Posts

Showing posts from September, 2016

The Fantastic Story at Kota Kinabalu SABAH - Episod 1

Image
Hari ketiga trip kami ke Sabah ialah di Kota Kinabalu. Begini lah keadaan di Jetty Old Jeselton, Kota Kinabalu. Memang tak habis penat lagi. Pagi ni bangun awal sebb trip Islan Hopping ke Pulau Sapi.  Cuak budak budak dan mak bapa budak naik Speed Boat ni..hahah melambung-lambung boat di lambung ombak. Boat ni gerak sedikit lewat selepas dibenarkan oleh jabatan peraiaran kerana pagi tu hujan agak lebat dan keadaan laut tidak tenang dan merbahaya. Lebih kurang dalam 15 minit juga baru sampai ke Pulau Sapi Gembira budak ni bila dah sampai. Sebab lepas ni boleh mandi pantai dan tengok ikan. Jalan-jalan kali ni buakn percutian budget tau tapi percuti perabih duit. Memang banyak pakai duit. Nemabung dari awal tahun dah untuk sampai kesini. Memang macam-macam aktiviti boleh buat kat sini, para sailing, Sea walking, dan snorkling. yang pompuan-pompuan ni aktiviti makan-makan tepi pantai...hihi... ok..akak ada kerja..nanti sambung lagi

The Fantastic Story at KUNDASANG SABAH - Episod 5

Image
Destinasi terakhir di Kundasang ini ialah ke Pekan Ranau. Tempat ni memang takder dalam pelan asal. Cumanya selama kami berasa di Kundasang ini, kerap sangat nampak orang jual durian tepi tepi jalan. Memang musim durian ketika ini. Kak M teringat seoarang pelajar Kak M memang berasal dari Ranau dan dia dan keluarga mengusahakan pernigaan durian. Ahhhh memang cantik sangat. Kak M berjaya menghubungi beliau dan beliau dan simpankan dua bakul durian untuk kami.. Amekkau!.Melantak le makan durian. Student Kak-M ni nama dia Fazeera Ujin, dia adalah pelajar master. melihatkan cara dia buka durian tu memang Perghhhh.. tabik springgg mak! Hah! tengok tu Mak esah kemaik suka lagi dapat makan durian free..heheh...macam-macam jenis durian ada termasuklah Musang King, Tembaga dan tembaga hijau. Okey..Fazeera dierumuni oleh semua orang yang nak terkam je durian-durian tu semua. Tengoklah orang-orang lain yang tak berkenaan pun pelik menengokkan kami makan kat situ. Sebenarny

The Fantastic Story at KUNDASANG SABAH - Episod 4

Image
The Sabah Tea Masih lagi dalam hari ke-2 di Kundasang. Memang sangat banyak tempat yang boleh kita lawat. Destinasi kami seterusnya ialah ke Sabah Tea. Agak jauh perjalanan ke sini dari Tagal Fish Spa. Tapi semua perjalanan kami melalui jalan-jalan dengan permancangan yang sangat menarik. Pemandangan yang indah dengan lerengan tanaman tea dan sayuran yang cukup menyejukan, tenang dan tenteram. Ini adalah sebahagian ladang Tea Sabah yang kami kunjungi. Dapat pekena secawan dua tea kat sini cukup sudah meninggalkan kenangan yang sangat manis. Kat sini cuaca tidak begitu sejuk. Terasa juga bahang panas matahari walaupun kedudukannya di atas kawasan yang sanga tinggi. Memang cerah terang benderang kat sini. Waktu ini dah pukul 1tengahari. Semua pun dan mula kelaparan. Bertahan dulu dengan tea Sabah ini sementara dapat makan tengahari nanti. Dekat replica teko belakang tu ada orang letak-letak pedal lock kat situ.. ala-ala..EMMA WAS HERE..kih kih kih...m

Tempahan Kek Sepanjang Bulan 8, 2016

Image
Waktu dan ketika ini baru kak M berkesempatan berkongsi tempahan-tempahan yang sempat Kak M siapkan sepanjang bulan Ogos. Alhamdulillah di atas kepercayaan yang diberikan. Jom kita saksikan kek yang serba sederhana ringkas ini. Red Velvet Cake untuk Majlis Hari Raya Sek Integrasi Al-Syakirin Red Velvet Kek ditempah oleh Kak Mas Red Velvet Brownies untuk Majlis Hari Raya Jalan Turmalin Red Velvet Cake untuk sambutan hari lahir staf Universiti Malaya Kek Prune untuk orang Jitra Kek Kurma untuk majlis hari raya sahabat di Meru

The Fantastic Story at KUNDASANG SABAH - Episod 3

Image
Destinasi seterusnya selepas melawat Cattle Dairy Farm, kami ke Tagal Fish Spa. haha. Aktiviti di sini lagi nyaman. Kita manja-manja dengan ikan-ikan sungai. Bayaran nak masuk pun tak mahal sangat. Cuma nak masuk tu kena tunggu panggilan nombor. Ala-ala macam tunggu jumpa doktor kat hospital. Setiap kumpulan hanya boleh berada selamat 15 minit sahaja dalam kawasan tersebut. Kak M tak ingat jenis-jenis ikan dalam sungai ni. Tapi memang ada beberapa jenis lah. Yang hitam hitam tu macam ikan keli..Tapi yang terasa gigitnya nakal sikit tu ikan yang kecil sikit macam rupa ikan sepat je. Nak masuk dalam sungai ni pun ada syarat-syaratnya. Bagi mereka yang ada penyakit kulit memang tidak dibenarnya masuk ke Fish SPA ni. Mungkin takut ikan-ikan ni terjangkit penyakit kulit kot..hehhe...kak-M dok tepi-tepi aje..malas nak berbasah-basahan..hehe..bukan takut tau!.. Memang banyak sangat ikan datang gigiit-gigit kaki kita. Lepas ni memang suci murni lah kaki-kaki yang berdaki

Red Velvet Cake Untuk Jiran

Image
Salam muhibbah buat teman-teman yang sudi singgah boleh serba sederhana milik Kak-M ni. Blog yang telah lama terwujud ini kadang kala aktif kadang kala sepi. Apapun tuan blog masih alhamdulillah sihat selalu. Hari ni Kak M nak kongsikan hasil mahsul aktiviti kak M minggu lepas. Ini bukan tempahan tapi sedikit juadah buat jiran kak M yang mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya. Dah malam baru kak M teringat yang kenduri tu esok. Jadi godek-godek kat dapur adalah cukup bahan bahan untuk menghasilkan juadah serba ringkas ini. Resepinya akak cedok aje dari google.com..hehe dan topping creme cheese to akak ikut resepi dari Blog Azlita Masam Manis. Kalau nak cuba sesilalah singgah di sana yer. Ini pula Dark Chocolate Cake kak M buat untuk anak-anak kak M. Depa ni kalau kak M ada tempahan kek, depa pun nak juga..hahah jadi kena lah buatkan sebiji untuk orang dalam rumah ni makan..Kek tu seminggu pun tak habis...sampai akhirnya bawa bekal ke sekolah jamu kawan-kawan. d

The Fantastic Story at KUNDASANG SABAH - Episod 2

Image
Hari Kedua kami di Kundangan lebih menarik. Lokasi pertama ialah ke Cattle Dairy Farm. Nak masuk sini kena bayar. Harga Dewasa ialah RM5 seoarang dan kanak-kanak RM3 seorang. Kat sini pemandangan memang sangatcantik. Seperti berada di New Zealand gitu. Suasana yang cantik dengan angin yang sangat kuat dan sejuk memang rasa sihat saja kat situ..heheh...segar dan bersemangat. Muka Kak-M pun nampak gebusss aje kan...sebab suhu yang sejuk gamaknya. Patut le orang-orang kat sini kulit cerah-cerah aje. Kurang terkena sinaran matahari Jadi apa pula nak buat kat ladang ni? Apa lagi tengok lembu lah..hehhe.. kat sini juga ada menjual produk tenusu..wuiiii memang lain rasa susu kat sini, teringat masa minum susu segar masa kat UK dulu sungguh lain lemak manis rasanya. Tak ingat berapa ringgit dia jual sebab kawan akak tu belanja...hehe ..minum free le kita. wuii bertambah gebu lah kulit minum susu segar kan.Ada juga mereka jual Yogut dan Ice Cream Dairy. Kat sini boleh tengok b

The Fantastic Story at KUNDASANG SABAH - Episod 1

Image
Lama sungguh kak M tak story yer..blog tak sawang lagi sebab  kak M buka hari-hari baca comments dan baca blog kawan-kawan. Hari ni kak M nak kongsi sikit pengalaman cuti-cuti Kak M dan keluarga ke Sabah. Memang ianya suatu percutian yang sangat menarik dan seronok. Kami ke Sabah selepas sambutan Hari Raya Aidil Adha. Kali ni travel dengan Air Asia. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu sanagt lancar. Penerbangan terbaik dari Air Asia. Kali ni buka hangan kak-M sekeluarga tapi juga 2 lagi keluara iaitu keluarga kawan-kawan hubby kak M. Jadi jumlah kesemuanya ialah 18 orang. memang ramai dan happening. dan perjalanan kami kali ini memang terancang dengan baik sekali Di Sabah kami sewa kenderaan untuk setiap keluarga. MPV akak tu Avanza RM200 sehari..kira okalah..melunjur laju nun sampai ke  Kaki gunung Kinabalu. Apa yang menarik di Kundasang ni? Macam-macam ada. kak-M was so impress dengan pemandangan kat sini yang seperti berada di New Zealand. Udara nyaman