Raya Mood



Raya tahun ni adalah raya paling letih aku lalui, mana taknya, waktu ni jugalah rumah ni nak direno sana sini. Dalam kekalutan bersabung nyawa dengan habuk debu, mana nak sediakan juadah, mana nak siapkan kerja kat office, mana nok pi tolong pasang langsir rumah mertua, huiii...supermak pon boleh pengsan. But alhamdulillah, kak-M diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mengharunginya dan semua benda dapat diselesaikan dengan sempurna. Hari Sabtu kak-M sudah hire dua orang cleaner cuci rumah, wah dua sekali tu, 8 jam depa kerja dari seawal 8 pagi depa dtg mula cuci tingkat atas, sampai kul 4 siap depa cuci. Walaupun tak seberapa puas hati kak -M understand lah yang depa tu pon manusia berpuasa kan. Takpalah sekurangnya tak teruk debu habuk dalam rumah kak-M ni, InsyaAllah minggu depan panggil lagi. Petang Sabtu bergegas balik Klang sebab ada gathering berbuka bersama keluarga mertua di Harbour Place Steamboat Antarabangsa yang kak-M akan buat entry khas kemudian. Malam tu juga balik dari berbuka operasi pasang langsir, Dalam dunia ni cuma kak-M jer pandai pasang langsir tu sebab tu sampai nak raya baru boleh siap pasang ...hihihi..macam lah takder orang len kan..haishhh takpa pahala tu jangan dok rungut. Hari Ahad balik Shah Alam pula, berbuka kat Khulafa jek sebab kak-M dah mula bersin dan pening, simptom nak demam dah tu. Esok Isnin husband kerja lagi, maka tinggal kak-M dengan anak-anak kat rumah. Walau apapun kak-M sempat isi kueh mueh dalam balang. hehehe saja syiok nak tarik mood raya dalam kepenatan melayan banyak urusan.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick