Janji tetap janji

Kalau berjanji dengan anak-anak jangan sebarang janji, depa akan tuntut sampai ler kita tunaikan. Masa ke Beranang tempoh hari, Nuha dan Danish berebut nak duduk depan dengan mummy. Ahmad Darwish biasalah dalam carseat dia. Jadi mummy cakap sapa yang mengalah dok belakang nanti mummy belikan hadiah. Akhirnya Danish mengalah dan duduk belakang. Sepajang perjalanan pergi dan balik ke Beranang tu ler dia dok tanya hadiah apa mummy nak belikan dia. Bila nak pergi beli hadiah..Hah! Tudia..itu lah anak-anak pantang berjanji memang depa akan ingat sentiasa.

Mummy janji akan belikan hadiah tapi mummy tak janji bila, bila ada kelapangan mummy akan belikan, jadi abang jangan selalu tanya sangat, jangan risau mummy akan tunaikan janji. Itu jawap akak kepada anak bujang ni. Hari ni mummy ada urusan di Universiti Malaya, bila balik ke Shah Alam, seawal jam  4 petang mummy ke sekolah amik abang sebab memang dah berhajat nak bawa abang ke SACC mall carikan sesuatu untuk janji tu. Sukanyanya abang tak terkira. Abang cakap mummy tau tak dah lama bang tunggu hari ni..hehehheeh...tu la yang membuatkan kak-M tak terkata apa. Saytu pula rasanya.

Abang ni sangat memahami mummy. Dia tau kalau dengan mummy jangan harap lah nak beli mainan,CD segala. Jadi abang ajak mummy masuk kedai buku MPH. Katanya nak cari buku yang ajar cara nak lukis. Okey, mummy setuju, cari punya cari akhirnya dapatlah buku tu dan abang memang sangat teruja nak balik segera nak follow cara-cara melukis. Alhamdulillah tertunailah juga janji mummy untuk abang.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick