Suci Dalam Debu Ep-2

Lagi cerita rumah kak-M yang masih dalam proses ubah suai, nampaknya hari ni menampakkan sedikit kemajuan, bilik air dah almost siap cuma nak pasang water heater dan ganung cermin, serta pintu jer, Isnin ni tokey pintu dah janji nak datang pasang. RUang makn pula dah siap plaster semua dinding keliling tingga nak undercoat dan cat sahaja, lantai esok depa pasang. Bahagian luar pula masih bersepah, baru dok simen sikit2 sana sini.

Tu lah dia,sebelum buat tu nampak sikit jer tapi mak aii boleh tahan jugak. Ada orang kata aktiviti perabih duit. Tak palah kami kira semua ini buat keselesaan sekeluarga.



Kesannya, beberapa perkara tidak dapat dilaksanakan sebaiknya. Masak toksah kiranya, memang kak-M dah semput dok lap dapur hari2, debu memang banyak, semua pinggan, sudu, senduk segala kena basuh semula everyday okay. Jadi kami makan luar saja.

Yang satu lagi ialah aktiviti laundry dan lipat-lipat baju. huhu memang fail. Lihat sahajalah bilik yang satu ni, dah macam kedai dobi. Buat masa sekarang kami menetap di tingkat atas sahaja, jadi jemur kain punkat atas. Cepatlah segalanya berakhir.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick