Followers

Tuesday, August 9, 2011

Rusuhan London

 http://edmonton.ctv.ca/servlet/an/local/CTVNews/20110809/london-riots-david-cameron-110809/20110809/?hub=EdmontonHome

Kak-M baru dapat berita dari seorang sahabat kak-M dari London yang keadaan rusuhan di sana kini semakin teruk dan merebak ke Manchester, Salford,wolverhampton dan West Bromwish. Kacau! Depa ni cari makanan, curi LCD Tv, blackberry dan apa sahajalah. Habislah kedai-kedai kena pecah., kereta di bakar, balai polis pun juga kena bakar, memang mengganas dorang ni. Asalnya dorang berkumpul secara aman bagi memprotes seorang remaja ditembak polis. Lama-lama dah jadi makin serius. Mereka ini dikhabarkan berhubungan melalui laman sosial macam FB dan Twiiter sebelum merusuh disesuatu kawasan. Geng-geng remaja yang merusuh ni mula melalukan rompakan, samun sesuka hati dan orang-orang awam juga mungkin menjadi mangsa mereka termasuklah seorang pelajar tajaan MARA, Ashraf Hazlan yang cedera dipukul dan kini dirawat di Royal London Hospital akibat kecederaan rahang. Tak pasal-pasal jer kena. Kesian dia, dalam perjalanan ke rumah sahabat untuk berbuka puasa bersama. You all boleh baca di blog EncikNakal. Kalau part proof  cctv ni kak-M memang puji habis-habisan la teknologi UK nih, korang tengoklah betapa jelasnya gambar yang berjaya dirakamkan.   Kalau kat Malaysia ni ada teknologi cenggini, kak-M percaya lebih ramai penjahat, pengganas dan seangkatan dengannya boleh ditangkap dengan mudah. Yer lah manakan terdaya kita nak kejar tamadun dorang kan. Apapun kak-M berdoa agar seluruh rakyat Malaysia di sana selamat dan baik-baik ajer.


 ____________________________________________________________
Jangan lupa dapatkan hadiah hari raya anda di sini.
_____________________________________________________________
Berbuka bersama Nestle
_____________________________________________________________
Mahukan sesuatu yang cantik dan istimewa untuk mata anda?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...