Followers

Monday, August 15, 2011

Asyraf dan 3 juta!

Masih segar lagi berita ini, kes pelajar Malaysia kita di London yang diserang ketika rusuhan London. Kes Asyraf Haziq ini telah mendapat liputan seluruh dunia dan klip youtube yang memaparkan insiden beliau diserang dan dirompak dikira sangat kejam dan memalukan. Klip video tersebut telah ditonton lebih 3 juta orang seluruh dunia. Asyraf  yang kini telah selamat menjalani pembedahan rahang akan kembali meneruskan pengajiannya di sana dengan semangat kental kerana itulah tujuan asal keberadaannya di sana. Kak-M mendapat berita yang keadaan di sana dah kembali tenang. Asyraf yang kehilangan Sony PSP akan mendapatkan gantinya semula dari pihak Sony, beliau akan diberikan basikal baru oleh pihak Britain dan menerima sumbangan dari kutipan ihsan rakyat Britain yang dikhabarkan lebih dari GBP 12 000.  Kak-M doakan Asyraf berjaya menamatkan pengajian dan kembali ke tanah air dengan selamat. berita lanjut boleh baca SINI




2 comments:

indah.com said...

popular la sat , mengalahkan artis

Emma said...

hhahahaha, artis pun tak sepopular dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...