Cream Puff

Dah lama kak-M tak makan malam, kalau makan pun ala-ala kadar je, makan roti ker, makan biskut ker dengan air kopi atau tea. 

Malam ni kak-M tak asak sangat. Cuma panaskan lauk semalam yang masi banyak berbaki dan goreng telur. Itu sahaja. Anak-anak makan dengan penuh selera. Lepas makan memasing minta pula roti coklat spread. Biasanya tak pernah cukup dengan satu menu mesti ada tambahan. Kekadang minta ais krim, ikut ler selera berubah setiap hari.

Maalm ni Sister in Law bawa bali cream puff. Hmm cantik lemak berkirim. Hancuss diet kak-M huhuu. Disebabkan bentuknya yang gemuk, gebuk dan cun itu, kak-M ngap juga dua biji..hahahha. Memang sedap pun, cuma kak-M lebih suka kalau cream itu diganti dengan kastard.


Memang ada hati jua nak buat puff ni suatu hari nanti. Tah ler bila masanya. Memanjang jer sibuk. Cream puff ini ada 16 biji dah habis dingap semuanya..Hahahha, boleh tahan kan, raksasa semuanya...makan tak hengat. Harap-harap esok SIL tak bawa balik lagi cream puff ini, kalau tak hancuss lagi diet aku.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick