Followers

Monday, March 12, 2012

Langsir Bilik

Lama juga tak buat entry deco-deco ni, memang tak der menda pun nak di deco kan heeee. Awal tahun lalu kak-M memang ada tempah langsir untuk semua bilik tidur rumah kak-M termasuk lah bilik adik ipar di tingkat bawah tu, semuanya kira 4 bilik lah. Masa dok usha usha kain di Jakel tu memang berkenan sangat dengan corak ni, memang dalam kepala dok terbayang dah nak buat jenis ni. Jadi kak-M tempah ler juga. Tapi mak aiii rega kain tu memang lah sangat mahal. Tok sah cerita lah, tapi sebab berkenan punya pasai aku redhokan jer lah. Lagi pun kak-M punya kaedah sekali buat langsir ni memang tunggulah 4 ke 5 tahun lagi baru ku tukar lain..heee jadi konsepnya menang membeli menang memakai...kih kih kih


Orang Jakel cakap dalam masa 2 minggu siap lah. Hmm Kak-M tak der lah urgent sangat dengan langsir ni. Tak kisah ler bila-bila siap datang lah pasang, sekali lepas sebulan ada call dari Jakel tapi tak sempat jawab, pastu tak der pula dia call lagi, sebulan selepas tu kak-M ke Jakel tanyakan khabar dan selesaikan baki bayaran. Mamat tu cakap ok puan punya tunggu depan kita datang pasang. Owh ok lah lagipun hari Sabtu kak -M cuti.


Nak dijadikan cerita, masa budak Jakel dua orang tu sampai untuk pasang dorang tanyakan samada akak nak pasangkan tract rail sekali , then akak cakap ada bilik2 tertentu kena tambah. Rupanya depa tak perasan yang curtain ada tiga lapisan, shear,body dan top. Dah tapak track pula tak der stok jadi bahagian top dia tinggalkan dulu untuk pasang esok. Alhamdulillah esoknya dorang datang siapkan mana-mana yang patut. Setakat ni akak memang suka jer tempah dengan Jakel ni, cuma satu benda, lepas siap pasang memang berdebu lah dan depa tak reti nak buang sampah-sampah plastik segala. Rail lama yang rosak dia tinggalkan atas katik akak, cettt berpasir dah katil tu.

Apapun kak-M happy sangat dengan design langsir ni.....

2 comments:

Ini Kisah Kami said...

cantik design langsir tu...
saya pernah beli sekali kat Jakel..mmg mahai sgt...
itu yg pertama & terakhir kot... :D

Emma said...

hmm tu ler dia...memang mahai la, kunun dah discount tapi bila total nak bayar..mak aiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...