Matalah puncanya,

Teringat kak-M pada satu lirik lagu nnyanyian Kak Nita, 'mata melirik, mata memandang, matalah puncanya...haaaaa'. Jadi entri kali ini adalah berkenaan mata.


Mata tu adalah pancaindera yang tak ternilai harganya.Oleh itu marilah kita menjaga mata kita dengan baik. Masa rancangan selamat pagi malaysia beberapa bulan yang lalu bersama Dr. Muahya, kak-M masih teringat yang dr.Muhaya ada cakap mata ini sangat istimewa sebab dia ada cecair semula jadi untuk melembab dan mencucinya. Jadi tak perlu lagi dok tambah apa-apa lagi. Namun begitu masih terdapat beberapa produk seperti air mata tiruan yang selamat digunakan bagi tujuan melembabkan mata di pasaran. hmmm! Dr. Muhaya ni juga merupakan pakar mata terkenal dan punya klinik mata seandiri rasanya. 

Dia juga ada menjalan rawatan laser yang boleh menyembuhkan penglihatsn mata, jadi tak perlu lagi pakai cermin mata atau lense. Memanglah sangat mahal sehingga boleh mencecah RM7k, tapi untuk mata tersayangkan apa salahnya. Bagi mereka yang masih punya masalah kecantikan mata ada solution di SINI. Boleh ler baca sendiri. 



Ada orang pula berpendapat bercermin mata boleh menambahkan ketrampilan seseorang. Nampak lebih intelligent gitu. Ye ke? Jadi kadang-kadang seseorang tu pakai cermin mata sekadar sebagai assessori. Dr. Muhaya tu juga cakap kalau nak guna cermin mata hitam belilah yang terbaik, untuk mata kesayangan kita jugak kan. Kalau cermin mata hitam yang murahan tu mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada mata. Jadi  lu pikirlah sendiri!..huhu. Untuk maklumat lanjut anda boleh layan SINI.

_____________________________________________________________
Jangan lupa dapatkan hadiah hari raya anda di sini.
_____________________________________________________________
Berbuka bersama Nestle
_____________________________________________________________
Mahukan sesuatu yang cantik dan istimewa untuk mata anda?



Comments

kakngah said…
pernah tonton dr. muhaya dalam MHI.
katanya.. kita sanggup berbelanja beratus2 malah ada ribuan ringgit untuk kasut yg letak di kaki.. kenapa tidak untuk mata??
emma marini said…
ya, benar, bestkan Dr Muhaya tu, perwatakankannya lembut dan tenang.

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick