Lagi Pesanan Penaja

Dekat-dekat nak raya ni macam-macam pesanan pun ada, pihak PDRM awal-awal lagi dah pesan, berhati-hatilah kepada semua pemandu di Jalan Raya. Kalau dah travel jauh-jauh tu pasti ada yang mengantuk, jadi berhenti seketika pekena kopi ke bagi celik mata tu. Kalau dah terlalu letih jangan dipaksa, nanti ada yang tak beraya pula. Kak-M travel hanya dari Shah Alam ke Klang, tupun harus berhati hati. Hari ni dah lengang jalan raya sini. Semakin sunyi. Desa perantau ni dah kehilangan penghuninya sedikit demi sedikit.

Pihak Petronas pula ada berpesan, kalau dah travel jauh-jauh tu minyak keter isi penuh-penuh, jangan ada tersadai tepi jalan kehabisan minyak.  Jenuh pula korang dok tahan keter minta bantuan.

Lagi pesanan penaja anda boleh lihat SINI. Hari raya ni macam-macam hidangan disediakan. Makan pun kena hati-hati. Jangan terikut nafsu semuanya di balun. Esok ko juga yang semput. Dah sebulan berpuasa, hari raya adalah hari yang di nanti, jalan-jalan lah menziarahi sanak sedara, jangan dok rumah menagut TV pulak yer...

Dan paling jangan lupa ialah tetap update blog korang. Zaman sekarang ni maklumat dihujung jari. Gadjet sentiasa dalam gengaman. dari Ipad, Samsung Galaxy, dan macam-macam pad lagi ada. Jadi bukan alasan untuk tidak berblogging.

Rasanya tu jer kot pesanan menjelang Aidil Fitri tahun ini.

Kot-kot terasa nak baca pesanan lain boleh klik klik di sini juga

Chicken, crab, or prawn? You decide!

Saya suka Malaysia! 


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick