Followers

Monday, August 22, 2011

Monyet pun boleh jadi Polis?



BEBERAPA patung monyat yang memakai jaket bercahaya diletakkan di sebatang pokok di tepi jalan raya di Changsa, China.

Pagi ni kak-M baca news dari luar negara. Macam-macam strategi yang dicipta untuk memudahkan pihak-pihak tertentu. Tapi tatau la sejauh mana ianya berkesan. Patung-patung ni dikatakan mampu memberi amaran terhadap tahap kelajuan kenderan yang menggunakan laluan di situ. Kalau di Malaysia kita nak guna apa yer, ayam dengan itik ok ker?
CHANGSA - Polis China menggunakan patung-patung monyet yang dipakaikan dengan jaket pemantul cahaya sebagai usaha untuk menghalang pemandu memandu kenderaan dengan laju, lapor sebuah akhbar kelmarin. Patung-patung itu diletakkan di tepi jalan raya di bandar ini. Beberapa pegawai undang-undang di bandar ini berharap patung yang ganjil itu akan dapat memberi peringatan kepada pemandu supaya jangan melanggar undang-undang. Salah satu daripada idea unik itu dilaksanakan di sebatang pokok. Beberapa patung monyet yang memakai jaket tersebut berlonggok di pokok tersebut. Salah satu patung tersebut dilihat bergayut pada dahan pokok itu. - Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...