Followers

Tuesday, August 9, 2011

Zakat dan Fitrah

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA, KADAR BAGI HARGA ZAKAT FITRAH SETIAP SEORANG (SATU KEPALA) BAGI UMAT ISLAM DI SELANGOR PADA TAHUN 2011 BERSAMAAN 1432 HIJRAH IALAH RM7.00 (RINGGIT MALAYSIA TUJUH SAHAJA).
ZAKAT FITRAH INI BOLEH DITUNAIKAN BERMULA 1 RAMADAN 1432 HIJRAH SEHINGGALAH KE PAGI 1 SYAWAL 1432 HIJRAH DENGAN MENGUNJUNGI 24 BUAH KAUNTER LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ATAUPUN MELALUI MANA-MANA KAUNTER AMIL ZAKAT FITRAH DI SELURUH SELANGOR.
PASTIKAN AMIL ZAKAT FITRAH MEMPUNYAI PAS PENGESAHAN DARIPADA LZS DAN SETIAP PEMBAYARAN MENERIMA RESIT RASMI BERLOGO LZS.



Hmm, sudah kah anda menunaikan Zakat. Zakat ni banyak kategori zakat, zakat pendapatan. hmm hampa bayaq macam mana. Kak-M dah buat potongan gaji, depa dah kira siap, pi akad sekali masa isi borang dulu. tak gaduh pikiaq dah. 
Zakat Emas, hah Kak Senah, amboi gelang sampai siku dah bayar zakat ker, nuh yang dok dalam bank, emas berketui-ketui jangan lupa pula dizakatkan. Esok jenuh nak menjawab.

Zakat KWSP, wah Senoh, banyak now simpanan hang dalam KWSP, sekali dapat dividen tu raban, hang zakat ke idak KWSP tu. Jangan ko Senoh, baik ko pegi kira.

Zakat wang simpanan. Yang ni kena kira campur semua dalam bank2 yang kita ada. Cukup haulnya kiralah berapa yang perlu dizakatkan.

Lelain tu korang baca ler kat blog rasmi tu yek

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...