Suci dalam debu

Wah! dah 10 hari sedar tak sedar kita berpuasa. hmmm sekejap je kan. Tapi kak-M hari hari dok pikir nak makan apa untuk berbuka, pastu dah buka pikir lagi nak makan apa pula untuk sahur. hahah itu lah dia kerja ibu dan isteri dalam rumahtangga. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Yang tak berapa nak lancar ni ialah rumah kami yang dalam proses naik taraf ni. Perghhhhh debu ya rabbi! cuma nak tukar tiles untuk bilik air dan ruang makan.



Tapi dia punya debu construction sampai ke tingkat atas nun. La ni kerjanya balik rumah mop dulu 3 round, lap semua mana perlu sebelum pi amik anak. huh! 3 hari dah kami laki bini dok kerja mop segala. Pastu baru buleh nak masak ke nak apa ker. Harap harap hari ni tukang tu tinggal pasangkan tiles sahaja. Tiada lagi kerja-kerja drilling dan ketuk sana sini. Semput makcik!



Comments

indah.com said…
tambah tang mana pulak
emma marini said…
Tukaq tiles bilik ayaq, huduh sangat dah, pastu tukaq tile lantai kat meja makan tu

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick