 27 level of building underground, amazing!

Wedding of Year

Image
Tak sabaq sungguh nak letak juga entry ni, memandangkan esok is another day to attend conference, I'm very much sure that I dont have much time to update this blog. Jadi usaha juga letak di pagi buta ini. Kami sekeluarga mengucapkan tahniah kepada Adi Mardzriwan Hussein Shah dan Zuraida Aziz yang baru sahaja diijabkabul sebagai suami isteri petang tadi. Maaf bebanyak sebab tak dapat datang majlis pernikahan kerana bekerja waktu tu, tapi majlis pada waktu malam memang kami sampai. Adi ini ialah sepupu kak-M, anak kepada Maklang kak-M iaitu adik kepada abah kak-M, tudia,,hampa paham ka? heee macam ayat pi ramli gitu. Lepas maghrib je kami bertolak ketempat majlis di Felda Villa, Jalan Semarak tu.  Sangat hebat la majlis kawin depa ni. Teruja anak beranak dok menengok pencak silat, tarian zapin bagai..hadoii Danish dah tanya bila boleh makan ni dok asik menari jer..hahah, iyalah sebab mummy cakap malam ni mummy tak masak, kita makan kat tempat orang kawin. Akhirnya jam 9.45 baru bu

Garlic Bread

Image
Nampaknya inilah saja dinner kak-M dah tak lalu nak makan apa-apa, dua hari dah akak cerry berry..haiyan...letih benor rasanya, tak taulah mana silapnya..semuanya dugaan Allah agar terus bersabar. Anak-anak pun memang suka sangat Garlic Bread ni. Kata Nuha hmm sedapnya mummy macam maka roti pizza hut tu la..heeee iyalah makan lah kalau dah suka. Cuma kak-M tak terbuat mushroom soup yang lebih enak dinikmati bersama garlic bread ni.