Posts

Showing posts from March, 2015

Brownies Chewy Goey

Image
Ternyata ia adalah satu resepi yang sangat bagus. Dan dengan itu hasil kejadiannya juga sangat bagus. Sebab dah janji dengan Nuha, maka hari ini kak M tunanikan janji tersebut. Brownies Chewy Goey ni memang sesuai dengan namanya. Memang sedap memag chewy dan memang goey..hahahha. google le mak dia nak cari resepi yang terbaik dan terjumpa satu resepi dari Blog ini, http://ourkizuna.blogspot.com/. kak M pun cuba lah dengan resepi ringkas dari blog tersebut dan alhamdulillah, ianya sangat sedap. senang membuatnya dan bahan-bahan pun yang memang asas dan ada jer dalam rumah kita. Moh kita baca resepi Brownies Chewy Goey ini. Bahan bahan untuk 8x8  square pan 170g choc bittersweet ( Aku guna  chocolate  courverture) 90g  butter 35g coco powder Cairkan kaedah double boil. Atau cing kejap dalam microwave.  100g tepung 1/4ts garam 1/4ts baking powder Ayak bersama 2 biji telur + 1 kuning telur 180g gula castor 1ts  vanilla Kaedah membuatnya (1) Pukul telur dan gula laju

JPO aku datang!

Image
Ini kisah trip kami ke Johor pada cuti raya cina lepas. Rancangan yang sangat last minit. banyak kali juga pikir sebab raya Cina ni pasti akan terperangkap dalam jem punya. Tapi memikirkan nak bawa anak-anak jalan-jalan maka kami pun siap sedia untuk ke sana Kami gerak pada pagi  Khamis seawal jam 7.30 pagi.. Hai of course la kena isi perut dulu kan. almaklumkan bawak kanak-kanak ni macam-macam hal, jadi biar lah mereka kenyang dulu. Kami bertiga keluarga sebenarnya. kereta pertama dah sampai johor dulu depa bermalam di rumah mak depa di sana, pakej balik kampung juga lah kiranya depa tu. Kereta ketiga dah janji tunggu di Dengkil. Lebih kurang jam 2.00 petang juga lah kami sampai di JB. Keluar jer dari lebuhraya tu terus berhenti untuk solat dulu dan seterusnya masuk ke JPO. ahaks! Kak M memanggak teruja juga dapat datang sini sebab inilah kali pertama ku jejak kaki di sini. huhu. Tapi lunch di sini.. ya Rabbi punya lah ramai manusia. mujur cepat juga dapat kosi meja n

Happy Birthday Sarah Nuha

Image
Laps beberapa minggu juga yer. Kak M memang tak menang tangan. Sibuk dengan jualan Pes Yemeni Mendhi yang sangat meletopssss.. Hai nak buat entry pon tak sempat. memang banyak cerita yang nak dikongsikan bersama tapi tak berkesempatan. Anak perempuan kak M dah masuk 8 tahun. Sarah Nuha memang request nak buat birthday party di rumah sebab dia nak ajak kawan-kawan sekolah dia datang rumah. Tapi pada 22 Febuari 2015 tu kami baru je bali dari Johor dan memang tiada kederat nak arrange party. Jadi tangguh le ke 28 Febuari 2015. Majlis serba ringkas ini akhirnya jadi meriah juga. Jemputan memang kurang lah dari sambutan majlis terbuka Hari Raya yang biasa kami buat tu Majlis bermula jam 3 petang dan berakhir pada jam 7 malam. kak M catering aje dengan kawan kat office. Cuma suami akak masakkan nasi arab ajer dan akak buatkan sambal nasi arab serta cupcake sikit. Menu lain dari caterer ialah Soto, nugget sosej, getuk ubi dan pulut panggang serta satay. Alhamdulillah s