Posts

Showing posts from March, 2012

Bermalasan saja

Hari ni sangat memerlukan vitamin R, sebab virus M mula menyerang...hihihi, tak tau ler apa nak jadi, terasa berat sangat badan ni, seram sejuk jer, nak demam ker..mungkin tidak...Tapi tak per, tu sumer rezeki juga tuhan nak bagi. Maka bersyukur lah kita kerana masih diberi ruang untuk bernafas di bumi ini. Minggu ini Kak-M hanya bersama anak-anak jer, suami ke Vietnam ada urusan kerja selama seminggu. Huhhh boleh tahan juga ler ala-ala supermak gitu. Apapun tu semua tanggungjawab yang harus dipikul tanpa ada rungutan. Alhamdulillah sekali lagi dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia, suatu rezeki yang tidak ternilai harganya. Hari ini juga kak-M bermalasan sahaja di pejabat menyiapkan saki baki kerja-kerja semalam, dan sesambil tu ada terperasan sesuatu yang sedikit melarikan perhatian kak-M. Mari kongsi di SINI .

Wordless Wednesday

Image
Sarapan ala kadar jer

Farah Fauzana in da house

Image
Eh! tu kan FAFAU, hubby kak-M cakap la, kak-M masa tu dok sibuk mngejar Ahmad Darwish lari sana sini. Kami menghadiri jemputan majlis Hari Lahir anak kawan kak-M Dhizznih Khalissa pada Sabtu lepas. dalam kesibukkan dok makan makan nampak pula seseorang yang sangatlah familiar, Farrah Fauzana..hehehhe FAFAU ler tu ,Iya memang itu FAFAU. Danish tanya eh mummy macam kenal je orang tu sapa yek? heheh Abang Danish pun mula perasan yang itu ialah FAFAU. Majlis santai meriah ni diadakan di Seksyen 6 Shah Alam. Memang sangat meriah, Kak-M paling suka makan Stew Daging makan bersama roti perancis. Memang terbaik!

Kek Batik Aurora

Image
Akhirnya berjaya juga kak-M mebatik kek ni.hehehehe, Memang dah lama sangat kak-M nak baking this cake, asal nak mula jer,,oppss ovelett tarak, asal nak buat jer ada pula tetamu bertandang, asal nak mula jer oppss baking powder tak cukup. Akhirnya pagi ni jadi juga kek ni akhirnya. Suatu waktu dulu, kek ni sangat popular, memang ramai blogger masakan yang masukkan entry akan keenakan kek ni. Dengan warnanya yang sangat menerujakan, kak-M pun terpanggil lah untuk mencubanya. Sebagai percubaan pertama kek ini, kak-M rujuk resepi dari Dapur Tanpa Sempadan milik cik Mat Gebu. Kak-M salin semula resepinya di sini okey. 250g mentega/butter 250 tepung gandum 100g gula 1 sudu teh ovellet 2 sudu teh baking power 6 biji telur ayam saiz A (besar) 3/4 cawan susu pekat manis 5 jenis pewarna mengikut pilihan masing-masing Pukul mentega, gula dan ovellet hingga bercampur sebati. Masukkan telur satu persatu. Jarakkan satu minit setiap satu. Pukul sehingga adunan men

Sambal Kicap Daging

Image
Minggu lepas kak-M masak Sambal Kicap Ayam, memang licin dikerjakan Abang Danish. Suka benar dia dengan masakan ini. Tapi minggu ni kak-M tukarkan kepada daging pula. Rasanya sama jer cuma abang komplen daging tu keras la, susah nak makan heee apapun nasi sepinggan memang licin. Kak-M pun memang tak masak banyak sangat, Cuma nak habiskan daging dalam fridge tu, daging pun dotong nipis-nipis akan mudah nak kunyah dan isinya menyerap kuah sambal tu, heee baru terasa sambal kicap dagingnya. Macam biasa jer masaknya. Seperti masak kicap cuma kak-M tumiskan bersama cili yang dimesin dengan bawang merah dan bawang putih, titik halia dan serai biar wangi.Hmmmm meletop ko!....

Serai Iced Lemon Tea

Image
Jumaat tengahari memang selalunya akak keluar lama sket. Kali ni tekak terasa nak makan tomyam. Jadi ajak ler kawan ku ini untuk ke Empire, tekak ni minta tomyam di Serai. Hahahahha, pepandai jek tekak nih. Punya lah ramai rakyat dalam Serai hari ni.Tunggu ler juga dalam 20 minit dalam waiting list sebab nak juga tomyang dia. Tomyam di Serai ni pada kak-M memang sedap, puas makan bukan sebab banyak tapi sedap. Cuma harga terlalu mahal. Minuman kali ni kak M order Serai Iced Lemon Tea. Heaven!, memang sedap, terasa serai, terasa tea dan terasa lemonnya...huhu hilang dahaga dan penat menunggu nak masuk restoran ini. Selain tomyam, sebagai desertnya kak-M order Swiss Fruit. Hmmmm sedap  juga macam pavlova gitu, very rich of fruits. Rega dessert jer RM14.00 hahaha memang sangat mahal. Sekali sekala boleh ler. 

Bihun Goreng Lagi

Image
Petang ni balik tergesa2 ler juga, sebab dapat berita, MIL nak datang. Huh..akak goreng bihun ler kiranya. Biasanya kalau dia datang asik jer akak goreng karipap, dia pun dah leh agak,, bila dok jer menunggu kita hidangkan minuman mesti dia tanya ko goreng karipap ka? hahahahah. Ialah kan daripada air kosong jer karipap pun karipap la. But bihun goreng kali ni memang sedap sangat. Sorry ler terpaksa masuk kuali angkat sendiri. ngeh! ngeh! ngeh! Kali ni kak-M tak gunakan any prencah segera macam adabi tu yang selalunya akan dicampur. Kali ni kak-M gunakan cili mesin, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis di blend semua sekali. Cuma tumis tu jer. Binatang-binatang laut memang banyak ler, akak masukkan udang, sotong, fish cake, fish ball dan juga daging. Dah tak masukan telur sebab dah banyak sangat lauknya. Dan hasilnya memang sedanp sangat. Tunggu punya tunggu, MIL tak datang pun, Ishhh akak salah dengar rupanya, mujurlah bihun ni akak goreng separuh jer. Jadi ak

Jazz Hijau

Image
Pagi ni kak-M baca satu iklan. Wah! Kebetulan yer...kak-M ni memang peminat hijau. Menengokkan Honda Jazz yang bewarna hijau ni membuatkan daku terkedu. Sejuk mata memandang.Apatah lagi ianya buatan Honda. Kak-M memang ada sebiji Honda City tapi warna Silver, my my MyVi is Green okeh..heheeee. Cakap pasal warna ni memang ada ramai tak fanatik sangat, Macam Kak Red tu..heeee memang segalanya Merah. Bagi kak-M , warna hijau ni sangat sesua dengan diri kak-M, Kalau buka wardrobe you can count what colour in there..heeeee. Majority of my dress are green.  Apakah ada simbolik apa-apa dengan warna hijau ini? Erkkk depa kalau warna PAS hahha, tak kisah ler kome nak cakap apa. Yang penting akak selesa sangat dengan warna ni. Hijau muda, hijau tua, hijau olive, hijau pucuk pisau, hijau flourocent, hijau lumut...hah! tengok betapa variasinya warna hijau. Kalau ke Jakel nak beli kain pastinya warna hijau yang menjadi pilihan juga.. Hari ni meh kita tengok warna Hijau Honda Jazz ni. OMG!

PERTH, a must visit place

Image
PERTH ni adalah antara senarai tempat yang ingin saya kunjungi. Saya pernah merantau ke Eropah. sangat seronok jalan-jalan. Bila agaknya berpeluang bersama keluarga ke PERTH. Perth ni terletak di Australia Barat. Sekarang ni sedang ada offer Matta Fair maka rega flight pun memang sangat murah. Ini lah masanya untuk rancang percutian keluarga. Kalau nak nengok deal Matta Fair ni boleh klik sana SINI . BAnyak tempat-tempat menarik yang sesuai dan memang menjadi tarikan pelacung. Antaranya ialah  Swan Bell Tower  Swan bell tower ini terletak di Barrack St. Jetty, berhadapan dengan Sungai Swan betul betul di tengah bandar. Ianya dibina pada   November 1999 dan disiapkan pada   2001.Ketingginannya adalah  82.5 metres dan mempunyai dua belas loceng  St. Martin-in-the-Fields dari kurun ke  14 yang mana di tempa semula pada kurun ke  16 oleh Queen Elizabeth I.Loceng-loceng ini akan berbunyi pada hari Selasa, Khamis Sabtu dan Ahad .Kadang -kadang tu ada juga depa buat demo bagaimana na

Najwa Latif

Image
Jangan salah faham yer..anak kecil di atas ni namanya bukan Najwa Latif tapi Sarah Nuha..heee.. ni ler dia penangan Najwa Latif, Masa sampai rumah dari sekolah, dah hangkat semua barang masuk dalam rumah, kak M dah sediakan susu untuk dia minum petang, dok terjerit la mak ni gegak gempita cari anak. Tup tup dok sini dia. Ni gambar kak-M curi curi ambil, dia tak sedar pun. Sekali Flash pula..kah kah kah...hangin dia..mummy ni buat terkejut orang je.....Weh..dia hafal lagu Muka Cinta Buku tu. haru sungguh..bukan tu jer..lagu ombak rindu, paduan tiga suara, lagu tema dingin lavenda segala semua dia hafal daaa... Tak per lah nak....jangan sampai lupakan benda lain yang lebih penting. Lepas ni masuk hafal doa dan surah pula ye.....heeeeee

Cicak

Image
Entry ni sama sekali tak der kena mengena dengan cerita cicak man karya geng geng KRU tuh...Kak M just nak kongsi satu perangkap cicak ni je..hihihi macam bagus sangat kan. Kak-M memang dah lama hangin jer dengan cicak cicak ni. merata jer dia menabur najisnya. Najis okeh.. Baik di rumah atau di pejabat kak-M.Owh! aku memang dah geram sangat. Kalau dulu orang lastik lastik jer cicak ni. Pastu ada pula sejenis pistol rekaan yang di gunakan untuk tembak cicak cicak ni. Tengok betapa orang tak suka akan cicak ni. Biasalah najis najisnya selalu meletak di skirting dinding, Paling banyak kalau dinding yang belakang tirai, sekali selak..mak aiii.. Kakau di office kak-M atas lantai, meja..sesaja jer dia melabur situ...ishhhh mujur ada budak cleaner pejabat yang selalu pagi-pagi kerjanya membersihkan tahi cicak di office kak-M hahahaha. Kak-M mula mencuba perangkap ni setelah di kenalkan oleh seorang sahabat. Ianya keluaran Cosway. Harganya cuma 5 ringgit lebih jer, dalam ni ada lima

Janji tetap janji

Image
Kalau berjanji dengan anak-anak jangan sebarang janji, depa akan tuntut sampai ler kita tunaikan. Masa ke Beranang tempoh hari, Nuha dan Danish berebut nak duduk depan dengan mummy. Ahmad Darwish biasalah dalam carseat dia. Jadi mummy cakap sapa yang mengalah dok belakang nanti mummy belikan hadiah. Akhirnya Danish mengalah dan duduk belakang. Sepajang perjalanan pergi dan balik ke Beranang tu ler dia dok tanya hadiah apa mummy nak belikan dia. Bila nak pergi beli hadiah..Hah! Tudia..itu lah anak-anak pantang berjanji memang depa akan ingat sentiasa. Mummy janji akan belikan hadiah tapi mummy tak janji bila, bila ada kelapangan mummy akan belikan, jadi abang jangan selalu tanya sangat, jangan risau mummy akan tunaikan janji. Itu jawap akak kepada anak bujang ni. Hari ni mummy ada urusan di Universiti Malaya, bila balik ke Shah Alam, seawal jam  4 petang mummy ke sekolah amik abang sebab memang dah berhajat nak bawa abang ke SACC mall carikan sesuatu untuk janji tu. Sukanyanya aban

Maggie Goreng

Image
Malam ni memang dah plan nak goreng maggie je. Selalunya Maagie ni anak sulung yang suka sangat. Tapi kali ni hampa suka ke tak suka ker tu jer ada untuk makan malam..Owh hari yang sangat kepenatan. Tak terdaya nak masak bagai. Abang Danish cakap yeehaaaa best ada maggie goreng..yer la tu nak oiii.. tak elok di makan selalu. Sekali sekala okeh ler..Meh jom layan maggie goreng. Kali ni dua versi sebab ada orang dewasa nak makan jadi versi dewasa punya ada sayuran..heeeee Goreng tak banyak pun, dua bungkus je.Versi ni main campak-campak jer dalam kuali. Macam biasa maggie tu di celur dulu hingga lembut dan toskan. Tumis bawang putih dalam minyak panas, campaknya udang, fish cake , ayam yang dipotong kecil kecil serta segala sayuran yang kalian suka. kak-M letak sawi dan kobis jer..Gaulkan semuanya sambil ditaburi perencah kari maggie tu..rasakan kalau kureng tambah-tambah ler apa yang patut..heeee.. senangkan.?

