Followers

Tuesday, October 23, 2012

Aidil Adha menjelang tiba

Sedar tak sedar, Aidil Adha semakin menghampiri kita, lagi 4 hari jer tau. Kak-M akan mula bercuti pada Khamis 25 Oktober. Rabu 24 oktober tu ada meeting pula. Mesti esok dah mula menyepi office, semua orang dah pakat-pakat cuti nak balik kampung.

Tahun ni Raya Haji di Klang ajer, tak balik Jitra nampaknya. Sangat tak seronok rasanya. Kalau balik Jitra, InsyaAllah kak-M nak buat korban juga Ada ke sesapa buat korban tahun ni. Kak-M tak buat tahun ni, tahun lepas akak buat satu tompok di Jitra. Memang meriah sangat ibadah korban ni. Anak-anak pun sangat teruja melihat lembu dikorbankan.

 Suami kak-M akan balik dari Jakarta pada Rabu 24 Oktober. Selepas raya 31 oktober, kak-M pula kena ke Langkawi berkursus. Jadi macam-macam sangat aktiviti. InsyaAllah hujung tahun akan cuba cari masa untuk bercuti kat Jitra.

Kot ada yang masih berminat nak beli my prelove item boleh klik sini. Still Available. SINI

2 comments:

indah.com said...

Slmt hari raya aidil adha.Maaf lahir batin

Emma said...

sama sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...