Followers

Wednesday, October 24, 2012

Trajedi Menjelang Aidil Adha

Lebih kurang jam 1.00 tegahari we all sampai Klang rumah bonda mertua kak-M. Anak-anak semua gembira kemain lagi. Sarah Nuha memang tak menyabar sangat nak tunggu hari oreng sembelih lembu. Asik dari semalam dok tertanya-tanay lembu-lembu tu.

Lepas makan tengahari kitaorang lepak-lepak ler sambil nonton TV. Bonda pun dah masuk bilik diri rehatkan badan. Petang nanti dah nak kelaur lagi mengambil barang sana-sini.

Kak-M dah hampir tertidur di ruang tamu depan TV. Tetiba terdengar Ahmad menangis kuat , terperanjat terus melompat ke bilik tidur. Hubby dah berlari bawa Ahmad kebilik air. Kak-M masih termengah-mengah tak tahu apa yang sedang berlaku.


Ya Allah darah dah penuh muka. Kat mana pula yang kena ni. Hubby basuh dan lap muka Ahamad. Subhanallh dahinya atas pada bahagian mata kirin seperti terbelah. Ya Allah, Ahamad menagis mengadu sakit, sambil mengelak daddy basuh tempat luka tu. Kak-M cecepat ambilkan ais ketul dan tekapkan pada tempat luka agar darah cepat berhenti.

Menurut kakak Nuha, Ahmad terjatuh masa berlari dan terlanggar teping katil. Ya Allah! Semoga kau ringankanlah kesakitan anakanda ku ini. Terus ajak hubby ke klinik kuatir juga takut belahan tu dalam dan perlu dijahit. Kami ke klinik SIndhu dekat SImpat Empat Sungai Udang ni. Daddy terus berlari masuk cakap kat klinik assistant emergenti dahinya dah terbelah dan terus masuk dalam. Kak-M pula sibuk dok register Ahmad kat kaunter depan. 

Alhamdulillah, Dr cakap luka taj begitu dalam dan tak perlu jahit. Doktor letakkan krim untuk stopkan darah yang mengalir bersama antibiotik yang kena habiskan untuk seminggu, serta ubat bengkat dan ubat demam. Esok pagi kena lah persi sekali lagi untuk dressing takut jangkitan kuman.


Penat menagis sampai tertidur anakku. Aku pun dah macam tak happy sangat nak celeberate Aidil Adha esok. Semoga cepat sembuh anak.

2 comments:

MarliaMarble said...

Kesiannya kak..! aisk..semoga ok2 je la n cepat baik luka tu ye..

Emma said...

tu lah, memang lasak lebih mamat ni. dalam dok jaga pun boleh jadi. InsyaAllah luka dah kering kena jaga supaya tak kena jangkitan lah. Terima kasih yer Marlia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...