Cicak

Entry ni sama sekali tak der kena mengena dengan cerita cicak man karya geng geng KRU tuh...Kak M just nak kongsi satu perangkap cicak ni je..hihihi macam bagus sangat kan. Kak-M memang dah lama hangin jer dengan cicak cicak ni. merata jer dia menabur najisnya. Najis okeh.. Baik di rumah atau di pejabat kak-M.Owh! aku memang dah geram sangat. Kalau dulu orang lastik lastik jer cicak ni. Pastu ada pula sejenis pistol rekaan yang di gunakan untuk tembak cicak cicak ni. Tengok betapa orang tak suka akan cicak ni. Biasalah najis najisnya selalu meletak di skirting dinding, Paling banyak kalau dinding yang belakang tirai, sekali selak..mak aiii.. Kakau di office kak-M atas lantai, meja..sesaja jer dia melabur situ...ishhhh mujur ada budak cleaner pejabat yang selalu pagi-pagi kerjanya membersihkan tahi cicak di office kak-M hahahaha.


Kak-M mula mencuba perangkap ni setelah di kenalkan oleh seorang sahabat. Ianya keluaran Cosway. Harganya cuma 5 ringgit lebih jer, dalam ni ada lima keping. Yang bagusnya ianya senang, murah dan selamat serta berkesan.



Bila dah dilipat-lipat, ha begini ler rupanya. Didalamnya ada selapisan gam dan taburan makanan yang akan menarik perhatian cicak cicak tu. Sebenarnya bukan sekadar cicak habis segala binatang rayap merayap ni melekat ke perangkap tu. First time guna selepas seminggu kak M tengok, tu dia..cicak ada 3 ekor, lipas ada 3 ekor, kumbang sekor, pastu ada semut semut melekat pada gam tu..Hmmm pueh hati mokcik. Jadi dah penuh menda perangkap tu ko buangkan jer sebab tak boleh recycle pun kalau nak disimpan..heheheh, bukakan yang baru untuk mangsa-mangsa seterusnya....settle masalah makcik ni.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick