Anlene, sumber kalsium untuk badan

Dok sembang-sembang dengan member masa lunch tadi ada pula yang mengeluh,, hadoiiii sakit lutut weiii..hah tu dia umur belum lagi 40 dah mula sakit sana sini.Paling utama masa nak naik tangga kalu, owhhh seksa jiwa dah raga. Ada member kak-M pula selalu sangat sakit pinggan, tulang belakang segala. Kak-M sendiri pun kekadang ada sikit-sikit terasa sakit pada lutut kanan. Tapi masa solat elok pulak akak rokok dan sujud. Owh maknanya usia makin meningkat, sistem dalam badan pun turut terganggu.

Maka dengan itu diusia sebegini haruslah kena amik supplement. You all ada amik supplement ker? Jenis apa yer. Kak-M ni lepas beranak anak ketiga memang amik supplement. Sehingga kini tiap-tiap pagi akam amik, omega, b-kompleks, multivitamin dan vit-C. Malam kak-M telan kalsium pula. Mula-mula tu agak liat ler juga tapi lelama dah aku rasa macam makan kacang jer. kih kih kih.

Ni nak cerita, petang semalam masa singgah Speedmart nak beli roti ternampak pula Anlene dalam kotak kecik-kecik. Biasanya dok beli yg tepung tu balik bancuh atau campur dalam minuman lain. Tapi apa yang kak jumpa ini sangat menarik. praktikal okey kalau nak bawa ke office. satu pek besar tu ada 4 kotak kecil. Iwhh ok ler kan sebagai penambah kalsium dalam badan kita. Or korang tak lalu minum susu, rugi tau!.



Tahu tak betapa pentingnya kalsium dalam tubuh kita? Kalsium ni merupakan mineral penting banyak dalam badan iaitu melebihi 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Fungsi utamanya ialah untuk mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ahhhh! kalau selalu sangat dapat sakit gigi tu maknanya kurang kalsium ler tu. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. Kekurangan kalsium pula boleh menyebabkan kekejangan otot pada muka, tangan dan kaki, tekanan darah dan rentak jantung yang tidak sekata atau penyakit rickets (bukan riket badmintaon tu tau) pada kanak-kanak serta osteomalacia pada orang dewasa. Jadi pastikan tubuh badan kita mendapat kasium yang mencukupi. Ni ada satu lagi minuman yang sedap juga tapi tatau ler ada kalsium ke idak. Boleh klik SINI.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick