Followers

Sunday, August 7, 2011

Serimuka Durian

Dah enam hari kita berpuasa, alhamdulillah, syukur kepadanya kita dapat meraikan ramadhan kali ini dengan penuh keberkatan dariNya, Semoga semua antara kita dapat memanfaatkan bulan ini sepenuhnya.

Alkisah petang tadi kak-M mencuba buat Serimuka Durian. Durian ni jauh datangnya, seminggu sebelum puasa, mak jang n pakjang kak-M datang dari Kedah nak melawat anak manja depa kat Shah Alam. Dek not ni budak pandai SPM dapat straight A jadi dapat lah offer buat medic di Cairo. Sebelum tu dia kena buat persediaan selama 3 bulan di Intec UiTM. Sementara di sini mak ayah dia tiap2 hujung bulan datang jenguk, almaklum tak pernah berjauhan. Minggu lepas diorang singgah rumah kak-M sebab kak-M dah pesan awal-awal kalau datng Shah Alam singgah lah rumah buruk kak-M ni. Sekali mak ai! segala jenis buah dusun depa bawa dari sana, durian, rambutan, manggis, dokong dan langsat. Dah macam berkelah dalam dusun waktu tu. Ada sebiji durian ni tak begitu masak lagi maka kena lah peram. Semalam kak-M tengok hujungnya dah mula merekah. Apalagi kak-M buka kopek terus. Tu dia isinya punya lah tebal. Bijinya kenit jer. Memang kak-M dah plan nak buat sesuatu dengan durian ini. Kak-M cuba resepi dari Chef Hanieliza, Serimuka Durian. Mantop!


Pulut Serimuka Durian

Lapisan Bawah
2 cawan pulut direndam dahulu beberapa jam
1 cawan santan cair

Kukus/masak dikukus sehingga masak dan alihkan ke loyang dan tekan-tekan biar padat

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
5 ulas durian
1/2 cawan tepung gandung
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam

Semua bahan untuk lapisan atas ni di campur dan sebatikan, kemudia dimasak sehingga mengeluarkan wap. Sebaiknya gunakan periuk non stick. Akhirnya tuangkan kedalam lapisan pulut dan kukus lagi selama 40 minit sehingga masak.
Jangan lupa tutup tutup periuk kukus agar air tidak menitik dalam belas kuih.

Selamat mencuba.



2 comments:

Anak Wak Mail said...

sedapnya durian tu..saya suka mangis..pos kat saya kak M boleh??hihi..:P

indah.com said...

wow sedap tu.bau sampai sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...