Followers

Friday, August 12, 2011

Kuih Tart Idaman Kalbu

Wah! dah hampir 2 minggu nak raya. SO kak-M percaya ramai yang dah buat persiapan nak raya kan, apa yang dah siap, langsir raya, kuih raya, baju raya? hahah semuanya raya-raya. Kak-M teringat masa kecik-kecik dulu, masa-masa gini seumur kak-M darjah 6 dah mula bancuh adunan buat kuih raya. Sampai sekarang tu minat tu masih tak padam. Now kepala otak dok pikir nak buat raya apa ya tahun ini. Walaupun wajib setiap tahun balik rumah mertua, kak-M tetap juga buat kuih sedikit mikit untuk kepuasan diri. Mak mertua kak-M ni jual kuih raya, bukan buat sendiri tapi amik dari orang ler, biasaler orang pencen ni mana buleh dok diam, ada jer kerja dia nak buat.


Tengahari semalam kak-M ronda-ronda kejap dengan member kat SUbang Parade, ish lama tak kesana, hah main toron jer, first time drive kesana, mujur sampai..hahhh...meriah juga, sana sini orang jual kuih raya, mak aiiiii! mehai berdengung, semuanya sebekas RM30 ke atas...yer lah kita paham depa kena bayar sewa tapak niaga mahal so kena la markup rega lebih tinggi. Tak kisah lah you all. Kak-M sangat tertarik dengan Blueberry Tart, kaler purple you. Harus kak-M buat tahun ini. Memandangkan kuih tart ni adalah favourite hubby, lagi lah bersemangat untuk kak-M mencuba Blueberry tart tahun ini. Harap mendapat merit dari hubby. Ni ada satu resepi yang bakal kak-M cuba, harap-harap menjadi lah.



Resepi ni kak-M sedut dari Yatie's Wonder Kitchen
Kak-M nengok-nengok sama jer macam resepi tart gulung nenas tu cuma ditambah warna purple supaya kena dengan warna blueberry dan jem pun adalah campuran nenas dah blueberry. Bolehlah diubah suai dari resepi sendiri kemudian.

TART GULUNG (Sumbangan : Kak Ita dari RNET)

BAHAN A

250gm butter
2 st gula kastor
2 biji kuning telur
2 st esen vanilla

BAHAN B

200gm tepung jagung
180gm tepung gandum

CARA-CARA:
1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan bahan B & sebatikan menjadi doh yang lembut
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung & bentukkan & letak inti di dalam.
4. Bakar 25 minit.

2 comments:

cik fatea said...

fvorite!..
luv it..=)

Emma said...

kena pandai cari yang sedap, sebab ada yang nampak cantik tapi rasanya kureng!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...