Posts

Showing posts from January, 2013

Malam di Pulau Pangkor

Image
Paling seronok bila dapat luangkan waktu malam di tempat kita bercuti. Lain tempat lain aktivitinya. Di Pulau Pangkor ni, aktivitutama di malam hari ialah bazar malam. Memacam jualan cenderahati di jual sepanjang jalan. Memang happening sangat. Sesambil jalan di sepanjang tepian pantai tu sambil membelek barang-barang yang dijual boleh singgah pekena ais kacang, atau paling tidak char koewteow..Hmmmm lepas makan boleh sambung jalan beli baju-baju pula kemudia singgah ngadap jagung bakar pula. Ha kan.! Asik mencekik jer kejanya...huhu. Malam tu kak-M ada lah belikan serba sikit buah tangan untuk sedara di Klang. Belikan 2 helai t-shirt untuk anak buah dan seorang sehelai untuk anak-anak kak-M serta untuk bonda mertua juga. Selebihnya kak-M layan anak-anak nak beli keychain untuk ustazah lah, teacher lah, untuk kawan-kawan la..biasa ler kan bebudak ni pandai dah depa. Kak-M pun beli juga fridge magnet untuk kenangan sendiri. Semua kedai lebih kurang sama jer hargan

Brace yourself for the Return of the Warriors!

Image
On 2nd February 2013, all eyes will be on Stadium Putra, KL where 20 fighters will take the stage for an explosive night of MMA action! It’s the largest mixed martial arts event in Asia! Wanna catch our Malaysian champions face down international stars in front of a screaming home crowd? All you need to do is be a Tune Talk subscriber and snap photos of yourself as a hardcore fan! Watch as some of the world’s most effective martial arts like Silat, Kung Fu, Muay Thai and more clash in the ONE FC cage for total domination. Find out how you can win yourself some passes!   I wanna catch #ONEFC, the biggest mixed martial arts event in Asia! Snap photos of yourself and share it with #Tunetalk here.

Makan malam di Pangkor..memang kapak weiii!

Image
Woot! Woot!..Salam siaran di malam hari. Kak-M malam ni nak berkisah pasal makan malam di Pangkor..Aiii cerita jalan-jalan di Pangkor tu masih belum berpenghujung. Jadi mari ler kita layan aktiviti makan malamnya pula. Al kisah udah penat semuanya mandi manda di siang hari. Memalam tu memang nak mencekik jer rasanya. Semua kelaparan tahap gaban gitu...huhuu. Kat kawasan luar Anjungan Resort ni memang banyak sesangat gerai menjual makanan. Kau sebut jer nak makan apa..semuanya ada belaka. Disesebabkan tempat ini kepulauan sudah pasti makanan laut menjadi menu yang sangat popular. setiap kedai makan musti ada letak satu meja yang penuh dengan makanan laut seperti ikan, sotong, udang, ketam dan lain lain lah.  Macam-macam ada...ikan, udang, sotong, kerang, minta jer.... Masa kak-M turun ke kedai makan tu. Member-member hubby dah siap order jadi tak der lah lama menunggu makanan nak sampai kan. Kak-M ni belasah jer, memang langsung tak cerewet tentang makan, asal perut d

Sarapan pagi di Kopitiam Geylang

Image
Macam biasa kalau balik rumah bonda semestinya kami akan  makan diluar.pepagi lagi semua dah bangun mandi dan siap.Lebih kurang jam 10 kami ke Harbour Place Port Klang untuk saraapan. Kali ni kami sarapan di Kopitiam Geylang. Pada kakM ok juga tempat ni. Macam macam menu ada.Kak m makan lempeng biasa, hubby makan nasi lemak, nuha pula makan roti bakar dan danish makan nasi goreng kampung. Total harga semua yermasuk sercice tax ialah RM 20+..

Moh ler kita madi manda

Image
Ha..udah kenyang makan tengahari, udah juga dapat tilam bantai yang empuk meh kita beradu barang seploh minit ka...hehehhe, mau ka seploh minit, kak-m hantam membuto sampai kul 6pm  hah!... Sedar-sedar dah dengar bebudak ni bersuka ria kat bawa sana. Waaaa kemain cepat lagi yer korang semua. Pantang lepa nampak kolam mandi nak terjun jek. Mujur ler ada Aunty RIna yang boleh temankan korang mandi manda. Mak bapa korang dok berenang ataih katil nun..mueahahhahaha! Penuh kolam mandi tu dengan rombongan kami. Riuh rendah jadinya. Terjerit pekik bebudak nih mandi. Tah ler apa sangat yang diseronokkan. Apalagi memang berkawan kan, bertambah gumbira anak anak semua. Ha, dekat jam 7.00pm juga baru depa terasa hati nak naik bililk. Tu pun sebab wah warning nak magrib kan. Maka anak-anak semua pun beratur ler naik ke atas untuk bersiap nak keluar makan malam pula. ok, nanti kita citer makan malam pula yer..heee...till mee you again...

Makan Tengahari yang sangat sempoi

Image
Masih lagi siaran episod Jalan-Jalan ke Pulau Pangkor....panjang yer kisahnya sampai ber episod tak habis-habis. Macam tu ler kiranya bila idea tu membuak-buak untuk di luahkan. Sementara menunggu semua bilik siap sedia, jadi kami semua pun melepak sambil borak di kafeteria Anjungan Resort tersebut. Hmmmmmm, lambat juga rasanya menunggu semuanya siap sedia. Ada pula kes rungutan yang perlu pihak Anjungan Resortkan selesaikan sebelum melayan urusan Check-In kami. Ha..turun jer dari van,,bersepahan barang melonggok kat depan kafeteria ni..udah semua orang pun penat bebenor kan. Jadi lantak ler dengan barang tu sumer. Semua barang tinggal jer situ, orangnya semua masuk dalam kaferia nak cari makan tengahari. Aisehhh dukacita dimaklumkan kafeteria hanya beroperasi sehingga 12 tenagahri disebabkan oleh kerja-kerja pengubahsuaian dapur. Dushhhh! Terduduk ler semua..jadi apa jadi masalahnya, kita kan bawa bekal jadi meh kita open table sini..heheheh, maka kami buka semua bekala

Anjungan Resort and SPA, Pulau Pangkor

Image
Alhamdulillah semua dah malan malam? Well ok, sekarang kak-M nak berkisah lagi tentang percutian ke Pulau Pangkor ni. Wah! Dah jadi banyak episod pula yer...maklum ler melepas gian setelah berhari tak berblog...layannnnnn! Untuk percutian 3 hari dua malam ni kami tidur di Anjungan Resort and Spa di Teluk Nipah, Pulau Pankor. Memang cantik sangat tempat ni, aman damai dan tenang gitu. Sangat sebuai untuk pakej bulan madu apatah lagi bercuti bersama keluarga. Harganya suami kak-M yang bayar, kak-M tatau harga sebenar tapi katanya dalam RM700 untuk temph tersebut. Kami booking bilik keluarga jadi ada connecting room dengan 2 biji katil queen. 2 bilik air juga. Sangat selesa dan fasiliti pun bagus. Beginilah suasana di pengiapan Anjungan Resort and Spa. Sangat santai, aman dan damai. Ini bilik kak-M dan suami serta Ahmad Darwish Ini pula bilik Aunty Rina, Danish dan Nuha. Biliknya semua luas lengkap dengan heater di bilik air, kettle, beberapa sachet kopi,tea dan gula,

Teksi 'PINK' okey..kau ada?

Image
Alhamdulillah petang tadi kami ke kenduri aqiqah anak sepupu suami kak-M di Kapar. Lepas zohor majlisnya. Macam-macam makanan ada. Kak-M cuma makan kambing golek sikit, bihun goreng dan kuih muih..tak terlarat nak makan memacam. Sekarang ni kak-M santai di rumah Bonda Mertua. Lepas minum petang, hubby bawa anak-anak gunting rambut kat kedai depan jadi kak-M curi masa untuk update sikit sambungan cerita Cuti ke Pulau Pangkor tu. Pulau Pangkor ni kecil je pun, setengah hari pusing pun habis. Tapi kami tak ler pusing sangat sebab lebih kepada melayan anak-anak punya aktiviti apalagi mandi manda lah. Sampai sana lebih kurang 1.30pm  macam tu, jadi terus cari teksi untuk ke ketempat penginapan. Kat sini teksinya ialah van. Van Teksi sini vogue gitu, warna merah jambu okeh...heee. Nuha cakap mummy teksinya warna pink lah..hahahha, teruja semuanya nak naik teksi pink ni. Memang branding jugalah warna merah jambu yang depa pilih ni. Jadi untuk jumlah peserta rombongan kam

Pulau Pangkor...aku datang!

Image
Akhirnya rencana untuk bercuti bersama keluarga terlaksana jua. Destinasi kali ini ialah ke Pulau Pangkor. Kat mana yer Pulau Pangkor tu? Heeee Pulau Pangkor tu terletak di Negeri Perak, Malaysia. Seperti biasa hubby kak-M memang dan merancang bersama kawan-kawannya untuk bercuti ke Pulau Pangkor ni. Sebab percutian ini juga menjadikan kak-M ti dak dapat access ke Blog ini. Maka berhari juga tiada update terkini. Tapi dah balik bercuti ni memamng banyak sangat benda nak cerita. Kami bertolak dari Shah Alam pada 24 Januari 2013 iaitu pada hari Maulud Rasul tu. Seawal jam 6.30 pagi sesudah subuh ler kiranya. Kemudian kami berhenti untuk minum pagi di hentian rehat Guthrie di Elama pada jam 7.30 pagi. Memasaing dah ada tugas untuk bawa makanan. Kak-M sediakan nasi goreng dan bihun goreng, lagi dua family bawa nasi lemak dan nuget serta drummet goreng. Seronok juga sesekali travel reramai macam ni. Apatah lagi anak-anak yang memang suka bila dapat berkawan macam ni. Pe

The 5, now yours with the most affordable plans around.

Image
If like everyone else on the planet, you’ve got your eye on the gorgeous iPhone 5, you’re going to like this. The iPhone 5 is now available with the most affordable plan from DiGi. Enjoy 2x more data and 1GB+ FREE 1GB from just RM60 a month. You don’t even have to leave your house to get it – just purchase it online and they’ll deliver it to your doorstep for free! The #DiGiiPhone5 is yours with 2x more Internet from RM60/month. Sign up online and enjoy FREE delivery!

Popiah S.S Ali Seksyen 7

Image
Beberapa hari lepas memang ketagih sangat makan popiah ni. Korang pernah cuba? Popiah S.S Ali ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam, bersebelahan dengan Gedung Kain Gulatis. Kak-M tetiba macam suka sangat dengan popiah ni. Ternyata memang mahal. Satu set ada 3 biji popiah berharga RM3.00 maka sebiji popiah adalah seringgit kan? Kalau di pasar malam mungkin 5 biji untuk RM2.00 sahaja. Tak kisahlah, menang membeli menang memakan begitu ler kekdahnya. Pada kak-M, sedap juga rasa popiah ni, biasanya kak-M akan beli 2 set, satu set popiah basah dan satu set popiah goreng. Jadi bawa balik rumah makan reramai. Kekadang tu tak sempat pun sampai rumah kak-M dah bedal dalam kereta. Itu ketika dalam keadaan kelaparan terlampau..hhihihi. Selain popiah, restoran ni juga ada jual rojak sepinggan RM5.00, kawan kak-M yang pernah makan situ cakap boleh tahan juga rojak tu. Ada juga nasi ayam, mee rebus dan laksa. Memang santai sangat kalau ajak member minum petang sini, tempat pun tak

Harus Report Polis!

Akhirnya kami buat keputusan untuk report polis juga untuk mengelakkan hal yang lain pula timbul. Jadi jam 12 tengahari tadi terus ke Balai Polis Trafik Seksyen 9 untuk buat laporan kemalangan. Memula kena isi borang dulu pastu kena picit no dan tunggu lah giliran. Pastu ada sorang polis wanita akan tulis satu laporan berdasarkan maklumat yang kita isi tu. Pastu tunggu untuk di soal oleh sarjan pula. Pastu sarjan panggil masuk dalam dan tanya lagi. Sarjan puan siasat lah itu ini dan suruh balik. Sarjan cakap apa-apa hal nanti depa akan telefon la. Ok tak der lah kena bayar apa-apa pun. Nasib baik lah sebab duit pun ada 30 hengget je..huhu. So selesai satu perkara. Nak claim insurance atau tak itu cerita lain. Sekarang ni laporan polis lebih penting sebab khuatir mamat yang langgar tu jika dia ada kecederaan dalaman dan tampil pusing jadi cerita lain pula kan...ha tu pasal kena juga buat laporan. Alhamdulillah semoga segalanya dipermudahkan.

Sesungguhnya malang itu tidak berbau

Image
Rasa trauma masih ada lagi ni.kejadian berlaku jam 5.00 petang tadi.kak m dalam perjalanan nak ambil anak dari sekolah. Masa kat simpang empat tu.t tu,tetiba sebuah motor dgn lajunya melanggar kereta kak m.Memang sangat terkejut. Kak m turun dan nampak budak tu jatuh dari motornya.bila tanya dia cakap dia ok dia minya maaf dia salah katanya lagi motor break tapi tak makan. Ya Allah mujurlah tak patah ruk so ok dia pun kata tak payah pi klinik...menengokkan kereta kak m yang kemek ni kak m patah balik dah jumpa budak tu. Minta la duit nak repair sebab dia yg langgar kan. Dia xakap tak der duit budak sekolah. Rupanya lesen pun tak der. Hai la bebudak ni, aku pun tatau nak kata apa catit jer no plate motor tu dan naik keter terus. Dalam hati masih dok pikir nak buat apa seterusnya. Call hubby dah dia suruh report polis untuk claim insurance..hmmm dah nak malam pun maka esok le buat report...

Listen!

Image
Dua tiga hari ni memang meletus satu fenomena baru. Fenomena 'Listen! Listen! Listen!'. Korang tahu tak? Mesti tahu kan? Satu hari tu memang penuh wall kak-M dengan status tentang 'Listen' ni. Video clip yang di muat turun kan di you tube tu cukup memberi kesan mendalam pada semua. Memang drastik sangat sebaran clip tu. Sekelip mata dah wujud pelbagai FB baru, lagu, parodi dan sebagainya. Melihatkan parodi dari Luthfi tu memang cukup mendalam ertinya. Tak sepasal kak-M semalaman dampai jam satu melayan clip video karya Lutfi. Kalau nak tahu korang google jer. Mesti jumpa. Memang kreatif sangat mamat ni. Be rbalik kepada isu di atas ,Kak-M pun tak begitu pasti dengan forum yang dianjurkan oleh pihak tersebut bertempat di Universiti Utara Malaysia. Isu ni menjadi hangat kerana sikap agreasif seorang panel penganjur yang telah memalukan seorang mahasiswa di hadapan peserta-peserta lain. Apa yang menyedihkan apabila panel tersebut mengeluarkan perumpamaan men

Being busy like a bees

Image
MasyaAllah lama sungguh rasanya tak layan blog akak ni. Memang sangat lama rasanya. Walaupun tiada entry akak tetap jadi silent reader blog korang tau. Ada banyak cerita nak di kongsi cuma tiada berkesempatan. Habis sahaja sessi semakan markah peperiksaan, maka mulalah bersusun mesyuarat sana sini sinun. Udah banyak benor jawatan kak-M kan, maka banyak jugalah mesyuarat yang perlu kak-M hadiri. Apapun semoga diberikan kesihatan yang baik dan kak-M dan menguruskan semuanya dengan lancar.

Setahun lagi berganjak...

Image
Alhamdulillah, kak-M masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di bumi Allah. Sesungguh ianya adalah suatu nikmat yang tiada ternilai. Kak-M bersyukur di atas segala rezeki darinya, di jodohkan dengan pasangan yang begitu memahami, sehati-sejiwa, dikurniakan anak-anak yang bijak dan semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah serta sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.  Dua tiga hari lepas Nuha dah mula ajak Kak-M buat kek, katanya nantikan happy birthday mummy jadi kenalah buat kek. Bijaknya dia berkata-kata. InsyaAllah jika ada kelapangan kita akan sama-sama buat kek. Malam tadi pula Danish demam. Kesian sangat dia, kak-M sampai lewat untuk ambil dia dari sekolah, dia dah baring di kerusi panjang menunggu kak-M. Sampai jer rumah terus kak-M suruh dia mandi, makan dan makan ubat lepas tu rehat. Mujur lah tak der kerja sekolah, sambil borak-borak depan TV Danish tanya..  "Esok Bithday Mummy kan?" ,   " Ye" "Alah, Abang tatau la nak be

KALENDAR KUDA

Image
Setiap kali hujung tahun, bulan Disember tu, mesti kebanyakan bank, supermarket, kedai cat dan sebagainya akan memberi kalender kepada pelanggan secara percuma. Biar betapa cantik pun kalender yang diberi percuma tu. Kalender kuda juga yang menjadi idaman. Ada yang sanggup membeli kalender kuda ni. Wah! Apa yang best sangat tentang kalender kuda ni? Bonda mertua kak-M memang sentiasa jer ada kalender kuda kat rumah dia. Menurutnya, kalendar kuda ni senang sebab orang macm dia yang banyak appoitment doktor senang nak monitor tarikh-tarikh penting jadi tidak ler tertinggal mana-mana temujanji dengan doktor. Kak-M pun suka juga dengan kalender kuda ni sebab utamanya ialah senang nak monitor cuti, terutamanya cuti sekolah. Senang nak susun cuti untuk family sebab cuti-cuti umum seperti Hari Raya dan lain-lain dapat di lihat dan ditanda dengan mudah. Apatah lagi dengan tulisan nomor yang besar itu, ishhh senang mak nak merancang tau. Heee, korang suka kalender apa ya?

Bekalan Hidup

Image
Sungguh ironik tajuk entry kali ni. Hehehhe, 'Bekalan Hidup'. Dah nak mati ker? Eh siapa saja yang tahu bila sampainya ajal kita, kerana janji Allah itu adalah PASTI.... Okey, kak-M cuma nak kongsikan barang yang baru kak-M beli ni. Kak-M pasti ramai di luar sana yang sudah pun memilikinya.  Kak-M belikan pun khas untuk anak-anak yang kak-M sayangi. Barang yang dimaksudkan ialah Set Al-Quran Elektronik.  Sebulan yang lalu ada jurujual datang ke office. Biasanya memang kak-M malas nak layan sebab banyaknya jual buku-buku agama yang semememangnya banyak di rumah kak-M. Tapi kali ni agak tertarik pula dengan produk yang dia perkenalkan. Set ini didatangkan sersama Smart Pen yang membantu kita untuk membaca Al-Quran dengan betul. Ianya telah di semak baca oleh ahli agama tersohor dan bertauliah. Jadi gunalah tanpa sangsi.  Sebenarnya bukan saja anak-anak yang guna. kak-M sendiri pun kekadang perlukannya juga. Bukan sekadar membaca, Smart Pen itu juga

Searching in all the right places

Image
StarProperty.my is the latest and the ultimate Property Search Site to hit the online scene! If you’re contemplating dabbling in property, whether buying or selling, make sure you do a pit-stop at StarProperty.my first! With lots of unique features including market trends, crowd sourced content about various properties and areas, and credible must-read property articles from The Star, this property search site will help you get started in all the right places!  #StarProperty site – for those looking to check out the property scene. Unique features includes crowd sourced content and market

Perfect Match for your Laundry Solution.

Image
They say the best days end with the dirtiest laundries – and why not? Dirt isn’t always bad; not when it’s the result of your kids and family having fun and exploring what the world has to offer. Stains should not be a barrier to your kid’s learning and development, that’s why the people at Breeze & Comfort have come up with the perfect solution to your laundry woes! Breeze & Comfort as the leading cleaning agent and fabric conditioner will ensure that your whole family lives life in clean comfort! Just apply and rub a little Breeze liquid detergent on tough stains before the washing cycle. Follow up with Comfort Ultra for ultimate softness in your clothes!  They say the best days end with the dirtiest laundry – just clean up with #Breeze and #ComfortUltra!

Sayur campur

Image
Ini adalah sayuran yang paling suka kak-M masak dan ramai yang akan makan. Cuma bila di buat selalui akan datang rasa jemunya. Semalam hari minggu kami santai saja di rumah dan kak-M masak untuk seisi keluarga. Alahai masakan biasa-biasa sahaja. Kak-M nak kongsikan kobis goreng ni pun rasa macam kelakar juga. Apalah sangat kan. Cuma harapan kak-M ianya boleh menjadi idea kepada mereka yang tak tau nak masak apa hari ni.Heeeee.  Bagi kak-M penyediaan sayuran dalam masakannya perlulah kreatif sebab bukan senang nak menjadikan ianya tarikan kepada semua orang. Sayuran adalah suatu keperluan untuk kesihatan tubuh badan. Kaya dengan pelbagai vitamin dan serat. Jadi kak-M lebih gemar menggunakan sayuran pelbagai warna sebagai tarikan. Nampak cantik, segar dan sedap juga. Untuk hidangan ini kak-M menggunakakn kobis, lobak merah, cili merah dan kacang panjang. Jadi awa warna, oren, hijau, putih dan merah, hmmm meriah gitu warnanya. Hmmm, jadi apa hidangan sayuran kalian hari ini.