Semut

Banyak hai semut ni, racun semut yang abah bagi masih berbaki nanti ler kau semut, habis balang gula aku pun kau masuk, Udah bancuh tea pun sekalu dengan semut-semut terendam dalam teh tu. Orang tua-tua cakap kalau termakan semut nih mau bodoh 44 hari..huhu. Punyalah menggambarkan betapa tak bagusnya semut itu.

Apa ya petua nak halau segala semut semut yang menggangu ini. Kak-M ada terbaca dalam majalah anjung seri. Meh kita kongsi bersama.

1. Daun sirih adakah antara bahan semula jadi yang boleh diguna untuk menghindari semut. Hiris daun dan letak di tempat laluan serangga. Semut tidak suka bau daun sirih dan dengan itu dia akan segera bransur meninggalkan sarangnya.

2. Kehadiran semut juga boleh di kawal dengan menggunakan tangkai cili kering yang tidak digunakan dalam masakan. Meletakkan tangkai buah itu ke dalam bekas gula, boleh mengelak semut daripada memasukinya.

3. Bawang merah boleh turut digunakan untuk menghindari semut, iaitu dengan memasukkan bawang yang tidak dibuajng kulitnya ke dalam balang gula

4. Satu lagi kaedah ialah dengan mengikat leher balang gula dengan tali bercelupminyak masak bagi mengelak semut masuk.

Ha...apa lagi petua lain?, meh kongsi bersama...geram weh aku baru jer cuci pastu dia datang lagi..ishhhh nak kena semut ni...


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick