Serai Iced Lemon Tea

Jumaat tengahari memang selalunya akak keluar lama sket. Kali ni tekak terasa nak makan tomyam. Jadi ajak ler kawan ku ini untuk ke Empire, tekak ni minta tomyam di Serai. Hahahahha, pepandai jek tekak nih.

Punya lah ramai rakyat dalam Serai hari ni.Tunggu ler juga dalam 20 minit dalam waiting list sebab nak juga tomyang dia. Tomyam di Serai ni pada kak-M memang sedap, puas makan bukan sebab banyak tapi sedap. Cuma harga terlalu mahal.


Minuman kali ni kak M order Serai Iced Lemon Tea. Heaven!, memang sedap, terasa serai, terasa tea dan terasa lemonnya...huhu hilang dahaga dan penat menunggu nak masuk restoran ini. Selain tomyam, sebagai desertnya kak-M order Swiss Fruit. Hmmmm sedap  juga macam pavlova gitu, very rich of fruits. Rega dessert jer RM14.00 hahaha memang sangat mahal. Sekali sekala boleh ler. 




Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick