Posts

Showing posts from August, 2015

SUP AYAM

Image
Apa lagi makanan yang budak budak suka kalau bukan sup. Petang semalam kak M masak sup ayam untuk anak. Biasanya sup ayam ni memang anak-anak makan sampai habis...sup tu je dihirupnya macam minum kopi. Kali ni kak M buat sup yang sangat simple tapi tetap menarik. Macam biasa juga tetap kak M tumis bawang putih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang sampai le naik bau kemudian masukkan ayam yang dah dipotong kecil2. biar kecil nanti senang anak anak nak makan. Kemudian tuangkan air kedalam kuali tersebut. Akak masukkan juga kentang dan carrot..Yeah! all in one tak perlu lagi masak sayuran lain kan..kira mantap dah ada khasiat sayuran dalam sup ayam ni. masukkan juga seketul kiub ayam  untuk rasa yang lebih enak...rasakan garam dan gulanya. Biarkan mendidih dan siap dihidang Nak lagi berselera anak-anak makan, pastikan iadihidang bersama nasi yang baru masak dan panas-panas. fuhhh memang anak-anak makan takpa rasa bersalah, tambah lagi dan lagi dan lagi.

Kari Kepala Ikan

Image
Kak M dan famili memang suka menu kari ni. segala jenis kari memang habis ler kalau dihidangkan. Kari ikan, kari ayam, kari daing, kari telur atau kari udang dan sotong, semuanya memang laku. Harini pepagi buto kak M masak kari kepala Ikan... haha ikan apa? Ikan Salmon dek non... Kelmarin ke Pasaraya Giant jumpa kepala ikan salmon, maka akak beli lah sebab memang dah rancang nak masak kari kepala ikan. haha..tu ida.. sorry yer..kepala ikan sudah yellekkk... Akak tak der resepi yang special untuk kari kepala ikan ikan. Resepi akak biasa-biasa macam masak kari kari lain juga. Cuma utk kari kepala ikan ni akak letakkan tomato aje..hehe kasi dia ada rasa masam-masam manis toamto gitu. Rempah kari ni kalau tak babas akak guna rempah kari allagapa. Repah lain tak ngan gitu. Tapi ada satu lagi rempah ni member dari penang bagi.Memang sedap wehhh..ntah nasi kandaq punya rempah kot. Memang kaw rasa dia. tapi rempah free biasa lah dua tiga kali masak habis le. Makan kari

New Price Released!.....From Arabian Kitchen

Image
Assalammualaikum. Entri ni istimewa buat semua peminat Nasi Arab Mendhi dari Arabian Kitchen dan kepada semua pelanggan-pelanggan setia kak M yang tak pernah jemu untuk contact kak M nak beli pes nasi arab ni. Kak M sekadar ingin menyampai kan berita bahawa Pes nasi arab Mendhi ni akan naik harga. Tarikh tetap belum dapat dipastikan lagi. Harga baru adalah seperti berikut 1kg = RM32 1/2 kg = RM18 kepada penggan kak M tersayang, kak M masih lagi menjual pes ini dengan harga lama yer...cepat order sekarang sebelum harga baru dilaksanakan. macam biasaboleh aje contact kak M di 019 2721076

Kegilaan Apakah ini..Sungai Buloh?

Image
Huh, apa yang ada di Sungai Buloh? Apa lagi kalau bukan deretan tapak semai menjual pokok-pokok bunga. hah...ya ampun.....Kak M dan pokok memang tak dapat dipisahkan. Petang semalam Kak M hantar Nuha ke rumah kawan di Sunway Kayangan. its gegirl time. Tak perlah asalkan dia happy, dok rumah pun macam tak der kawan. So jam 11.30am Nuha ke rumah Jasmine. Kak M nak ambil Danish dari tuisyen pun masih awal sebab tuisyen habis jam 1.15 tengahari. Jadi akak bawa lah ahmad lajak ke Sungai Buloh..yes! itu memang sudah dirancang sebenarnya..heheh. Big Boss outstation so it my own time...my time. Dari Sunway Kayangan tu, perjalanan ke Sungai Buloh tidak lah begitu jauh dalam 20 minit insyaAllah sampai, dan trafik kat situ pun ok, tak sibuk. Sampai je kedai pertama, hu hu nangis akak nengok poko-pokok bunga. Masa tu memang rambang mata macam nak hang kut semua. But tujuan asal akak nak cari pasu cantik cantik nak gantikan dengan pasu di rumah yang pecah. Tapi sangat kecewa se

Lets ZUMBA

Image
Huhu satu pejabat terkezut bila tau ZUMBA...kih kih kih..akak pun macam tak percaya yang akak ZUMBA...hahahah.. Pagi tadi pejabat pula program GADIS..GAYA HIDUP SIHAT..hah gitu , jadi pepagi buta dan turun semua orang senama pagi. heheh...bukan le zumba sangat adalah beberapa tarian ringkat yang diadakan macam salsa dan poco poco. Tapi jujurnya memang best.. memercik peluh memabasahi tubuh..gitu. dalam  1 jam juga rasanya senaman pagi ni..Yang penting semua orang happy. apa yang akak rasa? huh badan memang rasa segar bugar, ringan dan pantas bergerak. Lepas tu kami semua sama-sama gotong royong bersihkan pejabat. kasi lupus semua sampah sarab yang tak berguna tuh..heheh.. jom ZUMBA

3 days at Felda Residence Trolak

Image
Minggu ni memang minggu yang sangat meletihkan. Kena pegi team building di Felda Residence Trolak. Memang berat hati nak pergi. nak tinggalkan anak-anak. Nak pulak ada jemputan Open House lagi...aduhhh tapi dan kena pergi maka akak redho aje lah. Aktiviti selama tiga hari ni menag sangat-sangat menguji kekuatan minda dan fizikal. secara jujurnay akak memang tumbang...hahah dengan saiz akak yang selambak ni memang tak semua aktiviti akak dapat buat. Bas bertolak dari Shah Alam pada jam 10.30 pagi dan tiba di sana jam 12.00 tengah hari. Tak jauh pun sebenarnya tempat ni dari Shah Alam, lebih kurang dalam 1.30 jam perjalanan. Hari pertama ni kami kena hadir untuk sesi taklimat dan aluan dari Big Bos. Jam 6 petang baru mula aktiviti pertama..Perghhhh setap mak.....memang dah macam komando..huhu..nangis dek nun. ni antara salah satu Obstacle yang harus kami tempuhi. Siksa kot nak melepas titi tu. Tapi memang ramai yang dapat buat. macam-macam gaya ada okay.. dah

Happy Birthday Ahmad Darwish

Image
Alhamdulillah tahun ini kami dapat meraikan Ulang tahun kelahiran Ahmad Darwish bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri . Majlis ini agak meriah dengan kehadiran tetamu yang sangat ramai . Seronok Ahmad Darwish dikelilingi ramai kawan-kawan. Ahmad Darish dilahirkan pada 21 Julai 2010 di Hospital Pakar Selangor (KPJ) dengan berat 2.48kg sihat dan sempurna. Hari ini Ahmad dah pun genap 5 tahun, sangat cergas, manja dan banyak cakap. Dah berhari-hari dia asyik tanya bila nak happy birthday dia. Dan hari ini Ahmad nampaknya sangat seronok terutama bila ramai kawan-kawan sebaya datang, main bagai nak rak! Menu kami adalah menu hari raya iaitu Nasi Mendhi, Ayam Golek, Rendang ayam, Kari daging, Roti Jala dan Kuah Durian. Yang lain-lain ialah sosej dan chicken ball, sedikit kuih muih. Macam biasa kek ditempah di King Confectionary di Sek 7 Shah Alam. Suka Ahmad dengan kek ni sebab ada train. Majlis potong kek berlangsung lebih kurang jam 2.30 petang. M

Raya lagi...huhu

Image
Jumaat ni ramai pula buat majlis raya..alhmaklum dah masuk mingu terakhir kan.. berebut-rebut sebolehnya nak meraikan Syawal bersama teman-teman seperjuangan. Rumah pertama ni di Bukit Jelutong. Menu dia memang superb gila...huh mentekedarah mak semua.. Nasi Maghluba, Nasi kabsah, kambing, potato salad, roto arab..perghhh.. terduduk mak kejap makan kat sini. hahaha.. Dah kenyang sendawa bagai, we all gerai lah ke rumah kedua di Putra Height.. heh..rombongan kak limah ni menag mantap,, bersusun je 4 biji keter berekor menuju ke Putra Height..hahah.. mujur tak hilang.. satu keter silap jalan kena u turn habis semua ikut U turn..kih kih kih.. But we enjoy this moment.. priceless! Menu kat rumah kedua pun mantap...Soto Ayam, Nasi Tomato..perghh sekali lagi makin terduduk. Gila kau full house, bukan setakat sendawa dah tahap nak terlentang.. tunggu nak lelap aje.. hahah..kat sini minuman dia sangat best. Ntah air apa pun tatau, macam campuran buah-buahan tin dengan soda..

Inikan Raya

Image
Isk isk isk tak habis habis kan raya..huh..memang gempak tahun ni. Di pejabat kak M dianjurkan Majlis Hari Raya dan setiap Jabatan perlu sediakan menu masing-masing. Kak M dan geng-geng sepakat sediakan menu Middle East dan pastinya ada Nasi arab di situ..hehehhe Maka kami pun membahgiakan tugas masing masing. Dan pastinya kak M pilih untuk masak nasi mendhi..phewww 5 kg okay. dan Alhamdulillah bagus sangat kejadiannya. Kawan-kawan yang lain pula sediakan salata, salad, serta ayam golek. hah then makanan kering macam kurna, buah zaiton kekacang dan lain-lain kami beli aje di Mahnaz kedai yang menjual barangan dari Middle east. Selain tu majlis ini juga turut diadakan pertandingan antara jabatan. Dan Paling best, Jabatan kak M yang menang yahoooo.. rasanya terbayar segala kepenatan. hahha Jom layan gambar sepanjang majlis berkenaan. seperti dalam rumah aje...but the concept is Middle east..ala-ala khemah orang badoien gitu jemput semua menjamu selera ya