20500

Image
I luve this number...tepat jam 5.00 petang tadi number ni keluar...

Jadi Kakak Angkat bersama Garnier

Image
Masih segar dalam ingatan masa sekolah rendah dulu, pakat dok berebut nak jadikan orang tu kakak angkat kita. Kalau kita dah dapat jangan ada yang lain pun nak juga, pi cari kakak lain. Ada pula dok berebut kita nak dijadikan adik angkat..huhu...comel jer bunyinya. Nah! kot masih ada lagi yang berkeinginan begitu mari join Garnier di SINI . Apa yang best dengan program ni, tentu lah sebab ada Kakak Lisa Surihani ..alah..kakak yang baru kawin dengan abang Yusri KRU tu.. Cantiknya kak Lisa ni. Sejuk mata memandang. Ishhh ada panggilan pula...korang baca detail kat SINI . Jap lagi kak-M datang sambung citer kak Lisa ni kay.

Magnum Fashion Royale

Image
Who will be dressing you in the game of high fashion? Zang Toi. Eric Choong. Granoff. Michael Ong. Who will be dressing you next in this game of high fashion? Find out by playing the MAGNUM Fashion Royale today! Winners get to strut home in a customised couture piece from these top luxury brands and an exclusive MAGNUM accessory to match!

Blue Cube now at Laman Seri

Image
Udah pindah pejabat pula Blue Cube ini. Tak sepasal kak-M merantau ke Laman Seri nak membayarkan bil Celcom ni. Kalau dulu di Seksyen 9 dah cantik sangat. Apa boleh buat terpaksalah juga kesana. Alang-alang ke Laman Seri nak  membayar bil Celcom ni, kak-M decide untuk lunch terus kat sana. Jadi kami singgah jer mana-mana cafe yang nampak ok ok lah. Tersinggah ler di Killeney nama restoran ni. sambil menunggu order sambil sembang-sembang. Sesuatu yang paling tak suka ke sini ialah parking. Memang sangat masalah. Huhu ada kot 5  kali tawaf baru nak dapat parking. Tu pun hampir-hampir terlepas. Mujur ler dapat juga. Kalau tak macam sia-sia jer jauh travel, bil pun tak bayar makan pun idak. Sila jangan betulkan leher anda..heheheh, tersenget pula gambar ni. Tajuknya ialah Koewtoew kungfu rasanya. Memang kureng ler...Akak pun tatau nak bagi berapa bintang. sampai kitaorang tertanya-tanya kuah ker gam ni..huhuhu..pekat betul kuahnya dah macam gam kanji..Memang ler makan t

Selamat Pengantin Baru Azi Izwani

Image
Gadis ini punya hubungan dekat dengan saya, maka tidak mungkin untuk saya tidak hadir di majlis bahagianya. Abang dan Nuha memang tak sabar-sabar nak ke kenduri kawin Aunty Azi. Dah siap belikan hadiah lagi. 17 March 2012 adalah hari bahagia bagi pelajar Azi Izwani yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mazlan. Kami sekeluarga ke Beranang Sabtu lepas meraikan majlis perkahwinan penuh makna ini. Kami mengucapkan selamat pengantin baru buat Azi dan Mazlan. Semuga bahagia ke akhir hayat. Nuha cakap cantiknya Aunty Azi macam princess la....hihih.

Facebook Adicted

Image
Kadang-kadang tu terdetik di kotak fikiran ni (ceehwah, sasterawon gitu..kih kih ) bahawa teknlogi dan kemudah yang keterlampaun ini melekakan kita, menjadikan kita lebih malas. Fenomena ketagihan Facebook ni memang sangat nyata. Sekarang dah ada pula lagi Cinta Muka Buku. Anak akak yang pompuan sampai dah hafal lagu tu..huhuu.... Facebook adalah satu jaringan komunikasi yang sangat mudah dan praktical. Asal ada internet dan komputer semua orang mampu berfacebook.  Hahahah! Amacam? Ada berani pakai macam ni? Malangnya apa yang berlaku, FB kini lebih menguasai kita dari kita menguasainya. Mana tidaknya kerana FB kita lewat mengerjakan solat, kerana FB kita sanggup tak makan tengahari, kerana FB kita sampai tertinggal bas, kerana FB lauk di kuali pun boleh hangus, kerana FB kita kena tipu, kerana FB kita abaikan kerja hakiki. Memang tidak dinafikan banyak juga kebaikkannya. Anak-anak semumur 5 tahun pun kini ketagihan FB, tanpa kawalan rapi ibu bapa memanglah sangat bahaya

LG Prada

Image
Teknologi ni memang cepat jer, baru jer berjinak dengan Iphone4 dah pula keluar 4S, baru jer kenal Ipad2 dah keluar 2S..ishhhh tak tersempat den ni nak explope semuo. Ni ha, dok layar-layar sekali jumpa pula LG Prada? Apo bondo ler pulok ni? Ishh Ekau baca la sendiri yo? Ni ha klik yo SINI
WHY PAY MORE http://ping.fm/ju5pw

Jualan Baldi Air Meningkat Mendadak

Image
Selepas jer berita beberapa kawasan di Selangor ini akan mengalami ganguan bekalan air, wah! kemain lagi kedai-kedai runcit menyaksikan jualan baldi meningkat secara mendadak. Hampir semua kedai kot semalam bisness jual baldi jer. hhihihi. Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik. Mana tak panik, dua hari beb tak der air. Udah kalau tak der baldi, mana nak smpan air kan..Tak mandi tak per lagi, nak bersuci tu satu hal.   Gambar dari Harian Metro Malam tadi guru besar taska dah sms minta semua ibu bapa bawakan 10liter air untuk seorang pelajar. air simpanan di taska hanya untuk tujuan bersuci sahaja. Anak-anak tidak akan dimandikan disekolah. Woooo, nasib baik lah kak-M memang ada lebihan 2 botol 5liter air mineral baki masa kenduri Nuha dulu. Malam tadi juga adik ipar pun dah call Syabas. Katanya Seksyen 7 tak terlibat. Bagus ler gitu. Apapun paling baik sediakanlah payung sebelum hujan. Syabas juga cakap yang mereka memang telah bersedia denga lori tangki air yang akan mer

Anlene, sumber kalsium untuk badan

Image
Dok sembang-sembang dengan member masa lunch tadi ada pula yang mengeluh,, hadoiiii sakit lutut weiii..hah tu dia umur belum lagi 40 dah mula sakit sana sini.Paling utama masa nak naik tangga kalu, owhhh seksa jiwa dah raga. Ada member kak-M pula selalu sangat sakit pinggan, tulang belakang segala. Kak-M sendiri pun kekadang ada sikit-sikit terasa sakit pada lutut kanan. Tapi masa solat elok pulak akak rokok dan sujud. Owh maknanya usia makin meningkat, sistem dalam badan pun turut terganggu. Maka dengan itu diusia sebegini haruslah kena amik supplement. You all ada amik supplement ker? Jenis apa yer. Kak-M ni lepas beranak anak ketiga memang amik supplement. Sehingga kini tiap-tiap pagi akam amik, omega, b-kompleks, multivitamin dan vit-C. Malam kak-M telan kalsium pula. Mula-mula tu agak liat ler juga tapi lelama dah aku rasa macam makan kacang jer. kih kih kih. Ni nak cerita, petang semalam masa singgah Speedmart nak beli roti ternampak pula Anlene dalam kotak kecik-kecik.

Butter Prawn

Image
Ini adalah percubaan petama Butter Prawn. Memang suka sangat dengan Butter Prawn ni. Pernah dua tiga kali makan di Restoran Siam bangunan Masalam tu dan kali terkahir makan di Morib, memang terasa sangat butter tu..Wiuhhh maka dengan itu terpanggillah akak untuk mencuba sendiri di rumah. Goggle punya goggle makan tersinggah ler web Hairul.com . Cumanya kak-M punya versi tak jadi bersarang. Apapun memang rasanya sangat sedap. Hari ni malas pula nak salin resepi, you all terjah jer Blog Hairul.com tu. Sambil tu teruja tak dengan tawaran RM300 ni..hahah boleh makan udang besar ni. Meh ler ber Mountain Dew Malaysia. Sambil minum mountain dew sambil kunyah udang..erkkk apa rasanya yer.

Langsir Bilik

Image
Lama juga tak buat entry deco-deco ni, memang tak der menda pun nak di deco kan heeee. Awal tahun lalu kak-M memang ada tempah langsir untuk semua bilik tidur rumah kak-M termasuk lah bilik adik ipar di tingkat bawah tu, semuanya kira 4 bilik lah. Masa dok usha usha kain di Jakel tu memang berkenan sangat dengan corak ni, memang dalam kepala dok terbayang dah nak buat jenis ni. Jadi kak-M tempah ler juga. Tapi mak aiii rega kain tu memang lah sangat mahal. Tok sah cerita lah, tapi sebab berkenan punya pasai aku redhokan jer lah. Lagi pun kak-M punya kaedah sekali buat langsir ni memang tunggulah 4 ke 5 tahun lagi baru ku tukar lain..heee jadi konsepnya menang membeli menang memakai...kih kih kih Orang Jakel cakap dalam masa 2 minggu siap lah. Hmm Kak-M tak der lah urgent sangat dengan langsir ni. Tak kisah ler bila-bila siap datang lah pasang, sekali lepas sebulan ada call dari Jakel tapi tak sempat jawab, pastu tak der pula dia call lagi, sebulan selepas tu kak-M ke Jakel tany

Air dan Penapis Air

Image
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air. Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air se

Curry Paste Adabi

Image
Petang semalam kami ke Giant Seksyen 13. Mualanya kak-M malas jer nak ikut sebab 2 hari lepas dah pun beli barang-barang dapur di Giant seksyen 7 dah habis almost RM200. HUishhhh cair jer mengalir duit ringgit ni. Itu pun selepas di saring beberapa kali perlu atau tak barang-barang yang dibeli ini. Nampaknya kehidupan di bandar ni memang sangatlah besar belanjanya. Sebab anak-anak dah merenget dan Ahmad darwish bukan main lagi nak ikut, maka kak-M pun ikut ler juga. Budak-budak ni memang suka benar ke Giant ni sebabnya depa suka singgah di booth-booth kecik dalam giant yang dok promo produk. Ada jer la yang nak menyinggah rasa merasa. Semalam ada promo maggie baru, nuha sibuk nak rasa 3in1 Kopiko, dah terjebak hangkut juga sebungkus. SI abang dok ulang nak rasa maggie lagi..ish depa ni ingat boleh makan sampai kenyang ka? hoii haru dengan budak budak ni. Ada juga promo ais creme le Cremeria..ini memang favorite depa, jadi amik juga 2 kotak..huh..nasib la Daddy yang bayar nanti

Chatime and Chawan

Image
Masa jalan-jalan kat Bangsar Village hari tu, kak-M singgah beli minuman di Chatime. Chatime ni agak popular ler juga. kak-M pun tatau sangat tapi kawan-kawan la dok cerita. Bila dah terjumpa jadi mesti la nak cuba. Chatime ni sama ler macam CoolBlog tu juga. Macam-macam perasa pun ada. Kak-M pilih Hazelnut Tea with bubble. Bubble tu actually sago yang besar-besar tu di masukkan dalam bancuhan tea tersebut. Oklah, boleh tahan juga minuman ni. Harganya ikut jenis tea yang kita order, kalau ada tambahan bubble tu lebih la sikit harganya. Overal dalam RM3 lah macam tu. Dah letih jalan-jalan di Bangsar Village ni, perut pun dan berkeroncong, jadi singgah ler minum petang ala-ala jer di Chawan pula..heee lepas Chatime, Chawan pula. Dekat-dekat situ juga. Kak-M makan cucur udang while my friend makan keropok lekor, kena dengan nescafe tarik..memang Chawan lah!.

Fitflop

Image
Hola! Pagi tadi jongging macam biasa tapi cuma hari ni tak ramai orang sangat jadi senang nak parking. Budak-budak ni mula-mula macam liat jer nak ke tasik sebab lebih melayan rasa ngantuk depa. Dah pujuk-pujuk akhirnya semua ok cuma masing-masing buat perangai tak mau pakai kasut jogging. Termasukkan ler mak dia sekali hahahahha. Kak-M sebenarnya dah hantar kasut sukan untuk repair, dah ternganga kasut tu, sayang pula kalau nak buang sebab bodynya masik cantik, iyalah kan kasut kalau tak diguna memang akan ternganga gitu, jadi Jumaaat lepas tak tersempat nak singgah amik kasut tu. Pagi ni jogging pakai fitflop gitu, kelaasss kan. Kak-M sebenarnya baru jer berjinak-jinak dengan fitflop ni. Memang sedap sangat pakai selipar exclusive ni. Lebih sedap dari schol tu..Tu dia, Tapi almaklumlah fitflop ni memang mahai berdengung. Kak-M beli ni pun masa ada sale 3 minggu lepas. Dari RM300+ now dia sale cuma RM140 je..ok lah kan untuk kesihatan kaki ahkak ni apa ler salahnya melabur si